3/12/10

MALAYSIA KEKURANGAN FILEM ISLAMIK?



saya ada membaca petikan dalam majalah iluvislam berkaitan dengan industri perfileman malaysia yang kononnya kekurangan filem berunsurkan Islamik. tidak dinafikan hal ini, memang sudah dari zaman bermulanya perfileman di negara kita. fenomena yang berlaku sekarang ialah banyak:
1)berunsurkan cinta semata-mata
2)berunsurkan kehidupan remaja yang jauh terpesong.

inilah yang berlaku sekarang. contohnya filem bohsia. ia banyak menjurus kepada kehidupan sosial remaja kita sekarang. walaupun niat produksi mereka ialah untuk menunjukkan keburukan hidup bohsia, ia tetap tidak sesuai. banyak lagi unsur yang boleh diketengahkan untuk menunjukkan keburukan bohsia. saya rasa, ia satu filem yang lebih kepada hiburan semata-mata. tidak perlu buka baju sana sini. bukan hanya bohsia, banyak lagi filem yang menjurus kepada'tranformasikan remaja kita ke arah dunia maksiat'. sebagai contoh remp-it, jalang..

saya teringin untuk melihat artis-artis negara malaysia yang tutup kepala bila berlakon, pandai mengaji al-Quran. tidak usahlah kerana tuntutan pengarah, anda sanggup buka sana-sini. malu..amat memalukan. belajar lah untuk menjadi manusia yang baik..bukan hanya belajar untuk menjadi pelakon yang hebat.

2 manispahit:

QASEH MAWADDAH said...

urmm...saye setuj dengan post akak nie...pengarah2 filem kate dyorg wat filem cam bohsia n rempit sebab nak tnjuk realiti remaja sekarang..sebenarnye, sebab wat file nie la makin menggalakkkan remaja2 nie wat perangai2 pelik tue...sebab dari situla dyorg blaja sume 2...yg mmg da sedar nie, xyah tgk pon da ckp sedar realiti yg berlaku..urmmm...

M.I.N.O said...

laaa..ade org komen rupanya.
kta pun stuju sgt2. malah perkara ni dh makin mlampau kan..teruk

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template