8/31/09

merdeka

buat diriku sendiri,selamat hari lahir yg ke 20..semoga mencapai kejayaan dunia akhirat. amin..

8/21/09

musim

sekarang ni ada banyak musim..


salah satunya musim H1N1. ha..yang ni musim yang menakutkan. tapi kita sentiasalah berdoa. mudah-mudahan ALLAH akan memelihara kita semua dari terkena penyakit ini. yakinlah dengan kuasaNYA. mudah-mudahan..Amin.


musim yang kedua pula ialah musim test!!!. ha, yang ni corny la memang menakutkan kita jugak kan. aku memang setuju la kalau dapat menyamakan musim test ni dengan H1N1. pasni kita dapat tengok kat papan tanda depan mana-mana tempat blajar. ada satu persamaan yang baru. TAK LALU MAKAN = H1N1 + TEST. hehe..gerenti boleh kan??


yang terbaru dan paling kita semua nantikan ialah musim ramadan. dengan erti kata lainnya. bulan berpuasa bagi sekalian umat Islam. Alhamdulillah.sempat lagi rupanya bertemu dengan ramadan kali ini. Syukur yang melimpah rumah dipanjatkan pada yang ESA.


musim seterusnya pula ialah musim..duit habis. yang ni bagi kami2 yang tak minta subsidi makanan. hoolaas..memang tengah kopak sekarang. kadang-kadang sempat lagi aku jeling poket2seluar yang kotor xpun poket baju yang dah kotor. kut2 la ada duit yang berkampung kat situ. memang miskin kan..


musim seterusnya.musim hujan. yang ni memang kadang-kadang boleh dijangka. tengok gelap je kat luar tu,maknanya hujan nak turunlah. kalau dengar katak2 buat choir ala-ala ronaldo ronaldinho nyanyi lagu syarifah aini tu pun maknanya hujan nak turun juga la.
dan paling best..musim balik kampung yang akan menjelang tiba tak lama lagi. kalau puasa dah mula, maksudnya raya juga akan menjelang. huhu..balik kampung..lalala balik kampung.hehehe hati girang..huhu..


bagi student2 yang duk jauh macam aku ni confirm la terpaksa cari tiket awal2. kalau tak, ada je yang kena buat2 histeria nak dekat raya nanti. musim ponteng kelas pun akan bermula jugak. kan..


sapa yang nak buat macam tu??aku la..

8/13/09

kanak-kanak

Aku memang bertuah di kelilingi keluarga yang amat-amat bahagia. Alhamdulillah. Ini salah satu nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T kepada aku. Tahun lepas aku mendapat 2 anak buah. Seorang bernama Muhammad Ammar Haziq dan satu lagi Muhammad Dzakwan Hakimi. Aku memang sayang sangat-sangat dengan buah-buah hati aku ni. Tahun sebelumnya si abang Dzakwan lahir. Namanya Muhammad Zhariff Hazeem. Memeng nakal. Kalau kita cakap depan dia,confirm dia akan ikut. Tapi pelatnya, banyak la..

Hari itu aku ajar dia sebut kerbau.
Aku : kerbau.
Zhariff : telbau.
Aku : kerbau
Zhariff : telbau.
Aku : itik
Zhariff : etik
Zhariff : etik abah..

Itulah ayat dia. Mentang2 lah abah aku bela itik.. and bila aku sebut burung dia terus angkat tangan.. “o..o… .oo…”. itulah ayatnya. Itu maksudnya dia tiru abah aku time abah aku nak bagi makan kat burung-burung kesayangan dia itu.

bila nak makan jemput-jemput tak pun orang luar panggil cekodok. Ayatnya ialah.. “put put”. Comel..

hari itu mama dan abinya bagitahu yang si abang ni dah pandai menyebutnombor dalam Bahasa arab,melayu dan Inggeris. Aku fikir,hal ini cukup hebat. Apa lagi,malam tu aku cuba uji dia.

Aku : ayiff, lepas nombor 1..
Zhariff : tatu, ua, iga, pat, lima, nam, tujuh, lapan, milan,
syepuluh..yahoo..
aku cebik bibir. Apa da..sesuka hati dia saja nak tambah ‘yahoo’ kat belakang. Hiiiss..
aku : wahid..
zhariff : wahid, tnain, talata..
aku gelak dalam hati(senyum sambil tutup gigi)
Aku : lagi..
Zhariff: ba’ah, khomsah, ayayah..ababah..
Hahaha..sah lah dia memang terer. Aku tabik dengan anak buah aku ni. Bab ini memang dia pandai. Nasib baik dia tak tambah ‘amamah dan amamak’..

ada sekali,dia tengok gambar perkahwinan pak udanya. dalam gambar tu ada lah hantaran dari pihak perempuan termasuk telur dan bunga-bunga emas. si abang ni terus..
zhariff : tu mak lan, mak teh, mak ngah..moksyu..nak telur
aku:eh,pehal tiba-tiba sebut pasal telur ni.
zhariff: nak telur..
aku pandang banhagian bawah gambar tu. em..(terkejut + nak senyum) apa?mane boleh..
zhariff terus ketawa. alemak..dia macam kenakan aku je..
nanti lah,moksyu balik raya ni kenalah ayiff dengan moksyu..
tunggu tau!!!


8/9/09

Ha.Ha.Ha.Ha..

Baru-baru time cuti study aku bertandang ke rumah saudara belah ayah aku di Ipoh. Hmm..perjalanannya memang memenatkan diri ini. selepas makan aku lepak-lepak di luar rumah. Tengok punya tengok..


Mata aku melekat pada sekumpulan binatang yang berlagak comel dengan ‘kepanjangan gigi depannya’. Ah berlagak comel betul!!!. Sekejap2 posing depan aku. Ingat aku nak sangat ke ambil gambar korang?? Tapi sebab nak tulis cerita korang terpaksa lah aku ambil gambar korang.


Salah seekornya grey colour. Yang 2 lagi berwarna putih. Memang comel lah. Tapi bila tengok kat hidung dorang…ish pengotornya. Ada kulup2..(taik hidung). Tengok gigi kat depan tu macam kuning je. Mood aku yang tidak terlalu ok menjadi ok. Sebabnya…asyik ketawakan binatang-binatang ni.

Ah!!!. Aku memang suka binatang ini. walaupun agak pengotor tapi nak buat macamana. Dan aku percaya inilah satu sebab yang menggagalkan budaya kebersihan di Malaysia. Mereka pengotor. Makan pun tak basuh tangan..

8/5/09

puJaan


Musim cuti sekolah memang ramai orang kahwin. Abang aku pun memang tak sempat balik rumah kami sebab sibuk menghias bilik pengantin dengan isterinya. Peluang untuk berjumpa dengan Ammar memang tak ada. Booooring..



Baru-baru ini, kawan kakak aku berkahwin. Aku pun temankan dia pergi sana. Saja-saja lah daripada menghabiskan masa kat rumah. Sampai sana, aku dapat jumpa cikgu BI aku, cikgu Rohaya, cikgu Quran, Ustazah Zainab. Memang rindu sangat-sangat.

Cikgu Rohaya : comelnya anak cikgu Harun sekarang ya..
Aku : tak adalah cikgu..apa yang cantiknya. Biasa je..

Cikgu Rohaya: dah ada yang punya belum?
Aku : tak ada..tak minat nak cari. Cikgu mengajar kat mana sekarang? Anak cikgu yang sulong tu sambung belajar kat mana sekarang?(tu saja yang aku tahu pasal keluarga cikgu Rohaya dan aku cuba untuk berbahasa la kononnya..)
Cikgu Rohaya : dah tukar sekolah dah..oh..dia ambil medic kat UK. Sama umur dengan awak la..
Kenapa time ‘oh..’ tu dia senyum semacam saja?
Aku: fuyoo..(bangga dalam hati. Kelas la anak cikgu ni..teringat zaman sekolah dulu,aku diperkenalkan dengan anak dia. Agak tembam. Hehe..dari dulu lagi dia nak jodohkan aku dengan anaknya. Alahai..ramai betul nak cop aku jadi menantu.

Selepas tu,kami bersedia nak balik. Sebelum tu, mereka mengagihkan sisa-sisa yang comel kepada kami. Comel..siap dengan beg sekali.

Cikgu Rohaya : cikgu, jaga elok-elok si anis ni. Kalau tak ada lagi, boleh la jadi menantu saya..
Abah aku: boleh je..masuk saja lah cikgu. Saya terima je
Kakak : tak jadi masalah cikgu..



Aku sengih geram. Saja nak malukan aku. Tak hendaklah aku. Takkan lah si bakal doktor nak jatuh hati dengan bakal cikgu mate - +aku ni taiko sikit2 (ahaha..perasan. tapi insya ALLAH aku-bakal-jadi-cikguMate). Niat asal nak jadi arkitek mungkin berubah. Manusia bisa berubah. Begitu juga dengan perasaan seseorang.

Aku hanya membiarkan mereka membuat angan. Biarlah..aku pun belum tentu sukakan si bakal doktor itu. Tang yang aku risau ialah perasaan cikgu aku tu..dari kecil lagi dia berhajatkan hal ini. Moh..mana aku nak lari ni??

Tapi nak juga aku tengok macam mana budak lelaki yang comot dan tembam dulu kelihatan sekarang. Bakal doktor mestilah menjaga gaya pemakanannya..mesti dia dah slim kot..lagipun,kan ada banyak pusat rawatan untuk membuang lemak dan menguruskan badan. Tapi..entah lah.
 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template