4/30/10

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu


kata-kata yang cukup indah..permohonan kekuatan mesti diikuti dengan usaha kita. 
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha untuk mengubahnya. sesungguhnya semua ini untuk menjadikan hambaNYA kuat. 

sekarang sibuk dengan exam. ada seorang sahabat yang bengang kerana tidak dapat menjawab soalan exam dengan baik. dia betul-betul bengang. agak lama saya melayan emosi dia. saya tahu. jiwanya tidak tenang. apa yang saya dapat katakan, pertama mungkin dia belajar, tetapi tidak fokus. atau faktor kedua, dia berusaha tetapi tiada penggantungan pd yang ESA. entah. dia asyik mengatakan perkara yang sama kepada saya. rasa kesian. tapi..seharusnya dia harus mencari penyelesaian yang satu. memohon pd ALLAH untuk memberi ketenangan kpd jiwanya.

jiwa perlukan ketenangan. barulah terpancar kebahagiaan pd jiwa. semuanya harus kembali pd yang Khaliq.

saya telah berusaha. sekarang subjek itu telah lepas. dan saya tawakkal.jika kejayaan milik saya, syukur. jika bukan, saya harus redha. 



indahnya cinta ALLAH..terlalu indah. saya tidak pandai bermain kata. tapi yakinlah. jika kita menyerahkan segala kpd DIA..kita akan rasa tenang walau pelbagai masalah timbul. 1 perkara lagi. segala takdir yang menimpa kita,kita harus menerimanya dengan tabah. barulah DIA redha pd kita.

walau betapa kotor jiwa kita selagi kita tidak menyekutukanNYA..DIA tetap menerima kita andai kita kembali kpd NYA..yakinlah dengan setulus hati.

salam dr aniq.

4/28/10

sajak kedua


tajuk: mereka
oleh: aniq

Mereka itu..
Yang pernah memayungi aku..
Yang pernah membajai aku..
Yang pernah membelai aku..

Mereka itu..
Yang mula ku kenali
Saat ku mula membuka mata
Saat dunia ini cerah bagiku..
Dari rahim bonda yang gelap…

Mereka itu..
Tak pernah luntur kasih padaku..
Walau sekalung tanah..
Tak pernah hilang cinta padaku..
Walau hanya sekali..
Tak pernah menyisihkan aku..
Walau satu saat

Mereka itu..
Menunggu di halaman sejati..
Menunggu kepulangan aku yang jauh
Menunggu aku yang melangkah ke daerah kejayaan

Duhai ayahanda..Duhai bonda..
Kini ku kembali..
Bersama satu janji
Takkan ku siakan segala harapanmu
Takkan ku biarkan daerah ini sepi lagi..
Kerana aku kini kembali
Sebagai cahaya buat mu berdua..

4/27/10

sajak pertama

tajuk: sepi
oleh: aniq

bagaikan kanvas putih..
Yang ada hanyalah
warna-warna kosong yang menghiasinya

Bagaikan angin..
Yang menderu sepi
Yang ada hanya air mata kesayuan

Bagaikan  pantai..
Pesisir hati kembali layu
Saat kegirangan melangkah pergi

kini yang ada hanyalah kenangan
semuanya sepi dan takkan terulang lagi...
 
Ya Khaliq..
Bawalah dia menyusuri jalan-jalan di sana
Bawalah dia menuju syurgaMU..
Ampunilah dia..
 
sudah lama aku tinggalkan penulisan sajak.  namun jika rasa rindu untuk menulis, aku akan titipkannya di dalam buku contenganku. kegemaran waktu lapang. aku memang suka menulis. menulis tentang kehidupan..kematian..cinta..kasih..persahabatan.
namun sekarang jiwa ini begitu dekat dengan kisah kematian. bagaikan setiap saat perkataan mati ada di fikiran. namun, jika dihitung amal, bersediakan aku untuk menghadapi hari itu?? antara mahu dan tidak, mati itu tetap ada. perkataan mati itu wujud dalam kamus setiap insan. cuma cara kita menghadapinya saja berbeza. ada yang tegar dan melaksanakan suruhanNYA dengan tanggungjawab. namun ada yang menanti kematian dengan tanpa perasaan. tiada takut..tiada gerun di hati mereka untuk menghadapi hari yg pasti itu.
namun, aku sentiasa mendoakn yang terbaik buat kita semua. mengingati mati itu sunat. mengingati mati juga membuatkan diri merasa berdosa dengan al-Rahman. mengingati juga membuat diri terasa dekat denganNYA. sesungguhnya, DIA lah yang maha di atas segala-galanya. 
serahkan seluruh pengharapan pd yang Khaliq. moga mati kita semua dalam iman..
sekian. wassalam.

4/20/10

Jannah as our Destiny

Bismillah...

sejak kematian sahabat hari selasa minggu lepas jiwa jadi tak tenteram. perkara yang menimpa benar-benar menggugat kekuatan diri. saban waktu, tanpa disedari, air mata meleleh. lemahnya hambaMU ini ya Tuhan. namun, kata-kata semangat dari teman sekeliling benar-benar membuahkan sedikit ketenangan pada jiwa. terima kasih teman-teman. syukurlah, keimanan masih di dada. wahai Tuhan Maha Pengasih, ampunilah dosa hambaMU ini.

kata teman, Allah menarik sesuatu yang kita sayangi, namun DIA akan menggantikan yang hilang itu dengan sesuatu yang lagi bernilai untuk kita. hati yang lemah menjadi kuat semula.bagai bunga yang layu kembali mekar disirami air. sesungguhnya DIA maha mengetahui. ada sebab kita diuji begini. ada sebab mengapa DIA menarik sesuatu yang kita sayangi. barangkali, kita jadi alpa sejak mempunyai barang itu. dan juga mungkin DIA ingin menguji keimanan diri kita.

aku ingin mencari teman-teman yang bukan hanya untuk berkongsi suka duka..namun yang mampu mendoakan diri ini bila berada di dalam kubur. kerana doa dan sedekah itu bisa menyelamatkan kita di sana nanti.

harapan ini, semoga kita semua akan bertemu di JannahNYA. dan kita semua akan bersama-sama berubah dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.Our destiny is Jannah!.




4/14/10

.:18 oct 1987-12 apr 2010 [ may rest in peace..]:.


minta kpd kawan2 semua..minta spy membaca al-fatihah dah sedekahkan kepada sahabat sy yang baru meninggal..doakan dia di kalangan orang yang beriman..

MAY U REST IN PEACE..MY FRIEND..HOPE WE'LL MEET IN AL-JANNAH
AMEEN~~~

4/11/10

SALAM TERAKHIR SEORANG INSAN

Adif membuka mata dengan perlahan. Bahang kesakitan di dada dan badan masih lagi terasa. Berdenyut-denyut terasa di kepala juga. sakit. Dan menyeksakan. Dan bantuan pernafasan yang disalurkan melalui mulutnya juga amat menyeksakan. Sakitnya dirasakan walau sekarang dia dalam separuh koma.

Dalam kegelapan dia cuba menggerakkan biji matanya ke arah sisinya. Dia tahu..2 orang perempuan yang setia menemaninya itu, masih lagi ada di situ. Mak dan Izra. Wajah yang suram dan sedang memandangnya.

Mak..jika boleh dia ingin mengucup pipi wanita itu dan membisikkan kemaafan. Kemaafan kerana membuatnya menangis. Sayunya hati mengenangkan titisan air mata yang kerap mengalir sejak dia dimasukkan ke sini.

Mak..
Mak yang melahirkannya..mak yang membelanya sejak kecik lagi. Sejak ayah meninggal dunia, mak lah yang paling banyak berkorban untuk menjaganya. Waktu itu kemiskinan menghimpit kita semua. Namun mak sentiasa boleh tersenyum untuk menenangkan hati kami.

Izra..dan Nina..
2 adik yang membesar bersama-sama dengannya. Bermain dan mengulangkaji bersama. Adik yang selalu di sisi saat dia memerlukan. Adik yang sama-sama melakukan aktiviti semasa kecik-kecik dahulu. Teringat waktu hujan-hujan, pasti kami berdua bersama Nina akan sama-sama mencari ubi kayu dan membawa kepada mak. Dan mak pasti akan merebusnya dan dibuat cicah bersama isi kelapa yang diparut. Bersama dengan air kopi..pasti senyuman kepuasan akan muncul di bibir kami semua. Mak memang pandai mengambil hati anak-anaknya.

Bagaimana dengan Nina? Sudah hampir setahun along tak jumpa Nina. Andai along menutup mata sebelum sempat Nina sampai, jangan lah bersedih. Along sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik along. Jangan dirisaukan along..tenangkan hati untuk menjawab peperiksaan.

Kenangan belajar mengaji di rumah Ngah Senah banyak mengembalikan nostalgia lama. Amat berharga. Dalam kenangan itu, wajah Aisya akan bertandang di mata. Gadis yang membuatkan hati ini sentiasa berdegup. Wajah mulusnya..dan sikapnya yang lembut itu benar-benar mengikat hati Adif untuk terus mengenalinya.

Mak pernah kata, jika inginkan isteri, carilah yang kaya pada agamanya. Aisya ada semua itu..dia cukup sifat untuk menjadi seorang ibu, seorang anak dan seorang isteri buat Adif. Jika dia jodoh Adif, Adif pasti, Adif lah lelaki yang bertuah dalam dunia ini.

Di tahun akhir pengajian, sewaktu Adif meminta untuk mengikatnya, dia bersetuju. Bersetuju untuk menjadi tunangan kepada Adif. Namun saat perkahwinan akan berlangsung tidak sampai 2 minggu lagi, Adif memutuskan pertunangan. Masing-masing menyalahkan Adif kerana bagai menconteng arang ke muka sendiri. Tapi.. Aisya mengerti kenapa Adif melakukan semua itu. dan Aisya tidak merungut. Baiknya hati Aisya… maafkan Adif, sesungguhnya Aisya layak untuk mendapat suami yang lagi baik..

Semuanya berlaku sejak dia disahkan menghidap barah otak. Penyakit keturuan dari abah. Penyakit ini yang banyak meragut senyuman orang di sekeliling Adif. Ampunilah Adif..kerana membuatkan ramai orang menangis dan bersedih. Belum reda kesedihan itu, doktor mengesahkan buah pinggang Adif gagal untuk berfungsi. Air mata mak, Izra, Nina dan Aisya muncul kembali.

“saya akan tunggu..saya yakin, awak akan sihat”. Wajah Aisya masih mengharapkan harapan.

Penyakit ini bukan mainan Aisya. Andai seribu senyuman dihulurkan, hati ini tetap bersedih. Penyakit ini penyakit yang merbahaya. Peluang hidup amatlah tipis. Dan barah otak..sakit yang boleh membuatkan seorang lelaki menangis teresak-esak bagaikan anak kecil yang kelaparan susu. Menangis bagai ingin menghentakkan kepala ke dinding. Adif tahu..Aisya masih mengharapkan sinar untuk hidup bersama. tapi maafkanlah Adif.

Dulu Adif selalu bergurau bila saja kembali dari kubur. “mak..kubur yang di sebelah abah itu pasti abah simpan untuk along kan..along nak disemadikan di sebelah abah mak..mak simpankan untuk along ya..”. dan sekarang, kemana arah tuju along? Itu Cuma persinggahan..dan tempat abadi yang dituju..kemana? neraka? Atau syurga?

Sejak Adif dimasukkan ke sini, mak kerap menangis..dan bersusah hati kerananya. Melihat mak menangis sama seperti melihat titisan darah mengalir dari tubuhnya. Amat menyakitkan. Jika boleh ditukar, dia sanggup melukakan diri dari melihat wajah itu suram kerananya

Mak..semalam mak datang kan? along tahu..mak datang bersama Izra. Wajah mak bengkak menangis. Wajah Izra juga sama. Walaupun along koma, along sedar semua itu mak. Hati yang sakit kembali berdarah. Hati along bagai disiat-siat bila melihat mata mak yang merah menangis. Ampunilah dosa anakmu ini ibu..ampunilah dosa along.

Izra..along harap Izra akan dapat menjaga mak nanti along sudah tiada. Jangan pernah buat ibu menangis..cukuplah dia menangis kerana along. Along sangat berharap mak akan bahagia walaupun along tiada nanti.

Mata ini terus mengikut langkah mak dan Izra yang melangkah keluar. Bayang-bayang itu semakin mengecil dan menghilang.

Nasib baik mak tak melihat garisan panjang dari tepi pinggang Adif Kegagalan buah pinggang ini untuk berfungsi memang meresahkan hati Adif. Sepanjang proses dialisis itu juga, sakitnya tidak terkata. Dan sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu. semasa pembedahan juga Adif bagaikan ikan yang disiat-siat. Nasib baik mak tak menyelak kain yang menutupi badan Adif. Kalau tak, mak pasti pengsan melihat garis sepanjang 10cm.

Dan barah otak yang lewat dikesan ini lah paling menakitkan Adif. Sejak disahkan sakit, Adif kerap kali sakit kepala, muntah-muntah, gangguan pada penglihatan. Semuanya meresahkan jiwa ini. Takut..andai melupakan wajah insan-insan yang banyak berkorban untuk Adif.

Sakitnya yang membahang semakin kuat dirasakan. Mata ini kembali tertutup dan tidak sedar. Adif sedar, pada jam 12.28 pagi, doktor muda itu bergegas keluar. Memberitahu kepada insan-insan yang menunggu di luar untuk membawakan surah yasin untuk dibaca kepada Adif. Adif sedar semua itu.. Adif sedar. Tanda apakah ini? Adif akan meninggalkan semua kan??

Mak kembali memasuki bilik dipimpin oleh Izra. Langkah mak semakin longlai..Izra juga sama. Dan wajah Aisya yang sudah merah menahan tangis. Adif sedar semua itu. walau koma, Adif masih hidup Cuma bagaikan mayat yang hidup.

Alunan yasin memenuhi ruang bilik itu. dan nafas ini dirasakan semakin berat. Perlahan-lahan mak bangun dan mendekati anaknya ini.

Tangan ini digenggam kemas. “mak halalkan air susu mak pada kamu along..along tak berhutang apa-apa dengan mak. Mak halalkan sejak mak melahirkan along..mak tak sanggup melihat along terus menahan sakit macam ni. along tak berdosa apa-apa dengan mak. Mak harap along akan damai dalam pembaringan..mak izinkan along untuk pergi..”. air mata laju menuruni pipi mak. Muka itu tetap menenangkan hati ini walau ia suram.

Jiwa ini yang lemah semakin lemah. Anak mana yang sanggup menahan tangis andai mendengar ayat itu di bibir seorang insan yang pernah melahirkan kita. Adif sedar..air mata Adif mengalir walaupun mata ini tertutup dan perlahan menuruni pipi Adif.

Dan semakin kelam pandangan dirasakan. Mata yang ‘terbuka’ tadi semakin gelap dan kosong.
 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template