4/30/09

HATI KITA MILIK SIAPA??




Assalamualaikum.


semalam saya selesai sudah membaca sebuah novel karya seorang gadis muda dari Terengganu. ceritanya banyak membuat saya terfikir tentang Allah. hati saya terusik dengan jalan ceritanya dan gaya bahasanya.. bagi saya,ini salah satu novel hebat untuk dibaca dan sememangnya memerlukan kesabaran dan pengetahuan agama yang tinggi untuk diolah menjadi ayat.


saya ingin keluar dari kepompong cerita tersebut. nah,sekarang saya ingin berbicara tentang diri saya. dan cerita ini sememangnya bersamaan dengan orang lain. saya percaya itu.


kadangkala saya pun memang alpa pada kehidupan ini. memang banyak kali tersungkur pada lembah maksiat. mungkin pada nyata dan tidak nyata iman saya sememangnya lemah. saya terlalu memerlukan seseorang untuk sentiasa mengingatkan saya tentang hukum hakam dan halal haram. pada kawan-kawanlah saya mengharap. saya mengharapkan nasihat walau dari sesiapa. saya tidak kisah andai dia buruk, jahat, baik atau apa saja. yang penting 'isinya' dapat diguna dan membimbing saya.


seringkali saya bertanya pada akal,kenapa kita diciptakan. jawapannya pasti saya,untuk beibadah keada sang Pencipta.kadangkala perasaan dekat dengan ALLAH itu kuat. dan kadangkala perasaan taqarrub billah juga hilang. lesap ditelan kemaksiatan. menjauh bagai angin lalu.


alangkah lemahnya insan yang bernama manusia. sememangnya teramat lemah jika dibandingkan dengan pencipta yang Maha Agung. menusia mudah lalai dan sentiasa lupa pada sesuatu. kenapa??? saya berpendapat sebegini : kerana manusia dalam bahasa arab - bermaksud pelupa. hehehe..


ini memang betul!!!saya tidak menipu.


sem depan saya akan keseorangan dalam mencari kekuatan iman. seorang senior saya akan melangkah ke depan meninggalkan saya. pasti saya akan merindui kata-kata nasihat, semangat,
dari dia. tapi saya percaya walau saya keseorangan DIA takkan meninggalkan saya.
siapa lah saya untuk menghalang semua ini. andai ini ketentuan dari Yang Maha Esa, saya menerimanya dengan tabah. hilangnya pasti akan berganti. .walau berlainan jasad, saya harap daie' yang akan muncul lebih hebat dan kuat. apa yang penting, dakwah ilallah takkan terhapus hanya kerana perpisahan. saya mengharap ia akan terus mewangi dan tumbuh subur di hati ini.


senior saya juga berhajatkan sesuatu. niatnya untuk melihat saya melangkah ke hadapan menjadi daie. walau sekadar nasihat dan teguran yang kecil,saya percaya setiap orang yang menasihati itu sememangnya daie'. ia tidak terbatas kepada usrah, tazkirah di masijd, atau apa-apa saja. sekiranya kita menasihati orang lain ke arah kebaikan, itu bermakna kita berdakwah ke jalan ALLAH juga. seterusnya kita boleh juga digelar daie'. walau kecil pada pandangan manusia, ia mendapat perhatian dari ALLAH S.W.T. ALLAH memandang semua itu. semuanya terpulang pada hati. jika inginkan kebaikan,carilah dengan keteguhan iman di hati.


doa saya,saya mengharapkan senior saya akan mendapat yang terbaik dalam kehidupannya. saya juga sentiasa mendoakan dia mendapat seseorang yang dpat menjaga dia sama ada susah atau senang.


kami bertemu kerana ALLAH dan kami juga ingin berpisah kerana ALLAH. seandainya umur kami panjang dan diizinkan ALLAH pasti kami akan bertemu. insya'ALLAH.


MANUSIA BERKAWAN KERANANYA







Saya percaya. setiap pertemuan ada hikmahnya. manusia tidak hidup untuk berkawan sahaja,

pasti ada banyak sebab lain yang ada di sebaliknya. contohnya, kita berkawan untuk mendapat nasihat, semangat, dan yang paling penting berkawan untuk menyebarkan agama ALLAH dan berkawan untuk mengeratkan silaturrahim. saya percaya pada setiap janji ALLAH.


jika kita menginginkan sesuatu kerana ALLAH pasti kita akan mendapat hasilnya sama ada di dunia atau akhirat sana . seandainya benci melarat dalam hati,percayalah itu semua hasutan syaitan untuk merosakkan hati anak adam dan meleraikan ikatan suci ini. jika hati kita semua bernaung pada harapan yang sama iaitu untuk menyebarkan agama ISLAM pasti kita akan kuat menghadapi cabaran itu. ingat lah jangan ada sekelumit benci pun dalam diri untuk sahabat-sahabat kita.


jika kita mengetahui sesuatu lebih dari sahabat kita beritahu lah sahabat kita dengan sebaik-sebaik nasihat.teruslah membendung perasaan benci dalam diri. kita sememangnya tidak layak untuk membanci manusia. biarlah orang membenci agar kita menyayanginya kerana ALLAH yang satu.


harapan saya,akan muncul lebih ramai lagi daie' di UiTM ini. tempat ini sememangnya ketandusan ilmuan ISLAM seperti tanah yang gersang dan ia sememangnya perlu disirami selalu. saya sentiasa mengharapkan itu. moga ALLAH mendengar doa hambaNYA ini. saya amat mengharapkan 'tempat pertemuan ilmu' ini menjadi taman islamiah yang subur. menjadi wadah untuk menyebarkan agama ISLAM.

0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template