5/26/10
cinta @ suka
5/18/10
harapan
5/7/10
Atuk
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
5/3/10
Setulus Janji
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan..."
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi"
4/30/10
Muhasabah Cinta
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
jiwa perlukan ketenangan. barulah terpancar kebahagiaan pd jiwa. semuanya harus kembali pd yang Khaliq.
4/28/10
sajak kedua
4/27/10
sajak pertama
4/20/10
Jannah as our Destiny
4/14/10
.:18 oct 1987-12 apr 2010 [ may rest in peace..]:.
4/11/10
SALAM TERAKHIR SEORANG INSAN
3/31/10
SPSS = NASIK LEMAK??
'dah boring garu kepala ni.makin banyaklah habuk2 putih.'
err..kenapa dengan lappy kesayangan ni..??lapar ke?kang mengamuk kang makin majuk. heeran..sangat sangat heeran. kenapa bila saja aku install SPSS dalam lappy ni, benda ni asyik unavailable. puas sudah ku tanya rumete2 terchenta. tapi dorang sume pun..
'mo tanya lagi..kitorang tak kenal pun hape SPSS tu..jeling pun tak pernah. macam mana nak tau..'
riak muka dorang memandangku dengan muka sebal. sekali dengan garu2 kepala.
aku sengih malu...
dan aku pun kembali menonong di depan lappy.
aku cerita kat cikgu BI english brokeng aku.
'mr k..geramlah ngan spss ni..kenapa eh?'
dia jawab:
'aperkah itu spss?nasik lemak kah?'
huuuiiiiss!!!.mood aku menjadi semakin teruk.makin aku rasa nak hentak kepala kat dinding.
So, the last step is..meng'install'kan spss dalam lappy kawan. kang..sape satuju? wink ur eyes k!
memang btul kata mr.k..sebab lappy tak sama dengan nasik lemak, maka spss tak boleh geng dengan lappy. dan nasik lemak itu ialah spss. maka lappy tak geng dengan spss. lappy itu musuh spss dan nasik lemak itu sahabat terchenta spss.
finally..the sense doesn't come to my OTOCK!otock ghem!!
3/22/10
Joy and Happy Beginning
thanks so much..praise to only YOU..
thanks for giving me something unpredictable thing
this is really precious thing to me..
thanks ALLAH..
and with smiling eyes..
in my heart "he's back!"
(^^,)!!
==========(2.19 pm)==============
3/19/10
crystal rose

I wish..
I wish I had someone special
Right here by my side
A true and wonderful friend
In my world so empty and wide
Someone caring that I can count on
In my miseries and my troubles
I can rely and depend upon
I wish I had a true friend
That is always here with me
Right until my very last breath
Till the end for all the eternity
3/13/10
THERE'S ONLY HIM..
Allah..berikan anis secebis kekuatan..
jauhkan anis dari merasa walau sedikit lagi kekeliruan..
anis tak kuat..tak kuat dalam hadapi masalah ini..
anis tak pernah rasa macam ni..
terasa seolah2 teramat lemah..
selemah2 daun yang gugur melayang ke tanah..
dan dipijak oleh manusia..
tidak mahu lagi menunggu bagai tiada penghujung..
tanpa dapat melakukan apa-apa..
walau ingin menolak..
kemahuan hati tetap meronta-ronta kuat..
amat mengcengkam hati..
I’m alone
Alone standing here
Without anything could I do?
If I could, I can
But I couldn’t
I couldn’t do even if I wished to do it
I’m alone
Alone in creating memories
This is right,
You’re far a way
GOD, please give me some clarity to thread this away
"if there's no one to count ur tears. don't hesitate..believe to only HIM"
3/12/10
MALAYSIA KEKURANGAN FILEM ISLAMIK?

saya ada membaca petikan dalam majalah iluvislam berkaitan dengan industri perfileman malaysia yang kononnya kekurangan filem berunsurkan Islamik. tidak dinafikan hal ini, memang sudah dari zaman bermulanya perfileman di negara kita. fenomena yang berlaku sekarang ialah banyak:
1)berunsurkan cinta semata-mata
2)berunsurkan kehidupan remaja yang jauh terpesong.
inilah yang berlaku sekarang. contohnya filem bohsia. ia banyak menjurus kepada kehidupan sosial remaja kita sekarang. walaupun niat produksi mereka ialah untuk menunjukkan keburukan hidup bohsia, ia tetap tidak sesuai. banyak lagi unsur yang boleh diketengahkan untuk menunjukkan keburukan bohsia. saya rasa, ia satu filem yang lebih kepada hiburan semata-mata. tidak perlu buka baju sana sini. bukan hanya bohsia, banyak lagi filem yang menjurus kepada'tranformasikan remaja kita ke arah dunia maksiat'. sebagai contoh remp-it, jalang..
saya teringin untuk melihat artis-artis negara malaysia yang tutup kepala bila berlakon, pandai mengaji al-Quran. tidak usahlah kerana tuntutan pengarah, anda sanggup buka sana-sini. malu..amat memalukan. belajar lah untuk menjadi manusia yang baik..bukan hanya belajar untuk menjadi pelakon yang hebat.
3/7/10
CERITA PANEL RADIO KEPOH
dunia semakin kejam..makin jauh dari nilai kemanusiaan.
dah. tutup buku tentang masalah ini.
seharian ulang alik dari rumah ke shopping complex, telinga ni asyik mendengar cerita dari kak ngah.. dia memamg kepoh sikit. dalam banyak2 cerita tu, aku tertarik dan tergelak sakan..
"dik..ngah dengar ada panel jemputan kat radio cerita pasal papan arahan kat tepi2 jalan. dia kata kalau nak suruh pemandu memandu dengan cermat bukannya dengan slogan macam 'pandu cermat jiwa selamat,ingatlah orang tersayang'. bukan macam tu.pada pendapat dia lah, cara paling berkesan nak buat pemandu memandu dengan berhati-hati ialah dengan slogan yang boleh membuatkan pemandu rasa gerun bila membacanya.
contohnya, buatlah slogan 'pandu laju, kaki tersepit','pandu laju kepala hilang'".
a'ah. saya bersetuju. kadangkala bila kita baca slogan tepi2 jalan raya ni, tak ada rasa apa-apa pun.punyalah besar papan tanda tu kat tepi jalan, tapi mereka buat dek saja bila lalu. kadang-kadang, orang yang tengah bukan tengah rushing pun co firm takkan pandang papan itu.kalau ada yang rasa meresap sampai kalbu tu lain cerita lah.bagi orang yang agak degil ala-ala kepala konkrit tu macam mana pula? tak ke makin melonjak rasa nak pandu laju.
angah menyambung cerita.
"lepas tu, dia cakap lagi, slogan untuk suami2 pula, buatlah yang thriller sikit. Macam 'pandu laju, isteri dikebas orang',you die, your wife say good bye..'".
pulp. saya ketawa kecil. bengong..
ha..kalau lah isteri tu pula orang yang paling cantik lah time anda mengorat masa muda-muda dulu, tak ke rasa sayang nak tinggalkan. ada anak-anak yang comel pula tu, ada rumah besar, ada kerja besar.soal maut tu, perkara kedua. selagi boleh usaha untuk mengelak dari kemalangan, elakkanlah.takkan sesuka hati anda nak merempuh kereta di depan anda?
buat semua pemandu, bawa lah kenderaan anda dengan penuh berhemah..biar anda digelar pemandu terpuji..
3/3/10
hooray..
cerita terbaru..em, minggu ni sibuk dengan test met fin..test statistik tutu 0...xpun nama glamor nya qmt 220. amboi main sedap suka hati je panggil nama nya ye..
pastu..bagi quasarian, sekarang ni aku conpem semua tengah sibuk mencari baju untuk Dinner!!!. ceewaah..pasti semua tak sabar nak bergaya malam kemuncak nanti ya..maklumlah, ni final sem. mesti nak bergaya habis-habisan la..temanya masquarade + warna taik cicak.. haha. black and white. abisla..semua kedai baju kat segamat ni pasti kena serbu ngan budak2 quasar. mask pulak..em,tak tau la. aku pun tak dapat cari lagi mask..ingat kalo tak sempat cari, mask h1n1 aku rembat!. tak pun, curi mask bebudak tadika dekat kolej mutiara ni..mesti ada..paling kurang, mask otromen..mask supermen.. apa2 la. janji mask.
tapi..kalo xpergi. boleh x?? tapi kang..kena belasah ngan budak2 tut... camane??ish...nanti lah nak fikir..
2/1/10
kata hati..
bila kenangkan qaharMu
rasa gerun di hatiku
kerana takutkan seksaMU
hambaMU rasa berputus asa
siapakan dapat bersihkan diri
dari segala dosa yang memburu
setiap hari setiap ketika
tika kenangkan ghafarMU
putus asa tiada lagi
semangatku pulih semula
harapanku subur kembali
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnahMU itu penghapus dosaku
menghapus hukuman di akhirat
di waktu mengenang rahmatMU
terasa diri kurang bersyukur
padaMU harusku bermohon
moga syukurku bertambah
alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak dapat melihat kebenaranMU
bantulah hambaMU dalam mendidik jiwaku ini
[posted and grabbed from http://liriknasyid.com]
saya datang ke UiTM segamat dengan perasaan berbelah bagi. sama ada meneruskan pelajaran atau tidak. hati saya langsung dirasakan tidak ikhlas..dalam mencari ilmu. punca utama saya jadi begini kerana ia bukan kos pilihan saya. saya tahu, dalam hati saya waktu itu hanya memikirkan kesan dari tindakan saya. kesannya, pembelajaran saya sentiasa merosot. dan pointer saya teruk setiap sem.
kadang-kadang, hati saya membenarkan perkara perkara yang berlaku ini. kadang-kadang saya menyoal "kenapa aku buat sesuatu yang buat aku akan menyesal nanti??". ikhlas saya katakan, sampai saat sekarang, hati saya masih berbelah bagi.. semangat saya memang hilang. ini bukan sesuatu yang saya inginkan. bila saya melakukan sesuatu yang saya tidak suka, saya tahu impaknya memang teruk. tapi,ini tuntutan hidup. hendak atau tidak saya kena melalui.. seolah-olah rasa berputus asa dalam kehidupan. astaghfirullah!.
ALLAH maha mengetahui... ada sebab kenapa saya dipilih untuk datang ke sini. tapi saya masih tidak nampak apakan rahmat di sebalik ini. ada sebab kenapa ALLAH tutup rezeki untuk saya dalam kos arkitek..ada sebab kenapa saya dihantar ke sini..ada sebabnya. pernah saya menangis..saya terlalu berkeinginan untuk menjadi arkitek..tapi, sudah ditakdirkan - ia bukan seperti dirancang. ALLAH maha di atas segala-galanya..
ALLAH..ampunilah dosa hambaMU ini..terlalu lemahnya insan bernama aku..terlalu lemahnya insan yang bernama manusia..sering kali bertingkah rasa dalam hati..selemah-lemah manusia, itulah aku..
1/24/10
WINDU LAA..
sambil surf, aku buka YM kejap. tak sempat releks sikit, dah ada yang 'buzz'. aloi..terkejut saya. oo..budak UTP ni rupanya. lama menghilang, hari ini baru muncul yaa..
tapi apa yang aku suka dengan IR Haziq ni, dia memang sempoi dan kelakar orangnya. tapi dalam otak dia, ada pengisian agama. dia memang budak yang 'diam-diam ubi berisi'. tabik sama chron_ox ya..katanya, lama menghilang sebab sibuk dengan exam. so..sekarang, dah boleh enjoy la ya..
~~teringat time abis exam dulu..wa..nak abis exam gak!
looo..masih ada 4 bulan lagi untuk menghabiskan masa di sini. tapi..walau tak sabar nak grad, aku still rasa sedih nak tinggalkan UiTM segamat. di sini lah aku mula belajar berdikari. walau kat sekolah dulu aku pernah duk asrama, tapi kat sini segalanya berbeza. segalanya mesti diuruskan sendiri. di sini mula belajar guna ATM, cari kawan, urus masa dengan baik, cari makanan. hee..
~~nak juga masukkan ayat makanan!
banyak kenangan kat sini. pasti aku akan kenangkan setiap apa yang ada kat sini. i luv everybody that i knew since i'd been here.
~~ayat skema je..
kat sini juga aku belajar guna friendster, blogger..YM..dan yang lain tu cam flixster,facebook, myspace memang tak main laa. bukan apa, aku memang selalu lupa ID dan paswordnya.. tapi tak apa lah. demi kengkawan, aku buat juga facebook atau 'fesbuk' seperti yg disebut oleh chron_ox ya.
bak kata IR haziq, makcik..memang selalu lupa kan..
p/s: nanti aku jumpa chron_ox ni, aku cepuk laa..
1/19/10
peringatan dari suara hati..
1)aku nak kawan yg selalu ingatkan aku ttg kehidupan..tanggungjawab manusia kpd hidupnya sendiri, kepada Allah, kepada agama, kepada keluarga. saudara. aku nak sangat.. tapi kadang-kadang, aku sendiri tak boleh jadi orang yang macam ni. aku mudah hanyut..
2) nak kehidupan ni jadi lebih sistematik.. maksudnya, tak ada tunggang langgang(betul ke ejaan ni??).
3) orang kata kalau kita nak kawan yang baik, kita kena jadi baik dulu kan.. so, aku nak ubah diri aku dulu. nak jadi kawan yang lagi baik..
4) orang kata kita kena jadi anak yang baik kalau kita nak anak yang baik.. umur semakin bertambah, kalau dipanjangkan umur, kita akan sempat berkahwin. bila aku dapat anak nanti, aku harap dia akan jadi anak yang soleh..patuh kepada agama..amin.
5) nak..jalani hidup dengan lebih menghargai setiap apa yang ada. setiap apa yang dimiliki ini semuanya milik Nya.. aku mahu jadi lebih bersyukur atas kurniaanNYA.

