8/10/10

bila kayap melanda..

kata ayah, penyakit kayap ini adalah untuk orang-orang yang baik. walla hua'lam. dan sakit ini kifarat dosa.

kerana penyakit kayap ular, saya disuruh berpantang..seperti orang yang baru lepas melahirkan anak.
syukur. masa balik ke gombak untuk berubat minggu lepas, kayap baru hendak tumbuh. sebelum ia melilit tubuh kita, insya Allah masih ada peluang untuk sembuh.

dan yang menjadi masalah sekarang, mana kah tempat untuk saya mencari makanan-makanan seperti bubur nasi?ayam, telur, makanan berminyak, berlemak, daging dilarang sama sekali. sekarang saya sangat lapar. last time saya makan nasi adalah semalam. pukul..4.30 petang. dan semalam sampai saat ini, saya tak makan apa-apa lagi..

dan semalam, saya mula tidak dapat tidur. gelembung-gelembung sekitar perut terasa sakit. untuk berbaring pun tidak boleh. apatah lagi untuk meniarap. kadangkala, air mata mengalir..

sakitnya hanyalah ALLAH yang tahu.. terasa diri amat lemah bila diuji sebegini. inilah ujian yang diberi oleh DIA pada saya..hanya air mata dan rintihan saja mampu saya luahkan.. untuk meluahkan pada keluarga, tidak sekali2 saya lakukan. saya juga tidak ingin menyusahkan kaum keluarga dan sahabat.


ya ALLAH.. berikan aku kekuatan. Engkau lah tempat aku mengadu...

4 manispahit:

aNdi.Hanin::حنين said...

Allah! kesiannye awk.
xpe nis, rs sket cane mak awk bpantang dlu. hehehehe.

bubur tu msk sndri la..bwk rice cooker senyap2. ekek

M.I.N.O said...

haha..syukur la da okey ni..tp still sakit lagi
yelah. rasa cmne msa dia lahirkn kta dulu. XD
xleh2..nti kna sound ngan jpk.

aNdi.Hanin::حنين said...

kayap tu pe rupe dia ek? heee

M.I.N.O said...

1st tu akan rasa pedih2.. cam kena ulat bulu. then lama2 kayap tu akn jd gelembung2..kalo xubat, nt pelan2 kayap tu akan lilit pinggang n paha. kalo da bcantum cm susah nak smbuh la..pastu, memg awk akn rasa sakit teramat. siyes ckp.. nangis2 sebab xleh baring..meniarap. tp syukur la kita kna smgu lebih je..
ade org lain smpai sbulan..

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template