8/5/09

puJaan


Musim cuti sekolah memang ramai orang kahwin. Abang aku pun memang tak sempat balik rumah kami sebab sibuk menghias bilik pengantin dengan isterinya. Peluang untuk berjumpa dengan Ammar memang tak ada. Booooring..



Baru-baru ini, kawan kakak aku berkahwin. Aku pun temankan dia pergi sana. Saja-saja lah daripada menghabiskan masa kat rumah. Sampai sana, aku dapat jumpa cikgu BI aku, cikgu Rohaya, cikgu Quran, Ustazah Zainab. Memang rindu sangat-sangat.

Cikgu Rohaya : comelnya anak cikgu Harun sekarang ya..
Aku : tak adalah cikgu..apa yang cantiknya. Biasa je..

Cikgu Rohaya: dah ada yang punya belum?
Aku : tak ada..tak minat nak cari. Cikgu mengajar kat mana sekarang? Anak cikgu yang sulong tu sambung belajar kat mana sekarang?(tu saja yang aku tahu pasal keluarga cikgu Rohaya dan aku cuba untuk berbahasa la kononnya..)
Cikgu Rohaya : dah tukar sekolah dah..oh..dia ambil medic kat UK. Sama umur dengan awak la..
Kenapa time ‘oh..’ tu dia senyum semacam saja?
Aku: fuyoo..(bangga dalam hati. Kelas la anak cikgu ni..teringat zaman sekolah dulu,aku diperkenalkan dengan anak dia. Agak tembam. Hehe..dari dulu lagi dia nak jodohkan aku dengan anaknya. Alahai..ramai betul nak cop aku jadi menantu.

Selepas tu,kami bersedia nak balik. Sebelum tu, mereka mengagihkan sisa-sisa yang comel kepada kami. Comel..siap dengan beg sekali.

Cikgu Rohaya : cikgu, jaga elok-elok si anis ni. Kalau tak ada lagi, boleh la jadi menantu saya..
Abah aku: boleh je..masuk saja lah cikgu. Saya terima je
Kakak : tak jadi masalah cikgu..



Aku sengih geram. Saja nak malukan aku. Tak hendaklah aku. Takkan lah si bakal doktor nak jatuh hati dengan bakal cikgu mate - +aku ni taiko sikit2 (ahaha..perasan. tapi insya ALLAH aku-bakal-jadi-cikguMate). Niat asal nak jadi arkitek mungkin berubah. Manusia bisa berubah. Begitu juga dengan perasaan seseorang.

Aku hanya membiarkan mereka membuat angan. Biarlah..aku pun belum tentu sukakan si bakal doktor itu. Tang yang aku risau ialah perasaan cikgu aku tu..dari kecil lagi dia berhajatkan hal ini. Moh..mana aku nak lari ni??

Tapi nak juga aku tengok macam mana budak lelaki yang comot dan tembam dulu kelihatan sekarang. Bakal doktor mestilah menjaga gaya pemakanannya..mesti dia dah slim kot..lagipun,kan ada banyak pusat rawatan untuk membuang lemak dan menguruskan badan. Tapi..entah lah.

2 manispahit:

aNdi.Hanin::حنين said...

wahaha. bestnye dapat swami doc ..
nnti nak bsalin bole jerit
"mana laki akuuuu!!!!"


hekekekeke XD

ape ni nis, xdpt cop doc, dicop pulak oleh mak doc. ishishish.

M.I.N.O said...

kua3x..ape yg bestnye. dia x encem pun kut. wahaha..tah la. skrg da encem kout. yelak,doc kan. nnti kta suhkan mak dia cop awk nak??

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template