Sudirman
Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
hari ni perasaan kembali tidak stabil.. secara tiba-tiba.
kenapa??
hanya 1 sebab..saya teringatkan arwah atuk.. rindu sangat2. saya rindu untuk berbual..bergaduh..bercerita.. rindu untuk menatap wajah insan yang hadir sepanjang usia saya menjangkau 18 tahun. rindu..
atuk masih sihat saat saya melangkah ke uitm segamat. sihat walafiat. kali pertama pulang ke rumah pada sem pertama di sini ialah pada awal bulan puasa. atuk boleh bergurau senda dengan saya. dan saya sempat memberi saya duit sebanyak rm100. duit yang dijanjikannya jika saya mendapat peluang memasuki U. Sebelum pergi saya sempat menyalami dia..dan menatap wajah itu dengan satu perasaan. dapatkan saya terus memandang wajah ini lagi? secara automatik saya akan berperasaan begitu jika saya ingin pergi ke tempat yang jauh.
saya mendapat berita atuk jatuh di bilik air masa ingin bersahur. luluh hati. risau..moga Tuhan memberi atuk peluang untuk berjalan seperti biasa. hari raya aidilfitri, saya pulang ke kampung.
sebelum hari raya, saya dan 3 kakak pergi ke hospital. niat hati ingin menjaga atuk. saya ingin menjaga dia..tapi kekuatan hati luluh. saya xmampu memandang dia yang terbaring bagaikan mayat hidup di atas katil. menyakitkan. terasa seperti diri yang menanggung seksa itu. ya Allah..bagaikan anak kecil,saya menangis teresak-esak. dan dari juring matanya, saya perasan, dia juga menangis. dan pipi itu basah.
beberapa hari selepas raya pertama,atuk dibawa pulang. tapi ke rumah pak usu.
malam terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, saya sempat menjaganya. saya puas hati. kiranya saya berbakti pada atuk. mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah. tapi..saya tak mampu melihat dia terus menahan sakit. biarlah dia pergi.. seandainya itu yang terbaik buat dia ya Allah..
saya rindukan atuk..saya nak berjumpa dengannya..ya ALLAH..temukan kami di syurgaMU..
al-fatihah...
0 manispahit:
Post a Comment