1/7/10

standing on the snake..hee..crazy!!!

tarikh 13 Dis memang tarikh 'istimewa' bagi saya. ceritanya memang sangat menarik.. sampaikan boleh membuat bulu roma meremang. geli pun ada.

'hei..anis, cerita apa ni?'. sabar..sabar.

haha..
saya masuk toilet sekejap sebelum bersedia untuk mandi. selepas saja keluar dari toilet dan belum sempat pintu ditutup dengan rapat, saya dapat rasakan sesuatu di bawah selipar yang saya pakai. macam benda lembik dan bergerak-gerak.

saya buat muka pelik. "apa benda ya..". saya pandang bawah. masya Allah..ular. ular itu sedang bergelut untuk meloloskan kepalanya yang dipijak oleh saya. haa!!!. dengan kelam kabut dan tanpa sempat berfikir saya terus angkat kaki untuk berlari. tapi..

buk!!!

aduh.. saya jatuh. sakit yang teramat. tapi saya abaikan rasa sakit itu. saya menjerit dan meronta kuat. segala kudrat saya cuba untuk meloloskan diri daripada dipatuk ular itu. sekali lagi saya bangun dan berlari.

aduh..!!!

saya jatuh kali kedua. terhantuk di simen pula. aduh..sakit yang teramat. rasa sakit di kaki, tangan dan kepala. Allah..selamatkanlah hambaMU ini. apa yang saya fikirkan sekarang hanyalah satu, selamatkan diri!!

gelinya. saya rasakan seolah-olah ular itu sedang menyusur dekat dengan saya. saya cuba bangun sekali lagi bersama dengan jeritan yang tak sudah. akhirnya saya berjaya bangun tanpa jatuh lagi. suara emak di dapur sudah bising, "ada apa???". emak menjerit juga.

"ular!!!". saya cepat berlari ke tangga. dalam hati memang tak boleh cerita. berdebar sangat!!. saya hanya boleh menangis. bukan kerana sakit tapi kerana tergamam bila berdepan situasi seperti ini.

3 orang kakak saya yang sejak tadi berada di ruang tamu bergegas lari ke dapur. "ada apa dik?". alang menyoal saya.

"ular..". saya menangis sekali lagi.

saya tidak mampu bercakap lagi. saya cuma ingin berlari ke ruang tamu walau hanya bertuala separas paha. i don't care!!.

anak buah saya yang sedang bermain boleh menangis bila mendengar saya menjerit. kata chik, adik iwan terkejut. hahha..

hasilnya, selama 3 hari tangan saya sakit sebab terkehel. memang sakit. lutut saya pula lebam. dan ia menjadi mimpi ngeri bagi saya sebab berdiri di atas ular. hee..nak sebut ular pun rasa geli.

0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template