7/17/12

THE MOST UNBELIEVABLE THINGS IN THIS WORLD : WORLD'S STUDENT


LASTLY
LASTLY..
.
.
.
.
.
.
.
ahhhh! leganya
susah sangat nak percaya bila dah lepas Final Year Project (FYP) ni.
tajuk yang kami dapat pun bukan calang2 tajuk. 
"Edge Detection Of Brain Tumor In Magnetic Resonance Imaging
 Using Wavelet Transfrom Modulus Maxima".


haaa.. cun tak tajuk kami? nganga2 aku bila dapat tajuk ni. 
ada gak nangis2 sikit. SOBs3.
penat dah terbalas. tidur sekejap2 pun jadilah.
asal report dengan presentation OK. 


kalau kebanyakan students lain, mereka akan proceed
 FYP ini dari proposal yang dorang dapat&cari semasa 
subjek Math Modelling. but, kami dapat tajuk proposal lain, 
FYP pun lain. pelik kan? tapi agak ramai yang hadapi 
kes macam kami. so, tak lah rasa pelik
sangat kalo ia berlaku.

tapi sekarang rasa bahagia sangat2.
SEBAB Apa?
FINAL da ABIS
PRESENTATION pun da ABIS


ALHAMDULILLAH. Syukur ya Rabbi
kerana memudahkan kerja2 kami selama setahun ini
cc @ Aina, Yasmeen, Rafidah, Atiqah dan our supervisor, Puan Hanifah. 
i owed you a lot guys. 

and paling best, masa presentation day semalam
our group got the best panel & examiner (as i think). 
Madam Eny & Mr Kadir. Madam Eny ni baik sangat2. kalo
Mr Kadir lak encem sangat2. HIHI. dah la Mr Kadir ni examiner
yang terLAST datang. (Kami group last siap present). 
gaya dia masuk tu macam tengah lalu red carpet je. dak2 kelas
ramai tengok2. agaknya sebab encem kot. sopan. 
MASKULIN gila! haha. 


Amboi kau anis. gatal lagi di petang hari ni.
ni puji2 sebab dia tak banyak soal-jawab dengan kami
semalam. hepi giler! cuma dia banyak fokus pada pembetulan report. lagi satu
Mr Kadir ni wish congrats kat kami. 
"yang potential paper sikit je salah. yang report ni pun slack kt
prob statement sikit je. tp yang lain PERFECT!" - Mr Kadir

tapi sekarang, semuanya belum setel lagi.
report yang da siap ni kena edit2 lagi. kami difahamkan
gred untuk project ni da dikeluarkan. so, report yang bakal
disiapkan ni adalah untuk reference junior2 kami kat UiTM ni.
waarrggh. terasa hebat seketika.
nauzubillah.

 Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

dear readers.. jangan nak rasa ujub kalo da berjaya buat sesuatu itu. 
perlu diingatkan, itu semua pertolongan dari ALLAH s.w.t. DIA lah yang 
memudahkan setiap urusan kita semua.




P/S: gambar2 presentation days will be posted next time. :)

psss: cuti sem sudah bermula. maka? cuti la weyh! yeahhh!!
- ADIOS -
wassalam 



7/10/12

RAMADHAN

ASSALAM


YEAH!! RAMADHAN IS COMING !! 


Alhamdulillah.sedar tak sedar, kita dah hampir nak masuk bulan ramadhan. insyaALLAH. semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kekuatan untuk menjalani rutin kita sebagai hambaNYA di bulan ramadhan nanti. 


bercakap pasal puasa, teringat kenangan masa belajar kat Uitm segamat dulu. sem ke 5. Hahaha. Kalo teringat time ni, rasa kesian pun ada, rasa insaf pun ada.. 


kononnya, hari first puasa, aku nak puasa kat kolej. taknak balik rumah yang sedia JAUH di kelantan atau Selangor tu. kononnya la. Tapi korang tau la kan, kat uitm memang kalo hari first pose yang nak2 lagi jatuh pada weekend, of course lah tak ramai student yang lekat. ada yang balik rumah dan jalan2. dan nak dijadikan cerita, kantin memang sikiiitttt je ada makanan. bazar yang depan admin tu pun, sikit jugak makanan. berapa kerat je yang bukak gerai. memang tak banyak!  Kami yang sekumpulan ni jalan2 ke sektor B dengan harapan mungkin uptown bukak. tapi.. Jeng3. musnah harapan kami bila melihat signboard TUTUP. sabar je kan..


and kami balik bilik. tapi sebelum tu sempat lah beli ais jagung, lastly, dah nak azan, kami bukak pose dengan MAGGI je. alahai.. rasa nak nangis pun ada. ni lah kali pertama dalam sejarah hidup bukak pose dengan MAGGI tomyam. 




tetiba terbayangkan, orang Somalia pun ada yang tak de apa2 untuk bersahur. untuk bukak pose apatah lagi. masa tu rasa alahai. tak bersyukur betullah kau anis!! ALLAH dah bagi ni pun dah cukup. tersangat tersiat hati ni. Kadang2 bila ada makanan, kita melakukan pembaziran. jika kekurangan, kita merungut! Nauzubillah. 



Teringat firman ALLAH : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” 
(Surah al-Baqarah : 286)


Sabda Rasulullah SAW
“Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya”. (Hadis riwayat Muslim)



# Hidup ini adalah medan ujian buat KITA sebagai hambaNYA #


yeah! please, stay strong is the best way we SHOULD and COULD!

p/s: peringatan sebelum tibanya Ramadhan Kareem.

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template