10/23/12

Cheesy Jokes between hubby & wifey




SUAMI : Sayang, Sayang....ce teka..kalo betul abang bagi gula2
kalo salah abang cobit...

ISTERI : honyoh! apa abang??

SUAMI : dengar nih! apa beza KLCC dengan abang??

ISTERI : KLCC tinggi lah, sayang pendek...=(

SUAMI : Alalala~~ bukan lah sayang...

ISTERI : Habis tu apa abang?

SUAMI : KLCC terletak di kuala lumpur tapi sayang
terletak di hati abang untuk selamanya~

ISTERI : HAHAHAHAA.. aloooo.. ngade tau abang neh! 


KELAKAR NYE LAWAK ABE... 




p/s: nak kawen jek rasaaa... :))



10/21/12

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012 Include wins for Treble Games Ever!!


akhirnya !! alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! kelantan berjaya menjadi juara buat kali kedua !! (eh.. ye ke).. dan untuk tahun ni, kelantan menang Treble games iaitu Piala Malaysia, Juara Liga Super dan Piala FA. kekekekee...



perlawanan akhir ni melibatkan pasukan ATM dan aku semestinya akan 
sokong Kelantan la weyyhhh!! sebab abah ngan nenek dan adik moyang aku
 bukan anggota ATM. hehee..



walaupun sedikit keciwa sebab tak dapat tengok Farhan beraksi kat
 final ni sebab dia dapat kad merah, takpe. aku tetap hepi.. 
masa dorang terima pingat ngan piala ni pun Farhan tetap ade.
 so, I tetap bahagia !!

So, congratulate for all the players, Bojan Hodak pun..
keep up your energy and boosting power for the next year !!


adios



10/17/12

Wanderlust To A Very Lone World.. ( Luhan, Jiyoung,Exo members )

Gosh.. im crying again.. The story really make me flinched, suprised. Thumbs up for the author.. really sad, and most interesting plot that I've ever met. For Exo's Lovers, read this.. Wanderlust story. Written by rochellephoon



Btw, read this while listening to 






CASTS
Luhan
Jiyoung


and the rest Exo members. 

9/30/12

HARUSKAH PASRAH??

ASSALAM



Perkara yang paling susah : 
untuk pasrah, bersabar, ikhlas, redha dan bla bla bla..


LIVING ALL BY MY SELF


namun...


Ada kalanya kita akan sampai di satu titik dimana kita harus 
Pasrah , Diam , Ikhlas dan Tidak memikirkannya lagi


sebab..



itu lah yang terbaik untuk diri kita



Kita ada ALLAH. maka, serahkan semuanya pada DIA. 


psssss : listen to Exo-K ( MAMA, history )

rooccckkk !! D.O  & Baekhyun !!






9/27/12

BERITA PALING PAHIT DALAM HIDUP PELAJAR MATHCOMP

ASSALAM..

aku..
makin..
lelah..
dalam
dunia..
belajar..
ini..

korang rasa sebab apa ye..


SEBAB AKU DAH TUA?? jadi lemau otak ni..?

eiii.. please la. muda lagi tau. baru 23 tahun 27 hari. 


SEBAB TERLAMPAU LAMA BELAJAR MATH??
tak3... math is interesting. seriously interesting. those who's not involved with Math
 sure akan cakap Math ni subjek membosankan, susah, dan etc. yeeee.. susah, 
tapi best. bila dapat jawab soklan tu even yang SUSAH2, 
hati akan melampau gembira. and Math ni boleh buat kita
active to think, maka otak kita pun semulajadi active jugak la dak?

actually, sebab..SE a.k.a Software Engineering. aku tak tahu kenapa, menda alah ni
 buat aku jadi GIVE UP!. tak tahu la.. terlampau pening je rasa.. 
and the rest.. is PDE (partial Difference Equation). tau tak tu subjek Math tau!! uwaaa.. 
jalan kira nya tu melampau2 panjang nya. tak sah kalau 
tak 3 muka surat. 

"dear Allah.. give us strength for overcoming all difficulties of this learning process"
AMIN
AMIN


sebenarnya, aku takde pape nak post. saja menggatalkan tangan yang demok ni untuk
menyonteng belog yang takberapacun ni. muahahahaha.. 



P/S: jiwa da okey. alhamdulillah. fully clear !!


9/5/12

Eksyen Dengan Kebaikan Diri (5 September 2012)


golongan yang suka mengheboh2 kan kebaikan yang sudah dilakukan. ada. golongan macam ni selalu ada. dalam diri pun ada. susah sangat nak dibuang dan dikikis. 




"saya kalo tak baca Yaasin 3x tak nero tidur"

"terkejut saya semalam petir 3x masa tahajud"

" eh jom makan jap lagi"
"eh dok buleh. saya memang. dok pernah tinggal tiap hari khamis dengan isnin".


adoooii. tu sebahagian contoh2 ayat nya. susah kan nak kikis perasaan tu. mulut pun kadang2 nak 'tergelincir' je bercerita pasal kebaikan yang diri kita buat. kan? walhal orang alim pun kenkadang nak bercerita. yang 'tercerita' tu lain kira lah.  tapi ada ke macam tu?


p/s: jangan menunjuk2 kebaikan yang dilakukan.

8/30/12

Masih 1% sedih ( 31 Ogos 2012)



biasala. masih 1% sedih. tanpa dilupa, selepas solat aku mendoakan hidup sentiasa bahagia dan tenang. pada Allah dipohon, berikan kekuatan untuk aku hadapi apa2 masalah dalam hidup. sikit2 nak emo. apa dah takde benda lain nak fikir ye..


esok besday aku


 "hepi besday anis. may our journey in DUNIA is blessed by HIM"

and
Happy Independent day for Malaysian !!


8/25/12

Moga berbahagia. (1 September 2012)

kalau dulu2, katanya kalo boleh nak kawin 12/12/12. itu tarikh perkahwinan ibubapa dia. so, im not suprised kalo dia kata tarikh itu da berubah kepada 1 september 2012. atau 1/9/2012. dalam diam hati terasa sesuatu. akhirnya sampai sudah jodoh dia. berita ni pun diketahui malam raya aidilfitri hari tu.  takkan nak bersedih?

hakikat bahagia itu adanya dalam hati. insyaAllah. belajarlah melepaskan sesuatu yang bukan pasti milik kita. ia bermula sebagai milikNya. maka pertengahan dan pengakhirannya juga pasti sebagai milikNya juga. Allah jua yang berkuasa. sedih pun apa nak buat. mungkin hidupnya lebih baik dengan yang lain. mungkin hidup kita lebih bahagia dengan yang lain. siapa tahu.. Allah jua yang berkuasa. Wallahua'lam.

31 ogos pun dah tak lama. esoknya tarikh dia nak kawin. apa pun, mr senpai, all da best. moga dapat jadi suami yang baik kepada your to-be-wife. baik untuk dunia dan akhirat.

"Belajarlah melepaskan pergi. Belajarlah merelakan. 
Supaya nanti kita dapat melihat, kemana arahnya takdir kita. 
Kemana takdir kita membawa kita pergi"


p/s: ending yang tak cun. 


7/17/12

THE MOST UNBELIEVABLE THINGS IN THIS WORLD : WORLD'S STUDENT


LASTLY
LASTLY..
.
.
.
.
.
.
.
ahhhh! leganya
susah sangat nak percaya bila dah lepas Final Year Project (FYP) ni.
tajuk yang kami dapat pun bukan calang2 tajuk. 
"Edge Detection Of Brain Tumor In Magnetic Resonance Imaging
 Using Wavelet Transfrom Modulus Maxima".


haaa.. cun tak tajuk kami? nganga2 aku bila dapat tajuk ni. 
ada gak nangis2 sikit. SOBs3.
penat dah terbalas. tidur sekejap2 pun jadilah.
asal report dengan presentation OK. 


kalau kebanyakan students lain, mereka akan proceed
 FYP ini dari proposal yang dorang dapat&cari semasa 
subjek Math Modelling. but, kami dapat tajuk proposal lain, 
FYP pun lain. pelik kan? tapi agak ramai yang hadapi 
kes macam kami. so, tak lah rasa pelik
sangat kalo ia berlaku.

tapi sekarang rasa bahagia sangat2.
SEBAB Apa?
FINAL da ABIS
PRESENTATION pun da ABIS


ALHAMDULILLAH. Syukur ya Rabbi
kerana memudahkan kerja2 kami selama setahun ini
cc @ Aina, Yasmeen, Rafidah, Atiqah dan our supervisor, Puan Hanifah. 
i owed you a lot guys. 

and paling best, masa presentation day semalam
our group got the best panel & examiner (as i think). 
Madam Eny & Mr Kadir. Madam Eny ni baik sangat2. kalo
Mr Kadir lak encem sangat2. HIHI. dah la Mr Kadir ni examiner
yang terLAST datang. (Kami group last siap present). 
gaya dia masuk tu macam tengah lalu red carpet je. dak2 kelas
ramai tengok2. agaknya sebab encem kot. sopan. 
MASKULIN gila! haha. 


Amboi kau anis. gatal lagi di petang hari ni.
ni puji2 sebab dia tak banyak soal-jawab dengan kami
semalam. hepi giler! cuma dia banyak fokus pada pembetulan report. lagi satu
Mr Kadir ni wish congrats kat kami. 
"yang potential paper sikit je salah. yang report ni pun slack kt
prob statement sikit je. tp yang lain PERFECT!" - Mr Kadir

tapi sekarang, semuanya belum setel lagi.
report yang da siap ni kena edit2 lagi. kami difahamkan
gred untuk project ni da dikeluarkan. so, report yang bakal
disiapkan ni adalah untuk reference junior2 kami kat UiTM ni.
waarrggh. terasa hebat seketika.
nauzubillah.

 Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

dear readers.. jangan nak rasa ujub kalo da berjaya buat sesuatu itu. 
perlu diingatkan, itu semua pertolongan dari ALLAH s.w.t. DIA lah yang 
memudahkan setiap urusan kita semua.




P/S: gambar2 presentation days will be posted next time. :)

psss: cuti sem sudah bermula. maka? cuti la weyh! yeahhh!!
- ADIOS -
wassalam 



7/10/12

RAMADHAN

ASSALAM


YEAH!! RAMADHAN IS COMING !! 


Alhamdulillah.sedar tak sedar, kita dah hampir nak masuk bulan ramadhan. insyaALLAH. semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kekuatan untuk menjalani rutin kita sebagai hambaNYA di bulan ramadhan nanti. 


bercakap pasal puasa, teringat kenangan masa belajar kat Uitm segamat dulu. sem ke 5. Hahaha. Kalo teringat time ni, rasa kesian pun ada, rasa insaf pun ada.. 


kononnya, hari first puasa, aku nak puasa kat kolej. taknak balik rumah yang sedia JAUH di kelantan atau Selangor tu. kononnya la. Tapi korang tau la kan, kat uitm memang kalo hari first pose yang nak2 lagi jatuh pada weekend, of course lah tak ramai student yang lekat. ada yang balik rumah dan jalan2. dan nak dijadikan cerita, kantin memang sikiiitttt je ada makanan. bazar yang depan admin tu pun, sikit jugak makanan. berapa kerat je yang bukak gerai. memang tak banyak!  Kami yang sekumpulan ni jalan2 ke sektor B dengan harapan mungkin uptown bukak. tapi.. Jeng3. musnah harapan kami bila melihat signboard TUTUP. sabar je kan..


and kami balik bilik. tapi sebelum tu sempat lah beli ais jagung, lastly, dah nak azan, kami bukak pose dengan MAGGI je. alahai.. rasa nak nangis pun ada. ni lah kali pertama dalam sejarah hidup bukak pose dengan MAGGI tomyam. 




tetiba terbayangkan, orang Somalia pun ada yang tak de apa2 untuk bersahur. untuk bukak pose apatah lagi. masa tu rasa alahai. tak bersyukur betullah kau anis!! ALLAH dah bagi ni pun dah cukup. tersangat tersiat hati ni. Kadang2 bila ada makanan, kita melakukan pembaziran. jika kekurangan, kita merungut! Nauzubillah. 



Teringat firman ALLAH : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” 
(Surah al-Baqarah : 286)


Sabda Rasulullah SAW
“Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya”. (Hadis riwayat Muslim)



# Hidup ini adalah medan ujian buat KITA sebagai hambaNYA #


yeah! please, stay strong is the best way we SHOULD and COULD!

p/s: peringatan sebelum tibanya Ramadhan Kareem.

6/27/12

REDHA

Assalam..

bila hati bertingkah dengan apa yang berlaku pada kita,
maka cepat2 beristighfar.

'Astaghfirullah hal azim'
'Astaghfirullah hal azim'
'Astaghfirullah hal azim'


Tuhan..
rasa terkilan tu pasti ada
namun andai ini yang akan membawa
aku kepada hidup yang lebih baik,
maka kurniakanlah aku rasa tabah dan sabar
Sesungguhnya perancanganMu itulah yang terbaik

kurniakan aku rasa redha
sebetul betulnya redha untuk melepaskan
rasa yang tak pasti itu..
tanpa perlu aku menaruh harapan
walau sedikit

ALLAH..
aku tak kuat
mohon petunjuk dan hidayahMu..


p/s: redha itu indah jika kita meyakini dengan sepenuh hati.

6/25/12

BILA SEDIH

Assalam..

korang pernah tak rasa sedih..
bila orang yang korang suka layan nak tak nak je.. 
ATTENTION : suka kat sini suka2 je. bukan tahap cintan cintun tau.




okey, berbalik pada tadi.
perasaan sedih yang muncul tetiba.
rasa sakitnya kemain. T_T
rasa macam ditusuk2 dengan parang,pisau, gunting..
ahaks! gila ke haper aku nih.
ingat ni drama melayu zaman sekarang ke hape.

but, truthfully,
orang yang kita sayang layan kita nak tak nak je
tak kisah la sape. yang penting as long as 
dia orang yang bisa buat kamu tersenyum.
mungkin family, kawan2, boyfriend or girlfriend. kan?
so, mestilah kita rasa sedih kan?
rasa terluka..
rasa terasing
sampaikan kita rasa nak gaduh je. 


ISH. sampai ke situ ye.
lupakah kita, KEMUNGKINAN 
insan itu sedang terluka jua. 
terluka.. yela, mungkin dia penat @ sedih.
at those times, you're supposed to be a smart people.

so, Sebelum pape, 
siasat dulu.
Ye. kena siasat dulu.
jangan main taram je nak sedih2
 atau cari gaduh dengan insan itu.


alahai hati.. bersabar lah. teringat Firman Allah yang bermaksud:
 "Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, 
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita 
gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang
 mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka 
dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." 
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

those feelings are small matter ye sayang2 sekalian.
jangan sampai gaduh2..

~ Sekian ~

6/24/12

Resume Iblis (Renungan)


Pengenalan diri 
Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Cita-Cita 
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Tempat Operasi & Rakan setugas
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Pengalaman & Kenangan 
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Saat mendukacitakan
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah 

6/19/12

Andai Ini Sujud Terakhir Ku





Andai ini sujud terakhirku
ampunilah dosa dosa ku
terlebih yang tidak aku sedari
ampuni sungguh ampuni

Aku akan selalu menggenggam rindu
untuk berjumpa dengan Rasulullah tercinta

Meski andai tidak layak aku
untuk aku berada dalam syurgaMu
dalam tiap sujud aku memohon

Layakkanlah diriku sebagai hambaMu
dan aku selalu mengingati doa ini
bila ini sujud terakhirku


 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template