1/24/10

WINDU LAA..

semalam selesai sudah homework QMT335. emm..agak pening sebab aku memang tak suka guna excel. tapi semakin aku belajar, semakin rasa best pula. mungkin sebab 'tak kenal maka tak cinta'.

sambil surf, aku buka YM kejap. tak sempat releks sikit, dah ada yang 'buzz'. aloi..terkejut saya. oo..budak UTP ni rupanya. lama menghilang, hari ini baru muncul yaa..

tapi apa yang aku suka dengan IR Haziq ni, dia memang sempoi dan kelakar orangnya. tapi dalam otak dia, ada pengisian agama. dia memang budak yang 'diam-diam ubi berisi'. tabik sama chron_ox ya..katanya, lama menghilang sebab sibuk dengan exam. so..sekarang, dah boleh enjoy la ya..

~~teringat time abis exam dulu..wa..nak abis exam gak!

looo..masih ada 4 bulan lagi untuk menghabiskan masa di sini. tapi..walau tak sabar nak grad, aku still rasa sedih nak tinggalkan UiTM segamat. di sini lah aku mula belajar berdikari. walau kat sekolah dulu aku pernah duk asrama, tapi kat sini segalanya berbeza. segalanya mesti diuruskan sendiri. di sini mula belajar guna ATM, cari kawan, urus masa dengan baik, cari makanan. hee..

~~nak juga masukkan ayat makanan!


banyak kenangan kat sini. pasti aku akan kenangkan setiap apa yang ada kat sini. i luv everybody that i knew since i'd been here.

~~ayat skema je..

kat sini juga aku belajar guna friendster, blogger..YM..dan yang lain tu cam flixster,facebook, myspace memang tak main laa. bukan apa, aku memang selalu lupa ID dan paswordnya.. tapi tak apa lah. demi kengkawan, aku buat juga facebook atau 'fesbuk' seperti yg disebut oleh chron_ox ya.

bak kata IR haziq, makcik..memang selalu lupa kan..

p/s: nanti aku jumpa chron_ox ni, aku cepuk laa..

1/19/10

peringatan dari suara hati..

manusia mudah lupa..kan?? aku pun macam tu juga. ini sebagai peringatan:
1)aku nak kawan yg selalu ingatkan aku ttg kehidupan..tanggungjawab manusia kpd hidupnya sendiri, kepada Allah, kepada agama, kepada keluarga. saudara. aku nak sangat.. tapi kadang-kadang, aku sendiri tak boleh jadi orang yang macam ni. aku mudah hanyut..

2) nak kehidupan ni jadi lebih sistematik.. maksudnya, tak ada tunggang langgang(betul ke ejaan ni??).

3) orang kata kalau kita nak kawan yang baik, kita kena jadi baik dulu kan.. so, aku nak ubah diri aku dulu. nak jadi kawan yang lagi baik..

4) orang kata kita kena jadi anak yang baik kalau kita nak anak yang baik.. umur semakin bertambah, kalau dipanjangkan umur, kita akan sempat berkahwin. bila aku dapat anak nanti, aku harap dia akan jadi anak yang soleh..patuh kepada agama..amin.

5) nak..jalani hidup dengan lebih menghargai setiap apa yang ada. setiap apa yang dimiliki ini semuanya milik Nya.. aku mahu jadi lebih bersyukur atas kurniaanNYA.

1/7/10

standing on the snake..hee..crazy!!!

tarikh 13 Dis memang tarikh 'istimewa' bagi saya. ceritanya memang sangat menarik.. sampaikan boleh membuat bulu roma meremang. geli pun ada.

'hei..anis, cerita apa ni?'. sabar..sabar.

haha..
saya masuk toilet sekejap sebelum bersedia untuk mandi. selepas saja keluar dari toilet dan belum sempat pintu ditutup dengan rapat, saya dapat rasakan sesuatu di bawah selipar yang saya pakai. macam benda lembik dan bergerak-gerak.

saya buat muka pelik. "apa benda ya..". saya pandang bawah. masya Allah..ular. ular itu sedang bergelut untuk meloloskan kepalanya yang dipijak oleh saya. haa!!!. dengan kelam kabut dan tanpa sempat berfikir saya terus angkat kaki untuk berlari. tapi..

buk!!!

aduh.. saya jatuh. sakit yang teramat. tapi saya abaikan rasa sakit itu. saya menjerit dan meronta kuat. segala kudrat saya cuba untuk meloloskan diri daripada dipatuk ular itu. sekali lagi saya bangun dan berlari.

aduh..!!!

saya jatuh kali kedua. terhantuk di simen pula. aduh..sakit yang teramat. rasa sakit di kaki, tangan dan kepala. Allah..selamatkanlah hambaMU ini. apa yang saya fikirkan sekarang hanyalah satu, selamatkan diri!!

gelinya. saya rasakan seolah-olah ular itu sedang menyusur dekat dengan saya. saya cuba bangun sekali lagi bersama dengan jeritan yang tak sudah. akhirnya saya berjaya bangun tanpa jatuh lagi. suara emak di dapur sudah bising, "ada apa???". emak menjerit juga.

"ular!!!". saya cepat berlari ke tangga. dalam hati memang tak boleh cerita. berdebar sangat!!. saya hanya boleh menangis. bukan kerana sakit tapi kerana tergamam bila berdepan situasi seperti ini.

3 orang kakak saya yang sejak tadi berada di ruang tamu bergegas lari ke dapur. "ada apa dik?". alang menyoal saya.

"ular..". saya menangis sekali lagi.

saya tidak mampu bercakap lagi. saya cuma ingin berlari ke ruang tamu walau hanya bertuala separas paha. i don't care!!.

anak buah saya yang sedang bermain boleh menangis bila mendengar saya menjerit. kata chik, adik iwan terkejut. hahha..

hasilnya, selama 3 hari tangan saya sakit sebab terkehel. memang sakit. lutut saya pula lebam. dan ia menjadi mimpi ngeri bagi saya sebab berdiri di atas ular. hee..nak sebut ular pun rasa geli.
 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template