2/25/11

abum edcoustic

masuk kali ni dah berapa kali saya menjengah laman web edcoustic. ingin mencari lagu2 terbaru dari mereka. tapi..hampa. agaknya mereka sedang mengumpul material yang berkualiti sebelum diterbitkan kepada umum.


saya mula mengenali escoustic tahun lepas. musim peperiksaan 
di mana saya jatuh hati dengan lagu pertama yang saya dengar - aku ingin mencintaiMu setulusnya. sangat dekat di hati. tq for ayie yang banyak memberi info mengenai artis dari seberang ini.
 
mula saat itu, saya mencari lagu2 mereka. nantikan ku di batas waktu, menjadi diriku, sendiri menyepi,muhasabah cinta,  sebiru hari ini, di persimpangan aku berdiri dan banyak lagi.

dan lagu yang menjadi nostalgian buat saya ialah lagu nantikan ku di batas waktu. sangat dekat di hati. hasil dari permberian seorang senpai yang baik hati. tq ya sempai.




 

2/12/11

Ikhlas ~

belajar benda baru. walau baru, dah lama
terpikir dan wujud dalam hati. sejak dulu kala, sejak aku
mula menjadi dewasa, sama seperti kamu.

IKHLAS
niat ikhlas keranaNya. hanya keranaNya




a simple example:
dalam persahabatan, sedaya upaya kita meletakkan
niat, ikhlas bersahabat. walau kawan mitak tolong,kita
berusaha nak tolong. walau letih, kita set kan in mind, "aku ikhlas
buat semua ni.. lagi pun dia kawan aku".

tapi biasalah, manusia. ada saat dan ktika, ada perubahan
dalam tingkah laku. kata kan bila diri dah melalui satu fasa. contoh,dulu berani. tiba2 jadi penakut.
sampai memerlukan orang lain selalu di sisi. tak kira masa. 
meletakkan seluruh harapan pada seorang kawan. 

kawan mana yang dapat tahan.  kesabaran adakala tercabar. namun
jangan dibenci kawan. sebaik2 nya, bencilah akan sifatnya itu.

tapi syukurlah, otak segera mencerna.
di situ, Allah menduga iman kita. mahu tau 
sejauh mana keikhlasan kita dalam menghadapi kesulitan.

kadangkala, terdetik di hati,
adakah aku masih lagi ikhlas berkawan dengan dia?

"usah terlalu berfikir. ikhlas itu adalah penilaian Allah. kita
tidak tahu sejauh mana rasa itu ada dalam diri. Dia lah yang maha 
mengetahui.

yakinlah pada DIA. tetapkan hati.
trust Him with all your heart. insya Allah.



 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template