3/18/12

belah lah kau masalah !!



assalam..


pekabo sume.. lama dak menulis kat belog huduh ni. haha.. harap2 sume sihat2 selalu la. 


sem baru dah mula. MAKA______?? 


sapa boleh sambung ayat nih??


okey. saya nak cerita sikit masalah sem ni. firstttt sekali masalah bilik. it went trouble ! up to this time, masalah ni belum lagi selesai. saya nak sangat2 belajar dengan tenang. tapi saya tahu, semua ini dugaan yang Dia bagi. maka saya harus bersabar.


kedua, fyp ! the biggest problem sekarang nih. pening tau baca sesuatu yang kita langsung TIDAK BELAJAR dan dalam masa yang sama, you have to write it on your own! kami langsung tidak tahu apa itu wavelet theory. dan untuk memahaminya.. PUhhhh.. !! pening eden..


third,
abaikan. ni masalah dalaman


saya harap semua masalah ni dapat settle dengan cepat. siapa yang nak hidup dalam huru hara kan. unless la kalo orang tu gila. semua nak hidup tenang.


p/s : kadang2 saya rasa saya semakin cute. Maaf !

2/23/12

.: Mengenali Orang Yang Sedang Memarahi Anda :.

assalam..


salam cayang untuk anda semua. yehh! da buat kek? da makan? sedap dak? saya dah buat semalam. memang SEDAP lah! * jilat2 jari *


hmm.. my oppa kat lua sane, amacam? awak sihat? da stady arini? (hehehe). *SORRY melalut jap *


okehh ! macam mana nak tahu ade orang sedang marah kat awak? berdasarkan pemerhatian saya sejak hidup atas bumi ciptaan Allah S.W.T ini ialah :-


* Dia hentak2 kaki masa lepas bercakap dengan awak (ISH! X senonoh kan ).Lagi lah kalo at that time dia tengah pakai kasut yang TEBOL tu. gedebak gedebuk !

* Dia jawab soalan awak nak tak nak je. awak tanya baannyyyaaakkk soalan. tapi dia jawab 4 patah je. 4 patah tu okey lagi. andaikan dia jawab SEPATAH perkataan je camane? haruu hidup !

* Dia tengok muka awak sekejap je walau masa tu awak tengah berbincang benda yang penting dengan dia. 


* Dia xnak belanja awak makan. * SIGH*. 

*Dia xnak REPLY meses awak. atau sengaja lambat balas.

* Dia melambatkan langkah bila berjalan dengan awak.

ISH3. macam mana rupanya orang yang sedang marah ehh? BURUK x? hehee.. kawan2, jangan marah2. walau diri ni sentiasa jugak marah sebenarnye!

chow luu.. Salam cayang!

p/s: persamaaan antara saya dengan Robert Pattinson ialah kami sama2 suka tengok citer Dilwale Dulhania Le Jayenge ! Kikiki.. ~


2/21/12

.: Kek Coklat Moise :.

assalam..


sebenarnya. 2,3 menjak ni saya da hilang fokus untuk berbelog. hihi. masa yang terluang banyak saya habiskan untuk tidur, baca novel,layan anak buah dan tengok tb. fokusnya nya saya dengan tugas2 ini sejak cuti sem. kalo ada masa untuk on9 pun, saya buat keje lain. belog oh belog. maap lah saya tak pandai nak hias2 kan ko ni..


and.. hari ni saya nak cakap pasal.. kek coklat moise. huhaaa.. soodaapp tau. yang ni saya belaja masa balik rumah member kat negeri 9. masa tu saya da abis exam. tapi still lepak2 kat kolej mawar. kacau kawan2 yang ade exam lagi. hehheee.. *Jahat kan.


okey. kek yang saya makan ni MEMANG2 SEDAP!. siyes. tak tipu. rasa.. semua lah. so, sekarang saya nak bagitau macam mane nak dapatkan kek coklat moise yang sedap ni. tapi jangan la nak bandingkan ngan kek dari kedai2 kek yang hebat2 tuh. hehe. yang ni untuk dibuat makan kat rumah. untuk seisi keluarga.


KEK COKLAT MOISE

Bahan2



4 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air
1 camca baking powder
2 sudu esen vanila


cara-cara

pukul telur+gula +vanilla+tepung dan koko + susu+minyak
tambahkn air
kemudian kukus seama 1 jam 1/2 

p/s: jgn dibuka sebelum 1 jam

untuk buat topping pulak, campurkan coklat masakan, gula kastor (Ikut rasa), dan sedikit mentega. nanti bila kek dah sejuk, baru boleh hias topping ni atas kek. okehhh


jadilah macam ni
sedapnya ! meleleh air liur rasa.
selamat menikmati yaaa kawan2

chow luuu... SALAM!


11/10/11

C.I.N.T.A







Kita kena ingat

CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH





P/S : mood cintakah sekarang? dak pun.. sesaja nak share peringatan ni...

9/24/11

~ Entri Sempena Sem baru ~



assalam..


minggu awal2 ni minggu tension..


arrgghhh... pening lah. nak beli eskem keju ke vanila..


masuk arini dah 2 minggu aku stay kat Uitm S.Alam. at this time, aku still lagi menjadi parasit kat kolej Mawar. huwahuwahuwa.. best gop jadi parasit ni. tau x macam mana nak jadi parasit yang berjaya? senang jek... wat muka comel sambil bergaya dengan ketidakmaluan anda bila berada di luar bilik. huwahuwahuwaaaa... pasti berjaya!


 hailaaa... awal2 pening dengan xtau nak amek berapa subjek sem ni. after discussion, finally, aku decided nak amek 5 subjek. lagi 2 sem wat 4-4. paham dak?? pn liza pun da cakap, xde masalah. amek math modelling, applied numerical, 3lang,bel, ngan real analysis. syukur dah selesai masalah ni. kpd ***** yang bg pandangan ngan perhatian tu mekaseh bebanyok eh. 


erk! boleh dikata after balik kelas, aku langsung xde mood nak bukak buku. otak tengah pening pasal umah sewa. sibuk sana sini dok call owner umah sewa. kat Baiduri, Pukom...pening lah dengan masalah ni. sebenarnya rasa geram tu ade la sangat2 sebab dah 2x aku wat rayuan kolej. tapi xdapat pun.. SABAR YE DAK..?? okey! aku tengah belajar BERSABAR.. (SENYUMMMM...)


g kelas pun aku jadi terpinga2. xtau nak belajar apa. malu la kalo terus camni. minggu ke-3 confirm lects dah mula nak wat quizzes. nak x nak aku kena stady gop. adeehhh.. belajar bsemangat la skit anis weeiihhh. baru kena ujian sikit dah lembek. pondan lah ko ni...


aku rasa, aku bukan diri aku.. buat masa sekarang....


dah arr.. blah dulu..



8/20/11

.: taik gigi :.



seorang murid mengadu kepada ustazahnya mengenai kawannya yang tidak berpuasa.




Murid : Ustazah.. si ***** x puasa la..
Ustazah : mana awak tahu? Awak Nampak dia makan ke?
Murid: ada taik gigi kat gigi dia.

LOL.. 

Hailaaa… dah tingkatan 1 pun masih x puasa.. adik oh adik… hehe



8/9/11

.: Lelaki Idaman :.





ASSALAM..


mari kita berkongsi tentang ciri2 lelaki




♥ Lelaki yg Baik -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA ♥


♥ Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid ♥


♥ Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah ♥


♥ Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari ♥


♥ Lelaki yg Charming-->Lelaki yg mengingatkan si dia ttg IBADAT ♥



p/s : got this from one of my friend kat FB.. thanks!!

SELAMAT BERPUASA YE KAWAN2...

8/6/11

Alhamdulillah.. result ni rezeki bulan Ramadhan.. ~



Assalam..


sesaja bukak yahoo. dah lama dah tak bukak. so, hari ini berkesempatan untuk bukak jap. tengok punya tengok..


mata ni terkebil2. rasa macam tak percaya.. sebenarnya, saya xtau pun result intersesi dah keluar. sekadar bukak2 je. bila bukak2.. ini yang saya nampak.





Alhamdulillah.. Rezeki bulan puasa.. 


selepas ni, usaha kuat2 lagi untuk sem2 hadapan.. 




wassalam..

8/4/11

Aku puasa. Kau puasa. Dorang??



Assalam..

Lepas mandi, angah pun dah siap. Ready tuk hantar si Qayyum ke rumah Cik Imah (pengasuh yang jaga bebudak cun spt Alisha & Naufal). Lepas salam2 angah peluk-cium si Qayyum ni, aku pun terus bergerak ke tangga.

Tengah naik tangga tu, alahai.. terBAU orang memasak meggi kari la kot. Uhuu.. harum semerbak! 



I know la, sini ramai orang Non-Muslim tinggal. Betul2 mengugat iman. Tengah mandi tadi perut mula berkeroncong nyanyi lagu “run Devil Run”. Padahal memang xde devil time bulan puasa ni..

Ltulah dugaan orang islam bila berpuasa. Bersabar je lah. Itu dinamakan ujian bulan puasa. Jangan pulak sebab x tahan bau orang bawah-atas-kiri-kanan rumah anda masak, anda pun turut sama memasak. Hahaa.. itu namanya tempah serbuan dari pihak jabatan agama Islam. Bersabar ye..


k, chow lu..

7/28/11

Pandangan





Assalam..


pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki





pandanglah dengan hati. tapi berpandukan akal. dan  pegang erat2 hati anda. jangan biarkan hati anda dicemari dengan cinta yang tidak tentu-hala.carilah cinta Allah dahulu. (peringatan untuk diri sendiri jugak) 




hati itu suci...jangan cemarinya dengan nafsu nafsi..



p/s : mood 2,3 hari ni tidak berapa OK.. salam ramadhan semua..


7/7/11

Perkara Yang Perlu & Jangan Dilakukan Sebelum Tidur





1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.


2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.



3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.


4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.


5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la ‘boxer’ yang longgar dan selesa. Sayangilah Mr Z anda.


6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?


Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.






ZZzzZZZ

7/6/11

.: boleh tak lari dari masalah? :.








boleh x.. kalo kita terus lari dari masalah2
yang kita sendiri tidak tau cara penyelesaiannya...
terus berlari..
berlari..
.

.

.

.

 sampai titik akhir nafas......




7/5/11

Betulkah Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak??


assalam...

entry kali ni berkenaan dengan orang lelaki lagi. hehe. asik2 bab lelaki je sekarang ni kan..

okeh! korang tau tak, orang lelaki suka makan? makan pulak tu banyak. macam aku.. hehe.. 
macam masakan kat bawah ni..sbg contoh ya..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.


tapi betul ke fakta 'Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak' nih?? 

aku rasa betul lah. sebab tu dorang dah tunjuk awal2 yang dorang suka makan. dengan harapan, si bakal calon paham isi hati dorang. ye dak??

korang yang pompuan ni.. yang bakal ehem3 ni pandai masak tak?? nanti nak kahwin, harap2 semua dah setel la ye. mari kita memandaikan diri dengan memasak! hoho...

okey.. da lewat da ni.. masa untuk tidur. selamat malam semua. daaaa..

6/30/11

.: menanti juadah bulan puasa yang akan datang :.





Assalam..


sejak dua menjak nih, aku asyik terbayang pasal raya je! haha. pose dak abis ganti lagi. tapi da mula pikir pasal raya.. haha. 

sebenarnya, puasa kali ni memang aku nanti2 kan. dah masuk 6x aku x berpeluang nak lepas gian berpose kat umah. sejak dari form4-form5 aku duk umah sewa. lepas tu masuk Uitm Segamat. lepas tu Uitm Shah Alam. kira da 6x la kot. so, sementelah semua IPTA kat malaysia dapat cuti lama sebab sem baru bermula bulan 9 so dapatlah kami2 semua ni cuti ngan posa dengan hepinya bersama family. ye dak kawan2...



kalo kat kelantan, banyak makanan bess2 yang ada time pose. ada akok, cendol,murtabak ayam@daging, ayam percik,daging bakar, kerabu.. kalo air pulak coconut shake (peveret ni) and banyak lagi la. Tapi since aku kena jaga anak buah name qayyum ni,mungkin terpaksa la balik lambat kat kg nanti raya puasa.. uwaaaa.. melepas ag nak makan sedap2 kt kelate!

coconut shake! waaaauuu
ayam percik nyum3....


akok!!

mubarak.. eh murtabak ayam

Kalo kat kl ni.. ade makanan apa yang bess ye..?? ke.. mocha blended je yang patut aku rasa time bukak pose nanti? Haha…

p/s: rindunya nak makan nasik lemak ngan nasik kerabu yg mak aku masak.. uwaaaa…

k lah.. ni je citer aku kali ni... daaaa...

6/25/11

.: Baju Melayu Hitam.. :.



assalam....


entry kali ni nak citer pasal lelaki.. ehem3. hoho




 
hensem x lelaki melayu nih?? Erkk.. korea la rupanya..
   apa yang korang suka tengok pada seorang lelaki?? 


muka???
jambang????
paha???
betis??? EEEEEeeeE....

misai??(erkkk)!!


kalo aku...
aku suka sangat tengok lelaki pakai BAJU MELAYU WARNA HITAM!



 kenapa?????


nampak.. segak sangat! even kalo lelaki itu x hensem, tapi bila dia pakai baju melayu hitam.. nampak cool gila! setakat ni, dah 2x aku jatuh suka kat orang pakai baju melayu. and coincidently, ia berlaku pada hari jumaat..!! 
satu kat Uitm segamat, and satu lagi kat Uitm shah Alam..






yeee..awak machoo sangat bang.. hehehe






nanti.. sila lah pakai baju melayu hitam ye. percayalah, korang akan nampak COOL!! 




okeyla.. da lewat dah. aku kena tido awal. esok kena bangun packing barang bawak balik gombak.. intersesi dah abis! final da abis! masa untuk cuti.. yeyy!!




okey semua.. daaa.. 















6/24/11

Mari Join Putri Nailofar Bloglist



assalam...




mari join blog ni.. belog yang penuh ngan gambo2 comel...




PUTRI NAILOFAR BANNER

k...chow dulu kawan2....

6/22/11

سم الله توكلت علي الله

سم الله توكلت علي الله


saat ini hati tidak stabil. rasa sakit. rasa keseorangan. ingatlah, ini ujian pada diri ini. Allah.......



6/20/11

baby bertukar jadi raksasa

ciss. adik, akak nak majuk ah ngan adik..!!


apa hal ni deh.. tetiba marah2 pulok. 
ceritanya camni, tadi  otw nak g toilet, adala baby boy ni yang dok atas dukung mak dia. saya sengih2 la kat baby tu. senyuman menggoda taw. HEHEH.


camni lah muka baby boy tu. cute cam SAYA kan..

tapi...
baby tu wat dek je.. ish!! GERAM nya.. ingat dia comel sangat ke???


then, muka baby tu transformed camni..


uwaaaa... buruknya. huk alosssss......


daaaaaa... nyte sume..

6/5/11

OST Kitab Cinta (al-Hijrah)

drama terbaru lakonan Nur Fazura yang buat pertama kali memakai tudung. cantik sangat! karya terbaru Erma Fatima ini disiarkan di stesen al-Hijrah, saluran Islamik. 


bagi aku, dia nampak cantik ..







ini liriknya. tapi mungkin ada salah sedikit. enjoy...

OST kitab Cinta (Gatra - Hafizah Naser)

Bila Kini Ku Sesali
Di Kala Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Yang Masih Mengerti

Aku Masih Disini
Mengira Detik-Detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Tika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra

download OST

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template