5/31/11

Sembilan Sebab Hati Tidak Bahagia

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia 


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak....lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.



7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. 


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, .....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 


INTERSESI

ciss. tiap2 hari banyak exercise. puan puan puan. saya penat la puan. 


macam ni rupanya amek intersesi. selama ni saya ingat amek intersesi ni cam amek kelas biasa. tapi ternyata berbeza sekali. penat sangat. 


masa banyak dihabiskan untuk berada di bilik. kelas pulak semuanya petang. hayyaaa.. banyak masa dihabiskan untuk kerja yang ntah pape.. tapi demi keluarga terchinta, saya akan berusaha kuat2 lagi. khamis ni test1 vector calculus! ayyuukk kawan2.. all da best k!!

5/19/11

Nur Kasih pilem meletup?

Pilem yang korang tunggu da keluar!! Yohaaaaa….  Nur Kasih. Pilem yang diadaptasi dari drama Nur Kasih yang korang dok tengok kat tb tahun 2009 tuh…

Ramai yang dok tunggu2 nak tengok pilem ni. Yerla, dah drama nya meletup cam kari letup. Dengar cerita, skrip pilem ni dah lama dibuat. Sebelum dramanya lagi. Tapi aku x sure laa. Aku dengar2 ja. Mungkin betol yo. Mungkin dak. X gitu??




Arini 19 mei 2011, secara rasminya pilem ni ditayangkan di pawagan2. Ewah ewah. Kawan2 aku yang dok bising nak tengok tuh sekarang da ada kat pawagan JJ Bukit Raja kut.  tapi aku x join la. malas ah! abeh duit. Aku sure la mesti time ni tengah lap2 air mata yang dok kuar tuh. Bukan aku  xtau, konpem dorang nanges. Asik sbuk lap hingus2 skali. Eewww… geli tau! Hahahaa…

Kita tunggu jerla, sama ada pilem ni boleh pecah panggung macam pilem khurafat. Kalo la dapat lagi tinggi, macam 10 juta ka, 9 juta ka. kusssss… tahniah la kat khabir Bhatia ngan Mira Mustafa. Kalo laa.. Congrats!!


5/6/11

KENAPA MESTI ADA DISKRIMINASI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN?

satu kes yang ntahpape. korang paham x maksud ntahpape ni?? aku bukannya anti lecturer perempuan muda. langsung x! sebab manusia ni rambut sama hitam, tapi hati lain2. aku memang bukan anti. awal2 memang lah, aku sedikit berjaga2 ngan lecturer perempuan muda. 


okeh. set. kami memang selalu datang lewat ke kelas. tapi, kami pastikan test2 kami semua dapat okey. x macam orang yg selalu duk depan, tapi test entah kemana. x mcam orang yang datang awal ke kelas, tp test habuk je.. kami memang nakal puan.. nakal sangat2. bising..datang kelas pn kadang2. tapi.. perlukah sampai dicop kan salah seorang antara kami ni peniru? kenapa mesti seorang? kenapa x dibuang je markah dua2 orang antara kami?

okeh. kami boleh terima. tapi, yang xleh blah, bila aku tengok test2 ngan test3 salah seorang budak laki, siot giler.. markah sama! kedua2 test sama.. ape ni puan.. mereka duduk bersebelahan puan.. bersebelahan! kenapa mesti ade diskriminasi antara lelaki dan perempuan? kenapa dia x kena pun??

malas nak cakaplaa.. aku tengah geram giler sekarang.. baik off luuu...





.... SEBAB DIA LAIN JANTINA....

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template