7/22/09

AZAM??

INI..bukan nama. tapi azam. ek ek..apa ni. macam nama dia je..siapa ni??Siapa dia??

haha..ini azam yang nama english nye ' new spirit of soul'. haha..sem baru dah buka. so,tiba masa untuk ada azam yang baru. sesiapa yang nama azam tu - bukan bermakna anda diketepikan dalam hidup saya. tapi, saya cuma nak ada azam baru saja. tak nak azam yang lama (ye ke??) ha..kata orang sesuatu yang baru harus dimulakan dengan niat yang baru juga. BETUL KE??

betul lah.. azam baru. hem..(huish..blush je rasa pipi ni).
saya ingin mengatakan dengan bangga di sini.. SAYA ADA AZAM BARU. apa agaknya azam baru saya ni?

1) kurangkan tidur..banyakkan ngadap laptop dengan romate baru je(tak nak bagi mengantuk)

2)rajin4x pergi kelas. no more skipping..hehe. no more skip ye.

3)kurangkan makan. ada yang kata saya ni gemuk. ada yang kata saya ni kurus. yang saya paling tak gemar ada orang kata "anis,ko ni comel la."(red-faced came again).heesh.. jangan lah kata yang comel. saya mengaku la..saya sedar siapa diri saya. saya memang cute. dah tak larat rasa nak throw it away from my mind. hush..

4)jangan syik dengar lagu guna earphone yang di connected kan dengan phone sony ericsson ku. ha..bahana ada earphone lah ni. asyik sumbat telinga dengan earphone je. ikut statement from some hospital, using earphone ni mengundang kuman untuk berkampung di dalam telinga. hush..ni bukan kem PLKN la. shooh. here is a place where a human hear. tapi kadang2 dengar tahap blast pun leh wat kita enjoy jap. kurasa bagai dunia milikku.

5)kurangkan beli benda tak berpekdah. hush. ni tabiat yang susah nak dikikis. saya memang suka mengumpul buku2 yang comel. yang ada karikatur,bunga, or any abstract line. macam dah jadi obsess je dengan benda macam ni. walau dah ada banyak tapi still nak beli. betullah kata pepatah. curious kills the cat( pe benda yang saya merepek ni - tak ada kaitan lansung)

6)kurangkan Online. hehe..ini kena fikir nambelaskali.tak lengkap hidup kalau tak online shari. nasib baik romate baru ni bwak broadband. nak gune UITM punya wireless memang x dapat la. berjanggut tunggu.. nak beli broadband pun rasa tak berbaloi. kang tak study lansung baru tau. haru je nanti. nanti dapat result teruk - balik rumah je "anis tido luar umah". BAHANA DAPAT LOW POINTER.

7)kurangkan baca..novel. komik..atau apa yang seangkatan dengannya. hihi..tabiat ni memang abadi di hati. pantang nampak komik, bersila terus. tak pun baring terus. terbaru saya membeli novel kegemaran saya keluaran syarikat Jemari Seni. novel Tunas dan Tentang Dhiya. tapi sedih, sequel Tunas, Aa + Bb(Addin shah & Benz Aliff) still tak jumpa lagi. walaupun saya dah baca tapi saya tetap nak buat novel ini menjadi hak Sdn. Bhd juga. kalau nak ulang balik senang. tak yah pinjam2 lagi. "memang dah jadi hak milik anis". cuti sem hari tu saya ada beli juga novel alang rebus tak empuk - surat ungu untuk Nuha. it's s colourful novel. differ that others.
saya memang pantang melihat karya obata yuuki, hlovate, noor suraya, syud dan Ruby Hazri.

*rajinnya tolong mempromosikan novel..

8)apa lagi ya..ha..kurangkan minum teh ais. 'kepelikkan' saya ialah suka minum teh ais lebih dari 2 kali dalam sehari. dah la banyak caffeine.tak elok untuk kesihatan. pagi minum nescafe, takkan petang tu minum teh ais lak. kalau sekali saja tak apa lah. ni malam pun tibai lagi sekali. huh..
nak kena marah n cikgu Nik ke..sorry cikgu Nik. (abnormal ke??)

9)nak cukupkan sepuluh. kejap nak fikir..hmm..kurangkan lepak dan bergelak ketawa. kata romate saya, orang yang membuat lawak/ kelakar itu akan ALLAH hitamkan hatinya. takut saya mendengar ayat itu. betul ke?

10)last sekali saya nak capai pointer yang hebat sem ni. insya ALLAH..mudah-mudahan DIA akan mempermudahkan jalan ke arah kejayaan.

Itu saja kut azam saya sem ini. .

***********************************************************
p/s : sesiapa yang namanya disebut di atas adalah memang di sengajakan. harap maaf.
hehehe..

7/15/09

LEPAS GERAM!!!

sape ingat kenangan masa kecik-kecik?? sape ingat yang time nak makan,sape yang suapkan kita?? siapa ingat masa nak 'yak', siapa yang tolong basuhkan?? aku gerenti, yang sayangkan mak bapak cakap," mestilah ibu saya..mestilah ayah saya..mestilah kakak saya..".


memang betul. tapi bagi yang buat - buat hilang ingatan mereka semua capacity nye ala-ala ikan bilis. mereka mesti cakap memanglah "tu tanggungjawab mereka. memang mereka yang patut buat semua tu"hem, HOMOSAPIEN betul!! memang spesies supernatural de sepultra.


manusia ni memang otak, dan dalamnnya bersih time kecil. tapi bila merangkak dewasa, pasti pelbagai anasir-anasir luar akan meresap dalam diri. kalau tak jaga dengan betul, memang habis rosaklah jiwa mereka.


aku memang cepat bengang. bengang dengan dunia anak remaja sekarang. bengang dengan sikap degil mereka. kalau buka paper, tiap-tiap hari ada saja cerita yang boleh membuatkan orang-orang tua kena serangan jantung. memang confirm. mana taknya, ada kes bunuh,kes rompak, kes ragut. percaya atau tak, sebilangan besar remaja di Malaysia sekarang bagaikan terdedah dengan virus 'lowest mentallity'. ada otak, tapi tak gunakan dengan betul.


ada juga sebilangan besar mat-mat rempik yang aku tahu, mereka ni anti-mahasiswa/wi. jawapan mereka senang saja. kata mereka "mahasiswa ni poyo..tunjuk lagak je pandai". hmm..
aku rasa pendapat tu ada betul juga., tapi..bukan semua. "BUKAN SEMUA MAHASISWA POYO". aku tak termasuk dalam golongan yang poyo. walau aku dapat jejak kaki ke U, aku rasa taraf seseorang tu still same. yg membezakan, tahap mentallity seseorang saja. kalau mahasiswa sahaja tetapi bila keluar IPT still melakukan benda yang salah,maknanya ANDA GAGAL MENGUBAH DIRI ANDA. BUAT RUGI DUIT KERAJAAN SAJA.




"SAYANGI DIRI ANDA".

7/7/09

TER........

TERHANTUK. apa yang kita fikirkan bila terhantuk?dah la kelas memang full hari ni. tambahan pula, tengah berposa. saya memang terkejar2 melaksanakan aktiviti hari ini. basuh baju, angkat baju,mengemas bilik. LETIH..


Berbalik pada soalan tadi, kalau sayalah,saya tak sempat nak fikir apa2. dah sakit macam mana nak fikir lagi. memang sakit tahap ntahapahapa. balik bilik, tangan pula terhentak atas kunci loker. rasa macam nak mengamuk saja. dah la kulit ni jenis sensitif. mudah terluka..


kalau korang,macam mana ye???

5/15/09

da cuti da..

hem. saya baru saja memulakan cuti dari sem 4. rasa bahagia sesagat!!! masa yg ditunggu telah tiba. tapi, rupa2nya ada sesuatu yang saya tinggalkan di sana. rasa seperti kehilangan. rasa seolah ada sesuatu yang kelihatan cacat. kenapa???

rupa2nya ia adalah kenangan. pasti saya takkan melupakan saat2 yang dilalui pada musim exam yang lepas. sayangnya baru sem ini ia bermula. kalaulah saya tahu beginilah hasilnya,pasti saya takkan teragak2 untuk melakukannya.

apa yang penting,biar saya saja yang tahu apa itu. next time saya akan ceritakan hal ini ya!!!

4/30/09

HATI KITA MILIK SIAPA??




Assalamualaikum.


semalam saya selesai sudah membaca sebuah novel karya seorang gadis muda dari Terengganu. ceritanya banyak membuat saya terfikir tentang Allah. hati saya terusik dengan jalan ceritanya dan gaya bahasanya.. bagi saya,ini salah satu novel hebat untuk dibaca dan sememangnya memerlukan kesabaran dan pengetahuan agama yang tinggi untuk diolah menjadi ayat.


saya ingin keluar dari kepompong cerita tersebut. nah,sekarang saya ingin berbicara tentang diri saya. dan cerita ini sememangnya bersamaan dengan orang lain. saya percaya itu.


kadangkala saya pun memang alpa pada kehidupan ini. memang banyak kali tersungkur pada lembah maksiat. mungkin pada nyata dan tidak nyata iman saya sememangnya lemah. saya terlalu memerlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkan saya tentang hukum hakam dan halal haram. pada kawan-kawanlah saya mengharap. saya mengharapkan nasihat walau dari sesiapa. saya tidak kisah andai dia buruk, jahat, baik atau apa saja. yang penting 'isinya' dapat diguna dan membimbing saya.


seringkali saya bertanya pada akal,kenapa kita diciptakan. jawapannya pasti saya,untuk beibadah keada sang Pencipta.kadangkala perasaan dekat dengan ALLAH itu kuat. dan kadangkala perasaan taqarrub billah juga hilang. lesap ditelan kemaksiatan. menjauh bagai angin lalu.


alangkah lemahnya insan yang bernama manusia. sememangnya teramat lemah jika dibandingkan dengan pencipta yang Maha Agung. menusia mudah lalai dan sentiasa lupa pada sesuatu. kenapa??? saya berpendapat sebegini : kerana manusia dalam bahasa arab - bermaksud pelupa. hehehe..


ini memang betul!!!saya tidak menipu.


sem depan saya akan keseorangan dalam mencari kekuatan iman. seorang senior saya akan melangkah ke depan meninggalkan saya. pasti saya akan merindui kata-kata nasihat, semangat,
dari dia. tapi saya percaya walau saya keseorangan DIA takkan meninggalkan saya.
siapa lah saya untuk menghalang semua ini. andai ini ketentuan dari Yang Maha Esa, saya menerimanya dengan tabah. hilangnya pasti akan berganti. .walau berlainan jasad, saya harap daie' yang akan muncul lebih hebat dan kuat. apa yang penting, dakwah ilallah takkan terhapus hanya kerana perpisahan. saya mengharap ia akan terus mewangi dan tumbuh subur di hati ini.


senior saya juga berhajatkan sesuatu. niatnya untuk melihat saya melangkah ke hadapan menjadi daie. walau sekadar nasihat dan teguran yang kecil,saya percaya setiap orang yang menasihati itu sememangnya daie'. ia tidak terbatas kepada usrah, tazkirah di masijd, atau apa-apa saja. sekiranya kita menasihati orang lain ke arah kebaikan, itu bermakna kita berdakwah ke jalan ALLAH juga. seterusnya kita boleh juga digelar daie'. walau kecil pada pandangan manusia, ia mendapat perhatian dari ALLAH S.W.T. ALLAH memandang semua itu. semuanya terpulang pada hati. jika inginkan kebaikan,carilah dengan keteguhan iman di hati.


doa saya,saya mengharapkan senior saya akan mendapat yang terbaik dalam kehidupannya. saya juga sentiasa mendoakan dia mendapat seseorang yang dpat menjaga dia sama ada susah atau senang.


kami bertemu kerana ALLAH dan kami juga ingin berpisah kerana ALLAH. seandainya umur kami panjang dan diizinkan ALLAH pasti kami akan bertemu. insya'ALLAH.


MANUSIA BERKAWAN KERANANYA







Saya percaya. setiap pertemuan ada hikmahnya. manusia tidak hidup untuk berkawan sahaja,

pasti ada banyak sebab lain yang ada di sebaliknya. contohnya, kita berkawan untuk mendapat nasihat, semangat, dan yang paling penting berkawan untuk menyebarkan agama ALLAH dan berkawan untuk mengeratkan silaturrahim. saya percaya pada setiap janji ALLAH.


jika kita menginginkan sesuatu kerana ALLAH pasti kita akan mendapat hasilnya sama ada di dunia atau akhirat sana . seandainya benci melarat dalam hati,percayalah itu semua hasutan syaitan untuk merosakkan hati anak adam dan meleraikan ikatan suci ini. jika hati kita semua bernaung pada harapan yang sama iaitu untuk menyebarkan agama ISLAM pasti kita akan kuat menghadapi cabaran itu. ingat lah jangan ada sekelumit benci pun dalam diri untuk sahabat-sahabat kita.


jika kita mengetahui sesuatu lebih dari sahabat kita beritahu lah sahabat kita dengan sebaik-sebaik nasihat.teruslah membendung perasaan benci dalam diri. kita sememangnya tidak layak untuk membanci manusia. biarlah orang membenci agar kita menyayanginya kerana ALLAH yang satu.


harapan saya,akan muncul lebih ramai lagi daie' di UiTM ini. tempat ini sememangnya ketandusan ilmuan ISLAM seperti tanah yang gersang dan ia sememangnya perlu disirami selalu. saya sentiasa mengharapkan itu. moga ALLAH mendengar doa hambaNYA ini. saya amat mengharapkan 'tempat pertemuan ilmu' ini menjadi taman islamiah yang subur. menjadi wadah untuk menyebarkan agama ISLAM.

4/26/09

CERITA ZAMAN BERZAMAN

musim exam dah bermula. inilah masa untuk menunjukkan kepakaran yang 'dilatih' sejak awal sem. masing-masing mula mendekatkan diri kepada sang pencipta,Allah. saat ini juga boleh diklasifikasikan sebagai saat genting. kenapa? saat ini kita akan berjuang dan dalam masa yang sama kita menyerah diri kepada Allah. masa ini juga lah solat hajat menjadi solat wajib untuk para pelajar.

bermula 19/04 saya mula menjadi warga tetap masjid(nama sebenarnye PI). bersama kawan yang banyak berkongsi cerita doraemon.hanin(jgn marah yek haninku yg bucuk masham..)
tak diduga juga Alhamdulillah saya mungkin menjadi insan yg baik sikit. kenapa ye..
kalau kat sini,kami perlu bangun untuk berjemaah bersama para pelajar sanggup bangun pagi meredah kesejukkan tahap melampau dan hantu2 sekalian. secara automatiknya,saya akan terhindar dari melelapkan mata pada awal pagi. inilah salah satu 'nikmatnya'. rezeki kita takkan terlepas kepada orang lain.

sebelum itu,seorang kawan saya di UIA yang mengambil bidang law ada bertanya khabar kepada saya. apa yang mengejutkan saya dia baru saja merdeka dari exam. apa tidaknya, orang lain baru nak mulakan exam tetapi di UIA mereka sudah 'bercita dengan exam' sejak 3 minggu lepas. hebat!!!. saya dengki betul dengan kawan saya itu. tambahan lagi sepupu saya yang belajar di UMT juga merdeka pada hari pertama saya menghadapi exam. geram...!!!!!!!!!.

bercakap pasal kawan sekolah, saya sangat rindukan kawan-kawan seperjuangan di SMUARP dan MMPM. rindu sangat-sangat!!!. tapi waktu reunion,saya lah orang pertama menolak pelawaan mereka. saya berasa hilang semangat andai orang-orang yang saya hindari sejak form 4 ada di sana. saya harap kawan-kawan seperjuangan tidak akan terasa hati dengan saya.

zaman sekolah lah masa yang paling menyeronokkan. zaman form 4 dan form 5 memang selalu berada dalam ingatan saya. saat itulah saat yang menggembirakan saya. belajar berdikari dengan menetap di rumah sewa sebelum melangkah masuk ke asrama MMPM. kawan-kawan form 4 dan form 5 juga akan selalu berada dalam ingatan saya dan zaman belajar LKJ(lukisan kejuruteraa),fizik,kimia,add mate akan selalu berada dalam ingatan saya
..rasa- rasa itulah pengalaman paling menarik tapi mencabar..

ADIOS!!!!!!!!!!!!!

p/s : untuk semua pelajar yang menghadapi exam,ganbatte kudasai na!!!. wat yang terbaik!!!!

4/7/09

LUAR BIASA YANG DIBIASAKAN..

ceh..poodah. semalam aku tertidur kat meja(eksyen studynye aku...).
eh silap-solap pula. tertidur atas katil la (kang tempat tidur tu) kul 3 pagi. entah apa yang aku buat tak tahu lah..Aku masuk web ni,web tu. entah apa yang aku cari tak tahu lah. puas on9, aku bukak buku. hampeh tul..tak ade feeling pulak.(alasan ku memang diterima~~~malas nak study). tak macam kawan aku si hanin (bukan nama sebenar) yang rajin study. dia tengah buat ITC ngan apy. wah...kembang idung ye bila dipuji.

pas tu,aku lepak atas katil; huhu...enaknye ku rasakan. sedang main mata ngan cicak, alamak!!! aku ni dah pukul berapa ni. lepas bye2 kat cicak aku tidur lah. ..

6.50 - aku sedar dari tidur. lap2 mata,baca doa pun sekerat je mata layu balik..
apa yang aku tahu,mimpi bertandang lagi....
7.39 - TERSEDAR.... bukak mata,tengok jam,terus lompat katil. ALLAMAK!!!. subuh!!!
kalu tahu dek abah aku.piat telinga la...(uwa3x je)..dah la ade kelas QMT337.

8.00 - relekskan otak..dengan lagu ku..
9.20 - kawan aku hantar mesej. katanya nak ajak pergi penawar. elok sangat la tu. macam aku
ni sakit jugak le..perasan nak amik MC.


10.07 - Makan..CAFE UITM menungguku. enak je makanan ni.
baca papper mETERo. ADa citer budak kena buli. kesiannye...kena seterika kat
punggung. aduh!!!serbia betul manusia yang buat macam tu.

12.00 - relekskan otak

2.19 - turun dari kolej...melangkah ke SL. giler lambat masuk kelas. nasib baik En. Hadi ni baik
bulehla buat perangai sikit sem ni...

2.40 - Aku jeling kiri dan kanan..x jumpa si budak masham(nama sebenar)..mane dia. wat aku
pening kepala je fikir. aku call dia. oh..rupe2nya dia punya perut masuk angin.. tu
tandanya RUang perut tu sempit sgt. (fakta yang x tepat langsung!!!). dengar suara budak
masham ni pun lemah je..

4. 00- ready gi PASAR MALAM UITM KOT....
tata....nak melantak lak ni..

aku/cakap : test 2 MGT batal..hahahaha..aku happy sgt!!!apy pun mesyi happy gak..
budak masham kesayangan jaga diri ye..perut tu jangan biarkan kosong!!!!
malam ni ade solat hajat dan yasin perdana anjuran dak DBS..baguihnye...
entah bila Quasar nak buat ye...

.: ayat cinta versi Islamik :.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

p/s : cintailah Allah.Percayalah dia akan meneduhi hati kita dengan cintaNya.
(saya tak ada banyak untuk diceritakan. sibuk dengan test la..!!!)

4/5/09

PENGALAMAN QIAMULLAIL

Sembahyang Malam - amalan orang soleh
Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ;
"hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa."


sapa ada pengalaman qiamullail sambil tertidur..hehehe...aku ada pengalamannya. dah lah time tengah sujud,aku tertidur. memang malu tahap apa entah. kenapa lah aku boleh tertidur time sujud..cuba bayangkan..(pandang atas sambil fikir).
aku sedar bila kawan aku kejutkan aku. dia kata "jom,sahur..". aku terpinga-pinga. aik,dah siap berdoa ke?bila masa pula ni..lepas kawan aku cakap,baru aku tahu. malunya bukan kepalang. memang dari zaman sekolah lagi aku jenis yang tertidur time qiamullail. memang susah nak buat qiamullail dengan mata yang segar. Allah..
tapi aku pun ada pengalaman qiamullail sem ni dengan kawan aku. heheh..nasib baik tak tertidur time sujud. terlebih tawadduk la pula aku ni. tapi daripada tertidur time rukuk,lebih baik time sujud..lantak la.


buat kawan akuy,terima kasih sebab banyak kali mengingatkan aku tentang kehidupan sebagai Islam. hanya Allah yang dapat membalas budi awak ye..HANIN. Doa kita,mudahan KITA sama2 berjaya menjadi hamba ALLAH yang teguh imannya.

4/3/09

KEHIDUPAN DI UITM

salam. .pagi-pagi lagi senyuman saya mekar sampai ke telinga. apa tidaknya,saya melihat sesuatu yang berlainan dari kebiasaan kehidupan saya di sini.
hari ini saya baru selesai menyelesaikan test lab. apa yang boleh saya katakan,semuanya tidak kena. rasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak ok dalam diri saya. astaghfirullah hal azim..
petang tu saya dikejutkan dengan masalah baru. rupa-rupanya inilah sebabnya...
walau apa pun,saya kena tabah dalam masalah ini. kata orang,dugaan ini kecil saja jika dibandingkan dengan masalah lain.

4/2/09




KEHIDUPAN DI UITM

Alhamdulillah..hari ini sy selesai menghadiri yasin perdana dan solat hajat di PI. syukur...hati ini masih lagi istiqamah di jalan Allah.. bila hampir dengan exam inilah jiwa rasa melekat di rumah Allah. itu lebih baik daripada langsung tak pergi sana. syukur..
minggu ini saya ada 5 lagi test. memang rasa takut sgt2. time inilah rasa menyesal kerana tak berusaha sungguh2 awal sem. walau apa pun,selagi ada masa,selagi itu kita masih mampu merubah hari esok. saya pasti akan membuat yg terbaik untuk masa depan.saya rasa tak sabar2 untuk menghabiskan sem ini. tapi hati saya pasti merindui PI yg selalu saya kunjungi. kalau kat rumah,memang saya tidak kuat semangat untuk ke Pi. Tapi bila berada di sini Alhamdulillah. Allah sentiasa memberi saya kekuatan untuk melangkah ke sana.
pejam2 celik, 2 sem lagi saya akan meninggalkan alam kampus uitm segamat ini. pasti saya akan merindui tempat ini...hmmm...saya memang dah jauh melalut..

3/18/09
















Ku tutup mataku Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu Ku yakin ada cinta

Ketulusan hati Yang mengalir lembut
Penguasa alam
Tolonglah pegangi aku

Biarku tak jatuh Pada sumur dosa

yang terkutuk Dan menyesatkan cintaku..

Andaikan ku bisa Lebih adil pada cinta kau dan dia

Aku bukan nabi yang bisa sempurna

Ku tak luput dari dosa
Biarlahku hidup seperti ini

Takdir cinta harus begini

Ada kau dan dia

bukan ku yang mahu

Oh tuhan kuburkanlah hatiku



hmm...tengok dan baca lirik lagu atas tu..memang menarik. kadang2 sbg manusia kita alpa pada kehidupan ini..kita lupa yang cinta Allah itu lagi indah dari cinta manusia. tapi janganlah kita nafikan perasaan sayang kita pada manusia. lebih tepat lagi cinta kepada insan berlawanan dengan diri kita. tak salah mempunyai perasaan itu..memang tak salah. cuma sebagai hambaNya kita mestilah menundukkan perasaan itu..


"aku pun ada pengalaman macam ini. memang perit. tapi aku tak minta untuk rasa perasaan itu. antara duanya,aku lebih mahukan redha Allah.. "macam ni lah ayat yang kawan aku tuturkan bila aku cakap pasal benda ini dengan dia. semangat dia memang kuat. melalui ujian ini hati dia dilatih untuk kental dan kuat dalam mengharungi hidup sebangai hamba Allah ini... bertuahnya insan yang berjaya mendapat dugaan dari Allah. dari situ dia akan diuji dan akhirnya dia akan mendapat lebih dari yang sepatutnya.


Allah itu maha pemurah dan pengasih.. DIA akan menguji hambaNya dengan ujian yang berat. tetapi akhirnya, kita pasti akan mendapat lebih dari sepatutnya. kita akan menjadi lebih kuat,iman bertambah..

syukurlah pada Allah teman-temanku..

3/17/09

hmmm...pengalaman baru.

tarikh ni.17 mac aku mula buat blog..haha..actually xde ape2 nak ceritakan. nanti ade mase,aku ceritakan lagi. adios.....



 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template