4/11/10

SALAM TERAKHIR SEORANG INSAN

Adif membuka mata dengan perlahan. Bahang kesakitan di dada dan badan masih lagi terasa. Berdenyut-denyut terasa di kepala juga. sakit. Dan menyeksakan. Dan bantuan pernafasan yang disalurkan melalui mulutnya juga amat menyeksakan. Sakitnya dirasakan walau sekarang dia dalam separuh koma.

Dalam kegelapan dia cuba menggerakkan biji matanya ke arah sisinya. Dia tahu..2 orang perempuan yang setia menemaninya itu, masih lagi ada di situ. Mak dan Izra. Wajah yang suram dan sedang memandangnya.

Mak..jika boleh dia ingin mengucup pipi wanita itu dan membisikkan kemaafan. Kemaafan kerana membuatnya menangis. Sayunya hati mengenangkan titisan air mata yang kerap mengalir sejak dia dimasukkan ke sini.

Mak..
Mak yang melahirkannya..mak yang membelanya sejak kecik lagi. Sejak ayah meninggal dunia, mak lah yang paling banyak berkorban untuk menjaganya. Waktu itu kemiskinan menghimpit kita semua. Namun mak sentiasa boleh tersenyum untuk menenangkan hati kami.

Izra..dan Nina..
2 adik yang membesar bersama-sama dengannya. Bermain dan mengulangkaji bersama. Adik yang selalu di sisi saat dia memerlukan. Adik yang sama-sama melakukan aktiviti semasa kecik-kecik dahulu. Teringat waktu hujan-hujan, pasti kami berdua bersama Nina akan sama-sama mencari ubi kayu dan membawa kepada mak. Dan mak pasti akan merebusnya dan dibuat cicah bersama isi kelapa yang diparut. Bersama dengan air kopi..pasti senyuman kepuasan akan muncul di bibir kami semua. Mak memang pandai mengambil hati anak-anaknya.

Bagaimana dengan Nina? Sudah hampir setahun along tak jumpa Nina. Andai along menutup mata sebelum sempat Nina sampai, jangan lah bersedih. Along sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik along. Jangan dirisaukan along..tenangkan hati untuk menjawab peperiksaan.

Kenangan belajar mengaji di rumah Ngah Senah banyak mengembalikan nostalgia lama. Amat berharga. Dalam kenangan itu, wajah Aisya akan bertandang di mata. Gadis yang membuatkan hati ini sentiasa berdegup. Wajah mulusnya..dan sikapnya yang lembut itu benar-benar mengikat hati Adif untuk terus mengenalinya.

Mak pernah kata, jika inginkan isteri, carilah yang kaya pada agamanya. Aisya ada semua itu..dia cukup sifat untuk menjadi seorang ibu, seorang anak dan seorang isteri buat Adif. Jika dia jodoh Adif, Adif pasti, Adif lah lelaki yang bertuah dalam dunia ini.

Di tahun akhir pengajian, sewaktu Adif meminta untuk mengikatnya, dia bersetuju. Bersetuju untuk menjadi tunangan kepada Adif. Namun saat perkahwinan akan berlangsung tidak sampai 2 minggu lagi, Adif memutuskan pertunangan. Masing-masing menyalahkan Adif kerana bagai menconteng arang ke muka sendiri. Tapi.. Aisya mengerti kenapa Adif melakukan semua itu. dan Aisya tidak merungut. Baiknya hati Aisya… maafkan Adif, sesungguhnya Aisya layak untuk mendapat suami yang lagi baik..

Semuanya berlaku sejak dia disahkan menghidap barah otak. Penyakit keturuan dari abah. Penyakit ini yang banyak meragut senyuman orang di sekeliling Adif. Ampunilah Adif..kerana membuatkan ramai orang menangis dan bersedih. Belum reda kesedihan itu, doktor mengesahkan buah pinggang Adif gagal untuk berfungsi. Air mata mak, Izra, Nina dan Aisya muncul kembali.

“saya akan tunggu..saya yakin, awak akan sihat”. Wajah Aisya masih mengharapkan harapan.

Penyakit ini bukan mainan Aisya. Andai seribu senyuman dihulurkan, hati ini tetap bersedih. Penyakit ini penyakit yang merbahaya. Peluang hidup amatlah tipis. Dan barah otak..sakit yang boleh membuatkan seorang lelaki menangis teresak-esak bagaikan anak kecil yang kelaparan susu. Menangis bagai ingin menghentakkan kepala ke dinding. Adif tahu..Aisya masih mengharapkan sinar untuk hidup bersama. tapi maafkanlah Adif.

Dulu Adif selalu bergurau bila saja kembali dari kubur. “mak..kubur yang di sebelah abah itu pasti abah simpan untuk along kan..along nak disemadikan di sebelah abah mak..mak simpankan untuk along ya..”. dan sekarang, kemana arah tuju along? Itu Cuma persinggahan..dan tempat abadi yang dituju..kemana? neraka? Atau syurga?

Sejak Adif dimasukkan ke sini, mak kerap menangis..dan bersusah hati kerananya. Melihat mak menangis sama seperti melihat titisan darah mengalir dari tubuhnya. Amat menyakitkan. Jika boleh ditukar, dia sanggup melukakan diri dari melihat wajah itu suram kerananya

Mak..semalam mak datang kan? along tahu..mak datang bersama Izra. Wajah mak bengkak menangis. Wajah Izra juga sama. Walaupun along koma, along sedar semua itu mak. Hati yang sakit kembali berdarah. Hati along bagai disiat-siat bila melihat mata mak yang merah menangis. Ampunilah dosa anakmu ini ibu..ampunilah dosa along.

Izra..along harap Izra akan dapat menjaga mak nanti along sudah tiada. Jangan pernah buat ibu menangis..cukuplah dia menangis kerana along. Along sangat berharap mak akan bahagia walaupun along tiada nanti.

Mata ini terus mengikut langkah mak dan Izra yang melangkah keluar. Bayang-bayang itu semakin mengecil dan menghilang.

Nasib baik mak tak melihat garisan panjang dari tepi pinggang Adif Kegagalan buah pinggang ini untuk berfungsi memang meresahkan hati Adif. Sepanjang proses dialisis itu juga, sakitnya tidak terkata. Dan sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu. semasa pembedahan juga Adif bagaikan ikan yang disiat-siat. Nasib baik mak tak menyelak kain yang menutupi badan Adif. Kalau tak, mak pasti pengsan melihat garis sepanjang 10cm.

Dan barah otak yang lewat dikesan ini lah paling menakitkan Adif. Sejak disahkan sakit, Adif kerap kali sakit kepala, muntah-muntah, gangguan pada penglihatan. Semuanya meresahkan jiwa ini. Takut..andai melupakan wajah insan-insan yang banyak berkorban untuk Adif.

Sakitnya yang membahang semakin kuat dirasakan. Mata ini kembali tertutup dan tidak sedar. Adif sedar, pada jam 12.28 pagi, doktor muda itu bergegas keluar. Memberitahu kepada insan-insan yang menunggu di luar untuk membawakan surah yasin untuk dibaca kepada Adif. Adif sedar semua itu.. Adif sedar. Tanda apakah ini? Adif akan meninggalkan semua kan??

Mak kembali memasuki bilik dipimpin oleh Izra. Langkah mak semakin longlai..Izra juga sama. Dan wajah Aisya yang sudah merah menahan tangis. Adif sedar semua itu. walau koma, Adif masih hidup Cuma bagaikan mayat yang hidup.

Alunan yasin memenuhi ruang bilik itu. dan nafas ini dirasakan semakin berat. Perlahan-lahan mak bangun dan mendekati anaknya ini.

Tangan ini digenggam kemas. “mak halalkan air susu mak pada kamu along..along tak berhutang apa-apa dengan mak. Mak halalkan sejak mak melahirkan along..mak tak sanggup melihat along terus menahan sakit macam ni. along tak berdosa apa-apa dengan mak. Mak harap along akan damai dalam pembaringan..mak izinkan along untuk pergi..”. air mata laju menuruni pipi mak. Muka itu tetap menenangkan hati ini walau ia suram.

Jiwa ini yang lemah semakin lemah. Anak mana yang sanggup menahan tangis andai mendengar ayat itu di bibir seorang insan yang pernah melahirkan kita. Adif sedar..air mata Adif mengalir walaupun mata ini tertutup dan perlahan menuruni pipi Adif.

Dan semakin kelam pandangan dirasakan. Mata yang ‘terbuka’ tadi semakin gelap dan kosong.

0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template