11/26/10

.: Batas Hati :.

bila hati dicuit cinta
bila hati diusik rindu
bila hati disentuh kasih

kadang kadang..
fikiran buntu, minda kosong
otak mencerna apa yang berlaku

kerana,
apa yang berlaku pada hati
memberi kesan pada jiwa
dan menghadirkan sesuatu pada pemikiran...

Ya Rahman, Ya Hakim, Ya Ghaffar..
aku masih belajar untuk menjaga hati
aku masih belajar untuk mengawal fikiran
aku masih belajar untuk menidakkan 'tentang' itu

pimpinlah hambaMU ini
moga tidak melebihi batas hati
moga tidak melebihi batas pemikiran...







11/21/10

Alone

saya suka dia..
tapi mungkin.. bukan jodoh.
walau saya nangis sekali pun
dia tetap sama...
entah..
saya harap dia bahagia bersama dengan 'yang itu'


but.. truthfully.. i'm alone here..

11/14/10

.: Westlife - My Love :.

An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I’m all alone
The rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far

Chorus
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

I tried to read
I go to work
I’m laughing with my friends
But I can’t stop
To keep myself from thinking

Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far

Chorus
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You’re all I’m thinking of
Reaching for the love that seems so far

Chorus
So …So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love
See you in a prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

11/7/10

Jika belum siap, Cintai ia dalam DIAM.....

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang
cukup cintai ia dalam diam...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya.

kau ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, 
kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya.. 
karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. 
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta
adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ... 

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ? 
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan
dalam ikatan suci nan indah 

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... 
 kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat 
harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu
dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan
hamba yang berharap padanya ? 
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu 
tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu,
melalui waktu akan menghapus 'cinta 
dalam diammu' itu 
Allah akan memberi rasa yang lebih indah
dan orang yang tepat ... 

biarkan 'cinta dalam diammu' itu 
menjadi memori tersendiri 
dalam sudut hatimu menjadi rahsia 
antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..



11/6/10

Sila Mengaku..

Kenapa mesti sorok2?? kenapa tidak dibiarkan saja ia terpamer??

kenapa??

kalau sayang katakan sayang.. nanti anda akan menyesal bila dia yang disayangi pergi semakin jauh. 

Jadi kalau anda menyayangi saya, katakan saja. usah dibiarkan tersorok di satu sudut yang tidak terlihat. Hehehe...

11/2/10

10 Soalan Sebelum Bertunang

usia sudah menjangkau 21 tahun.. kadangkala rasa belum layak@segan untuk bercakap soal bertunang mahupun perkahwinan. tapi.. sekadar perkongsian rasanya tidak salah. ayuh kawan-kawan SILA BUKA MATA, BUKA HATI, BACA DENGAN KETULUSAN.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

@SUMBER ILUVISLAM.COM 


p/s: terasa nak kawen dak?? Heheh.

10/22/10

pengganti FaceBook - myfriends2u.com

     Salam semua. hei kawan2.. just take few minutes to update my belog.. apa khabar semua? everything is gonna be okey? trust me. insya Allah. let's pray to Allah. He knows the best for us..

      em. hari ni nak cakap sikit pasal laman persahabatan yang boleh dikatakan agak baru di laman maya. nama nya myfriends2u.com. kat sini fungsinya sama juga seperti facebook. tapi apa yang boleh saya katakan.. mf2u lagi bersifat mesra persahabatan. check it out! 

   anda boleh membuat akaun free di sini, dan mula upload gambar anda. trust me! you will get many friends. even x kenal rapat, akan ada orang yang komen atau berchatting dengan anda. pengalaman saya di facebook, status @ gambar atau wall hanya dikomen oleh mereka yang dikenali sahaja. berbeza dengan mf2u, walau hanya baru add, mereka akan terus komen mf2u anda. 

tapi buat masa sekarang, chatting box tengah diupgradekan sistemnya. so, kena tunggu sehingga semua okey dulu barulah boleh chatting.




p/s: identiti die ni kena disorokkan.. hahaa... cuba la! 

10/20/10

Latest Widget For Blogging ~

hai kawan2!! apa khabar? moga semuanya baik2..



saya nak promote widget terbaru dari laman web wimod.seniaku Widget yang baru saja dicipta oleh kawan saya. saya adalah belogger pertama yang menggunakan widget ini. fungsinya mungkin sama seperti widget2 yang lain. tapi jika inginkan kelainan atau perubahan dari widget2 yang sedia ada di belog anda, mungkin anda boleh mencubanya. warnanya juga menarik.. warna coklat..


anda boleh melihat bagaimana widget ini berfungsi ini di sebelah kanan post ini. and juga boleh usha2 widget ini di sini. beberapa image di bawah juga menunjukkan fungsi widget ini. Trust me. pilihan di jari anda yang sedang meng'klik2' itu. All the best! 










Juga, selamat menghadapi exam kepada semua student2 di seluruh dunia. All d best! Selamat berjihad! insya Allah. jangan lupa tawakkal. moga bertemu kejayaan.. ~


10/18/10

.: 4 events in one date :.



musim exam mendatang!!!!!!!!! musim ni lah musim yang menakutkan. siyess... 
okey. da sebulan lebih x balik umah.. oke la tu. thrill sikit!. 
hari ni hari yang diraikan dengan 4 maksud.


1~ epi besday tu abg ngah. moga terus bahagia di dunia & akhirat. nak cerita yang sebab slalu wish "moga cpt bertemu jodoh" kat sesapa yang sambut besday maka dengan selambanya aku wish menda ni kat abg ngah. alahaiii.. k.ngah jeling aku. ada pulak suruh orang da kawen btemu jodoh lagik. haha. sori..


2~ selamat ulang tahun ke 3 perkahwinan abg uda. moga kekal membawa ke syurgaNya. ameen.


3~ genap 3 tahun arwah atuk meninggalkan kami. atuk.. sangat rindukan atuk. harap atuk akan tenang di pembaringan sementara itu. ameen.


4~ besday arwah awi yang baru sahaja meninggal bulan 4 lepas. moga Allah sentiasa mencucuri dirimu..


aish. dun want to be sad. we must brave to face d reality.. insya Allah. semuanya akan baik2.





hari ni, family datang cini. tengkiu sebab dtg dari gombak jauh2 dan bawakkan makanan yang sedap2. mak buyung yang aktif ke sana sini pun ada jugak. cayam sume!

dan hasilnya... kenyang!!


puding gula hangus.. soodaapp !
kek batik comel. haha.
bihun goreng singapore.. best jugak
piza anak dollah. eh.. pizza hut
kek tiramisu... sedap jugak..!
p/s: pizza xberjaya saya habiskan. (saya bukan jenis suke pizza. tekak melayu asli yepp) atiqah yg habiskan bersama fia. mihun pun sama. atiqah yang habiskan. Alhamdulillah, rezeki hari ni..yg lain cam kek batik, kek tiramisu, puding gula hangus saya makan. 



10/16/10

Cerita 18sx! jangan baca jika tidak berani.... ~

p/s: jangan baca jika takut.. nanti ia menyelebungi hidup anda. siyes ni.. kena kuat semangat kalo nak baca.. jangn menyesal yee....


__________________________________________________________


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."
  
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....

.............................................................................................................................

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)


9/12/10

biar

dia akan pergi....
harus aku izinkan
kerna yang memiliki walau satu butiran pasir 
itu hanyalah DIA.. DIA yang menetapkan..
maka aku harus tabah
sungguh Allah Maha Mengetahui
Maha di atas segala-galanya....

Tuhan, beri diri ini kekuatan
Seandai tercatat dia bukan harus bersama diri ini
kerana Engkau yang mentakdirkan segala-galanya....
                

8/30/10

umur saya bertambah 1 angka!

satu kebetulan. ini merupakan posting yang ke 100.
satu angka yang Unik! 

dan, esok tarikh yang tercatat ialah 31 ogos 2010!
bermakna:

ESOK HARI LAHIR SAYA!!!

1- sudah 21 tahun saya bernafas di bumi
indah ciptaan yang Maha Kuasa ini. Subhanallah.

2- sudah 21 tahun saya menghirup udara segar

3- sudah 21 tahun saya menjadi hambaNya di bumi ini. samaada
menjadi khalifah dalam diri @ orang lain.

let's sing a song!

hepi besday aniq..hepi besday aniq..

"may Allah bring joys and happiness here and hereafter"


wishes

1.  nak jadi lebih baik. dalam erti kata lain, jadi hamba 
yang lagi solehah. muhasabah diri agar dapat
menjadi hamba yang lagi baik dari semalam 

2. nak  baiki apa yang patut dibaiki. ^_^

3. nak jadi anak dan adik yang lagi baik kpd along, a.sham,
angah, ari, chik, uteh dan alang.. doakan adik korang ni
jadi lebih baik ye!

4. nak belajar lebih tekun. yang ni agak susah.
astaghfirullah.. moga dibukakan pintu kejayaan. USAHA TANGGA KEJAYAAN.

5. nak gemuk sikit. hehe..
hari tu, timbang berat badan (masa tu saya tengah
menggalas laptop dan 1 buku tebal). dan berat saya waktu itu ialah 45kg. 
itu belum ditolak dengan laptop dan buku. oh! underweight!)

cukuplah setakat itu dulu...yep..
p/s: terasa saya belum cukup layak untuk memikul angka 21. sebab 
saya masih belum matang! sedangkan 21 itu 1 angka yang besar bagi seorang gadis. haha... it's oke. pelan2 ya aniq cayang....


 



8/25/10

KIAMAT! HINDARI DARI FITNAH DAJJAL!!

Sang Dajjal semakin menampakkan dirinya.Hari berganti hari.Tahun berganti tahun.Armageddon semakin hampir.

masya Allah! 

Bacalah dan cuba hafaz 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi supaya anda terhindar dari fitnah Dajjal.Apakah fitnah Dajal itu?Segala penderitaan yang datang hasil dari tangannya.Jadi jangan salahkan Allah dan Islam jika anda menderita di akhir zaman kerana Nabi Muhammad s.a.w sudah tunjuk cara untuk selamatkan diri.Segala hak asasi manusia,liberal dan material anda tidak akan selamatkan anda dari fitnah Dajjal.Percayalah.

Bacalah AlQuran dan banyakkan berselawat ke atas nabi.Satu selawat,Allah akan berselawat 10 kali ke atas kita!Betapa besarnya pahala selawat.

mari kita sama-sama menjaga diri kita semua.
dan semoga kita semua tergolong di kalangan hambaNya. ameen.

izinkan aku....

hepi besday kawan...hepi besday..
dia da berumur 22 tahun..

masuk tahun ni dah hampir 6 tahun kami berkawan..
kawan yang teramat istimewa dalam hidup saya..

tapi sejak 2007, dia menghilangkan diri..
ya Allah.. jagalah dia..peliharalah dia dari kecelakaan.

saya amat rindukan dia. sangat rindukan dia...
kalau saya yang salah, saya minta maaf.. dari hati yang mendalam.
jika takdir Tuhan menetapkan dia telah tiada,
izinkan saya menziarahi kuburnya..



8/24/10

.: Only One Day ~ SS5o1 :.

This is one of my favourite song by SS5o1. i love them and the way
they are.. actually, it's sad to hear about their seperate. i love to see them back again. i hope they will stand as SS5o1 again. new SS5o1~ !!

Only One Day ~ SS5o1

Nega tteo nadeon geu dwitmoseub eul
Ajik nan ijeul su eobseo
Geutoreok akkyeo watdeon neoyeotgie
Sigani haegyeolhae jul georadeon
Chingu deul eui wiro deul do
Neo eui gieok eul mut gien bujokhae
kkeut eobsi banbokdoe neun yeohaeng sok nal dasi chatneun geon
Barame sillin neo eui moksori ijeul su ini

[Chorus]
Haru Haru ga neo eob neun i haruga
Eoje cheoreom chueoki doe eo neomu himdeulge hajiman
Haru dan haruman nae soni neo eui nunmul eul dakkeul suman idamyeon
Geuttae neun malhalge My Everything

ijeul su eobneun jinan chueoki
Ginagin bameul sumgigo
Jan inhan siganmajeo meomjulttaemyeon
Jikiji mothaedeon yaksokwie
Subukhi ssahin meonjideul eul
Nammollae nunmulro jeoksyeo dakkgonhae
Suman eun inpa sok ilsangeseo neol dasi chat neun geon
Nal saranghae deon na eui moksori ijeul su ini

**repeat chorus** 

i unmyeong eui gallimgil soke
Jogaknan kkumilago haedo
I wish I can bring you back again
Harudan Haruman neol dasi bolsu idamyeon
I ginagin gidoga neo reul doe dollil su idamyeon
Jeonhal su eobseodeon gaseum sok gipeun got gadeuk haedeon
Malhaji mothan mal geutae neun malhalge
~*neol saranghae*

**repeat chorus**  

Majimak yonggi reul badajwo…

****Translation****

 

Your back figure as you left
I can´t forget it
Because I cherished you
“Time will fix it all”
Was the suppot from my friends
But it is to less to bury you
In between the continuos trips
The thing that finds me again
It is your voice carried by the winds
Can you forget?

[Chorus]

Day by Day
The day that you aren´t here
Becomes a memory like yesterday
It burdens me so much
One day just for only one day
If only my hand can wipe your tears
Then I will tell you
My everything

The past memories I can´t forget
It hides the past nights
When the heartless times stops
On top of the promise I couldn´t keep
Is the dust that settled on top
Secretly, I clean it off with my tears
Between the large population
I´m looking for you again
My voice saying that I loved You
Can you forget it???

[repeat chorus]

In the split road of my destiny
Even if they say it is a shattered dream
I wish I can bring you back again
One day just for only one day
If I can get to see you
If this aged prayer
Can bring you back
What I coulsn´t say?
The words I couldn´t say that was deep inside my heart
Then I will tell you
~*I Love You*~

[repeat chorus]

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template