7/22/09

AZAM??

INI..bukan nama. tapi azam. ek ek..apa ni. macam nama dia je..siapa ni??Siapa dia??

haha..ini azam yang nama english nye ' new spirit of soul'. haha..sem baru dah buka. so,tiba masa untuk ada azam yang baru. sesiapa yang nama azam tu - bukan bermakna anda diketepikan dalam hidup saya. tapi, saya cuma nak ada azam baru saja. tak nak azam yang lama (ye ke??) ha..kata orang sesuatu yang baru harus dimulakan dengan niat yang baru juga. BETUL KE??

betul lah.. azam baru. hem..(huish..blush je rasa pipi ni).
saya ingin mengatakan dengan bangga di sini.. SAYA ADA AZAM BARU. apa agaknya azam baru saya ni?

1) kurangkan tidur..banyakkan ngadap laptop dengan romate baru je(tak nak bagi mengantuk)

2)rajin4x pergi kelas. no more skipping..hehe. no more skip ye.

3)kurangkan makan. ada yang kata saya ni gemuk. ada yang kata saya ni kurus. yang saya paling tak gemar ada orang kata "anis,ko ni comel la."(red-faced came again).heesh.. jangan lah kata yang comel. saya mengaku la..saya sedar siapa diri saya. saya memang cute. dah tak larat rasa nak throw it away from my mind. hush..

4)jangan syik dengar lagu guna earphone yang di connected kan dengan phone sony ericsson ku. ha..bahana ada earphone lah ni. asyik sumbat telinga dengan earphone je. ikut statement from some hospital, using earphone ni mengundang kuman untuk berkampung di dalam telinga. hush..ni bukan kem PLKN la. shooh. here is a place where a human hear. tapi kadang2 dengar tahap blast pun leh wat kita enjoy jap. kurasa bagai dunia milikku.

5)kurangkan beli benda tak berpekdah. hush. ni tabiat yang susah nak dikikis. saya memang suka mengumpul buku2 yang comel. yang ada karikatur,bunga, or any abstract line. macam dah jadi obsess je dengan benda macam ni. walau dah ada banyak tapi still nak beli. betullah kata pepatah. curious kills the cat( pe benda yang saya merepek ni - tak ada kaitan lansung)

6)kurangkan Online. hehe..ini kena fikir nambelaskali.tak lengkap hidup kalau tak online shari. nasib baik romate baru ni bwak broadband. nak gune UITM punya wireless memang x dapat la. berjanggut tunggu.. nak beli broadband pun rasa tak berbaloi. kang tak study lansung baru tau. haru je nanti. nanti dapat result teruk - balik rumah je "anis tido luar umah". BAHANA DAPAT LOW POINTER.

7)kurangkan baca..novel. komik..atau apa yang seangkatan dengannya. hihi..tabiat ni memang abadi di hati. pantang nampak komik, bersila terus. tak pun baring terus. terbaru saya membeli novel kegemaran saya keluaran syarikat Jemari Seni. novel Tunas dan Tentang Dhiya. tapi sedih, sequel Tunas, Aa + Bb(Addin shah & Benz Aliff) still tak jumpa lagi. walaupun saya dah baca tapi saya tetap nak buat novel ini menjadi hak Sdn. Bhd juga. kalau nak ulang balik senang. tak yah pinjam2 lagi. "memang dah jadi hak milik anis". cuti sem hari tu saya ada beli juga novel alang rebus tak empuk - surat ungu untuk Nuha. it's s colourful novel. differ that others.
saya memang pantang melihat karya obata yuuki, hlovate, noor suraya, syud dan Ruby Hazri.

*rajinnya tolong mempromosikan novel..

8)apa lagi ya..ha..kurangkan minum teh ais. 'kepelikkan' saya ialah suka minum teh ais lebih dari 2 kali dalam sehari. dah la banyak caffeine.tak elok untuk kesihatan. pagi minum nescafe, takkan petang tu minum teh ais lak. kalau sekali saja tak apa lah. ni malam pun tibai lagi sekali. huh..
nak kena marah n cikgu Nik ke..sorry cikgu Nik. (abnormal ke??)

9)nak cukupkan sepuluh. kejap nak fikir..hmm..kurangkan lepak dan bergelak ketawa. kata romate saya, orang yang membuat lawak/ kelakar itu akan ALLAH hitamkan hatinya. takut saya mendengar ayat itu. betul ke?

10)last sekali saya nak capai pointer yang hebat sem ni. insya ALLAH..mudah-mudahan DIA akan mempermudahkan jalan ke arah kejayaan.

Itu saja kut azam saya sem ini. .

***********************************************************
p/s : sesiapa yang namanya disebut di atas adalah memang di sengajakan. harap maaf.
hehehe..

7/15/09

LEPAS GERAM!!!

sape ingat kenangan masa kecik-kecik?? sape ingat yang time nak makan,sape yang suapkan kita?? siapa ingat masa nak 'yak', siapa yang tolong basuhkan?? aku gerenti, yang sayangkan mak bapak cakap," mestilah ibu saya..mestilah ayah saya..mestilah kakak saya..".


memang betul. tapi bagi yang buat - buat hilang ingatan mereka semua capacity nye ala-ala ikan bilis. mereka mesti cakap memanglah "tu tanggungjawab mereka. memang mereka yang patut buat semua tu"hem, HOMOSAPIEN betul!! memang spesies supernatural de sepultra.


manusia ni memang otak, dan dalamnnya bersih time kecil. tapi bila merangkak dewasa, pasti pelbagai anasir-anasir luar akan meresap dalam diri. kalau tak jaga dengan betul, memang habis rosaklah jiwa mereka.


aku memang cepat bengang. bengang dengan dunia anak remaja sekarang. bengang dengan sikap degil mereka. kalau buka paper, tiap-tiap hari ada saja cerita yang boleh membuatkan orang-orang tua kena serangan jantung. memang confirm. mana taknya, ada kes bunuh,kes rompak, kes ragut. percaya atau tak, sebilangan besar remaja di Malaysia sekarang bagaikan terdedah dengan virus 'lowest mentallity'. ada otak, tapi tak gunakan dengan betul.


ada juga sebilangan besar mat-mat rempik yang aku tahu, mereka ni anti-mahasiswa/wi. jawapan mereka senang saja. kata mereka "mahasiswa ni poyo..tunjuk lagak je pandai". hmm..
aku rasa pendapat tu ada betul juga., tapi..bukan semua. "BUKAN SEMUA MAHASISWA POYO". aku tak termasuk dalam golongan yang poyo. walau aku dapat jejak kaki ke U, aku rasa taraf seseorang tu still same. yg membezakan, tahap mentallity seseorang saja. kalau mahasiswa sahaja tetapi bila keluar IPT still melakukan benda yang salah,maknanya ANDA GAGAL MENGUBAH DIRI ANDA. BUAT RUGI DUIT KERAJAAN SAJA.




"SAYANGI DIRI ANDA".

7/7/09

TER........

TERHANTUK. apa yang kita fikirkan bila terhantuk?dah la kelas memang full hari ni. tambahan pula, tengah berposa. saya memang terkejar2 melaksanakan aktiviti hari ini. basuh baju, angkat baju,mengemas bilik. LETIH..


Berbalik pada soalan tadi, kalau sayalah,saya tak sempat nak fikir apa2. dah sakit macam mana nak fikir lagi. memang sakit tahap ntahapahapa. balik bilik, tangan pula terhentak atas kunci loker. rasa macam nak mengamuk saja. dah la kulit ni jenis sensitif. mudah terluka..


kalau korang,macam mana ye???
 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template