1/19/10

peringatan dari suara hati..

manusia mudah lupa..kan?? aku pun macam tu juga. ini sebagai peringatan:
1)aku nak kawan yg selalu ingatkan aku ttg kehidupan..tanggungjawab manusia kpd hidupnya sendiri, kepada Allah, kepada agama, kepada keluarga. saudara. aku nak sangat.. tapi kadang-kadang, aku sendiri tak boleh jadi orang yang macam ni. aku mudah hanyut..

2) nak kehidupan ni jadi lebih sistematik.. maksudnya, tak ada tunggang langgang(betul ke ejaan ni??).

3) orang kata kalau kita nak kawan yang baik, kita kena jadi baik dulu kan.. so, aku nak ubah diri aku dulu. nak jadi kawan yang lagi baik..

4) orang kata kita kena jadi anak yang baik kalau kita nak anak yang baik.. umur semakin bertambah, kalau dipanjangkan umur, kita akan sempat berkahwin. bila aku dapat anak nanti, aku harap dia akan jadi anak yang soleh..patuh kepada agama..amin.

5) nak..jalani hidup dengan lebih menghargai setiap apa yang ada. setiap apa yang dimiliki ini semuanya milik Nya.. aku mahu jadi lebih bersyukur atas kurniaanNYA.

0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template