2/12/11

Ikhlas ~

belajar benda baru. walau baru, dah lama
terpikir dan wujud dalam hati. sejak dulu kala, sejak aku
mula menjadi dewasa, sama seperti kamu.

IKHLAS
niat ikhlas keranaNya. hanya keranaNya




a simple example:
dalam persahabatan, sedaya upaya kita meletakkan
niat, ikhlas bersahabat. walau kawan mitak tolong,kita
berusaha nak tolong. walau letih, kita set kan in mind, "aku ikhlas
buat semua ni.. lagi pun dia kawan aku".

tapi biasalah, manusia. ada saat dan ktika, ada perubahan
dalam tingkah laku. kata kan bila diri dah melalui satu fasa. contoh,dulu berani. tiba2 jadi penakut.
sampai memerlukan orang lain selalu di sisi. tak kira masa. 
meletakkan seluruh harapan pada seorang kawan. 

kawan mana yang dapat tahan.  kesabaran adakala tercabar. namun
jangan dibenci kawan. sebaik2 nya, bencilah akan sifatnya itu.

tapi syukurlah, otak segera mencerna.
di situ, Allah menduga iman kita. mahu tau 
sejauh mana keikhlasan kita dalam menghadapi kesulitan.

kadangkala, terdetik di hati,
adakah aku masih lagi ikhlas berkawan dengan dia?

"usah terlalu berfikir. ikhlas itu adalah penilaian Allah. kita
tidak tahu sejauh mana rasa itu ada dalam diri. Dia lah yang maha 
mengetahui.

yakinlah pada DIA. tetapkan hati.
trust Him with all your heart. insya Allah.



0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template