7/28/11

Pandangan





Assalam..


pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki





pandanglah dengan hati. tapi berpandukan akal. dan  pegang erat2 hati anda. jangan biarkan hati anda dicemari dengan cinta yang tidak tentu-hala.carilah cinta Allah dahulu. (peringatan untuk diri sendiri jugak) 




hati itu suci...jangan cemarinya dengan nafsu nafsi..



p/s : mood 2,3 hari ni tidak berapa OK.. salam ramadhan semua..


7/7/11

Perkara Yang Perlu & Jangan Dilakukan Sebelum Tidur





1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.


2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.



3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.


4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.


5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la ‘boxer’ yang longgar dan selesa. Sayangilah Mr Z anda.


6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?


Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.






ZZzzZZZ

7/6/11

.: boleh tak lari dari masalah? :.








boleh x.. kalo kita terus lari dari masalah2
yang kita sendiri tidak tau cara penyelesaiannya...
terus berlari..
berlari..
.

.

.

.

 sampai titik akhir nafas......




7/5/11

Betulkah Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak??


assalam...

entry kali ni berkenaan dengan orang lelaki lagi. hehe. asik2 bab lelaki je sekarang ni kan..

okeh! korang tau tak, orang lelaki suka makan? makan pulak tu banyak. macam aku.. hehe.. 
macam masakan kat bawah ni..sbg contoh ya..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.


tapi betul ke fakta 'Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak' nih?? 

aku rasa betul lah. sebab tu dorang dah tunjuk awal2 yang dorang suka makan. dengan harapan, si bakal calon paham isi hati dorang. ye dak??

korang yang pompuan ni.. yang bakal ehem3 ni pandai masak tak?? nanti nak kahwin, harap2 semua dah setel la ye. mari kita memandaikan diri dengan memasak! hoho...

okey.. da lewat da ni.. masa untuk tidur. selamat malam semua. daaaa..
 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template