9/30/09

KENANGAN ATUK

Sejak dari umur 1 tahun, hidup ini selalu ditemani oleh seorang atuk sebelah abah aku.. sepanjang aku membesar, atuk yang selalu ada dengan aku. lepas nenek tiri aku meninggal tahun 1997 sebab kencing manis, atuk kahwin lagi. lepas itu, dia tinggal dengan nenek baru. tahun 2002 nenek baru aku meninggal dunia. dia sakit tua. sebab itu, atuk kembali tinggal dengan pak su di rumah lamanya(depan rumah kami saja)

isteri pak su tak berapa suka dengan atuk. dia bukanlah jahat. cuma tak suka tegur2 atuk. dalam tahun 2004 rumah pak su terbakar. habis semuanya hilang. tapi yang anehnya duit atuk bawah lipatan bajunya tidak terbakar. syukur. disebabkan hal itu, pak su sekeluarga dan atuk tinggal bersama keluarga kami. kalau tak silap masa tu, aku baru form3.

menjelang raya, rumah baru pak su siap dibina separuh. di sebabkan semua family aku balik, pak su kena balik rumahnya. nasib baik semua peralatan rumahnya dah siap dibeli. tapi atuk masih lagi kat rumah kami.

boleh dikatakan tiap-tiap hari aku dan atuk bergaduh. bukan bergaduh betul2 pun cuma gurau saja. tapi atuk aku ni banyak songeh. kalau kami tengok tv, dia mesti duduk depan sekali. masa tu, dia yang paling banyak bercakap.

atuk memang kuat berkebun. walau tanah dah banyak dan duit dah bertimbun kat bank atuk masih lagi sibuk nak berkebun. memang rajin. aku memang tabik dengan dia. bila saja dia balik dari berkebun, pasti aku dapat tengok dia bersandar kat pintu dapur sambil mengetip kuku dengan pisau(orang tua memang macam tu). lepas tu dia akan minta "anis, buat air teh".
masa makan pun sama juga. "atuk lapar ni..buat air". aku memang buat. tapi dengan muka masham la. maklumlah masih budak2 lagi.

aku masuk UiTM tahun 2007. menjelang awal puasa aku balik kampung. nampak atuk sihat. aku memang bahagia. dalam 3 hari sebelum raya, aku balik kampung. dengar cerita, atuk jatuh kat bilik air masa nak bangun sahur. hati memang dah tak tenteram. ya ALLAH..selamatkanlah atuk.

esok nak raya,hari ini aku,alang,uteh, chik dan abah pergi hospital. aku dah janji nak jaga dia. sampai depan atuk, hati ni memang dah tak dapat tahan sedih. atuk seolah bukan diri atuk. dia terlantar atas katil. dengan dibantu alat pernafasan. atuk nampak lemah sangat..ALLAH..

air mata terus jatuh kat pipi. dada rasa perit sangat. macam berpasir. dan bila aku dekat dengan dia, aku nampak dia menangis juga walau matanya tertutup. aku nampak air matanya jatuh menuruni pipinya.
"hari ni tak payah jaga la..macam mana nak jaga kalau nangis sampai macam ni..". ayah dengan chik pegang aku. aku cuma boleh angguk je.dan hasilnya alang dengan uteh kena menjaga atuk. aku memang nak jaga atuk, tapi biarlah aku kuat dulu

raya ke 4, selepas perkahwinan abang ari. malam tu alang dan abang ngah balik KL. aku pergi jaga atuk yang dah dibawa pulang. kata atuk walau apa-apa berlaku dia nak mati di rumah anak-anaknya. malam tu aku pergi jaga dia. nampak macam tenat sangat. apa yang dia makan hanyalah air susu yang disalurkan melalui rongga pernafasan. dia nampak sakit sangat. bila nampak macam dia tak boleh bernafas aku cepat-cepat ajar dia mengucap. walau takut,aku kuatkan hati. demi ALLAH, aku tak nak menyesal di kemudian hari.

pakcik2 yang tinggal kat kampung aku datang. mereka yang suruh aku supaya banyak sebut nama ALLAH kat telinga atuk. masa tu,aku tak kisah langsung kalau mereka pelik tengok mata aku yang merah. apa yang penting hanya atuk.

menjelang pukul 1 pg,aku balik rumah. sebelum balik tadi,aku tengok lama muka atuk. "anis sayangkan atuk..sayang sangat-sangat..".

aku berjaya lelapkan mata dalam pukul 2.30 pg. dalam pukul 5 pagi,samar-samar aku dengar perbualan chik dan uteh. "atuk dah tak ada".

aku pekakkan telinga. "itu mimpi saja..". tak lama,uteh goncangkan badan aku. "dik.atuk dah tak ada..". tak ada respon.
"dik..atuk dah tak ada..". aku bangun. betul ke??cepat2 aku bangun berlari pergi rumah pak su. ya ALLAH..letakkan dia di kalangan orang yang beriman..

seharian kami berendam air mata. pandang ke pintu dapur, seolah-olah ternampak atuk. pandang ke bilik dia nampak dia juga. tengok kerusi dan depan TV, aku nangis lagi. aku cuma dapat tengok atuk.

abah menelefon alang. "alang..jangan terkejut ya. atuk dah meninggal..". begitu lah abah aku. dia nampak tenang sangat waktu dia ucapkan ayat tu. kami kat tepinya hanya dapat menangis. alang yang baru saja sampai KL awal pagi tadi,bergegas balik kampung kembali dengan along. ingatkan mereka sampai sebelum pengebumian,tetapi tidak rupanya.

aku sempat cium dahi atuk sebelum mereka menutupkan wajahnya. tetapi angah dan chik terpaksa pegang aku cepat-cepat. bimbang air mata ini menitis atas wajah atuk.

tapi yang paling sedih mestilah abang ari. hari ni hari persandingannya. atuk yang beria2 nak tengok abang ari bernikah, tapi atuk tak berkesempatan untuk melihat abang ari naik pelamin. dia juga tak sempat tengok abang ari masa akad nikah.

hari raya Aidilfitri tahun ni aku ke kubur. itu pun masuk hari raya kedua.tahun lepas abang ari dan abang ngah ada ajak tapi aku tak mandi lagi masa tu. kebetulan mereka tengok kelam kabut. seperti biasa setiap kubur saudara kami, aku akan singgah dan berdoa sejenak di pusara mereka. dan atuk..aku akan bacakan surah Yaasin kepadanya. mudah2 atuk sentiasa tenang di pembaringannya. amin..

9/16/09

KRONI CINTUN

hari ni rasa tak bermaya saja.. nak kata terfikir pasal rumah tidak lah jugak. nak kata fikir pasal test QMT337 juga tak. entah apa yang difikirkan oleh otak pemilik sebenar nya anis ini. hairan..

haila..kenapa lah aku jadi cenggini. puas ku fikir. tapi tak ada jawapan pun.
awal pagi bangun sahur. tapi mata ni terlampau mengantuk. rasa seolah-olah diikat dengan satu tali kat katil. tapi demi nak sahur nak dikuatkan juga semangat.

lepas saja basuh baju, lepak sekejap. tapi sebab tak tahan, aku tidur saja. hehe. ngantuk.

sedar-sedar si pika ku tengah main aci panggil nama aku. aku pun terus bangun. hei, bersedia nak pergi kelas la anis oit!!
selepas bersiap, aku turun tangga. sampai kat tangga blok i, tiba-tiba terlintas kat fikiran ni sesuatu. "aku nak sangat jumpa dia hari ni..". entah tetiba je rasa gatal.
terukkan manusia yang bernama anis ni.

so, sampai depan kelas aku lepak jap. nak tunggu si anin + wani bunny. aku pandang kanan dari tangga sebelah blok U, aku nampak sesuatu. satu figura yang aku agak kenal.

"biar betul..betul ke?". aku macam tak percaya. aku bukak mata luas-luas.
sah. memang betul.
aku nampak dia jalan arah sini. kat bibir memang dah ada bunga-bunga tawa. rasa macam nak jerit saja. "thanks God..". ucap aku dalam hati.
sesungguhnya DIA maha mendengar. sampai dekat aku, dia macam menyerong ke arah aku. alamak..
"dia..". aku ke depan sikit.
nasib baik. dia tak nampak. Alhamdulillah.

sepanjang masa test, fikiran duk melayang saja. apa aku jawab tak tahu la. ada rezeki adalah. yang tak boleh blah, asyik nak tersenyum saja. memang dah jadi tabiat saja.

lepas test, kami bertiga pergi bilik miss Ruslina. lepas salam untuk sempena raya ni, aku jalan menonong kat laluan ke kolej. tapi rasa macam nak lalu jalan jauh je. tiba-tiba.
"kalau jumpa lagi sekali..". otak aku berkata-kata lagi. hati ni macam menidakkan. tapi otak terlajak kata sebegitu.

aku pandang depan. "ALLAH...jumpa lagi".
tapi cepat-cepat aku jalan ke bangunan blok lec Mate sains.tak nak terserempak dengan dia lah. lagi pun dia jalan dengan seorang perempuan. sapa??entah. lantaklah. bukan problem aku pun.

"if i could open up my heart and let you out, i won't do that"hati secara tiba-tiba berfalsafah lagi tanpa aku sedar.

puk. aku ketuk kepala. kenapa lah otak jadi tak betul je. terhantuk pintu ke tadi.
aci tak betul saja otak aku sejak akhir-akhir ni.

haila..haila..anis dah pandai jadi salah seorang kroni cintun ke..

9/14/09

COINCINDENTLY OR NOT??

pertama sekali, memang sah ye la kut. kedua, kenapa lah mesti yang berhuruf '-' sahaja ada kaitan dengan kehidupan ini. memang tak sah kalau bukan mereka.

kisah pertama bermula sem 1. tengok muka senior seorang ni macam muka budak genius kat sekolah MMPM. memang sah sama. si cuk anin pun kata macam tu. yang tu tak kisah la. aku mengaku la memang dorang ni kembar tak seibu seayah.

kes yang kedua berlaku kat kelas BEL260. kelas Madam Johara. time ni aku 'ter...suka tengok' kat seorang budak DIIM ni. benda normal la. suka kat seorang lelaki. kang aku tersuka kat pompuan nampak macam pelik la pula. nama dia juga ada huruf itu. tapi nasib baik suka-suka je. mamat ni bukan la spesies yang baik. aku dapat kenal perangai dia melalui sikap dia. astaghfirullah..memang rasa nak muntah saja tengok gaya dia. nasib baik la dia macam tu. walau macam mana pun, biar lah. tu antaranya dengan ALLAH. biar DIA saja yang tentukan.

kes ketiga, bermula sem lepas. spesies yang baik-baik. sebab apa? dia ahli masjid. bagus2..
sesapa yang berminat boleh lah buat calon suami. yang aku boleh lupa, dia juga sama kelas dengan aku time BEL260 itu. tapi aku x kenal sangat lah budak DIIM ni. tapi apa yang boleh aku cakapkan, muka dia ada aura keimanan. Alhmadulillah. itulah sebaik-baik lelaki. betul tak??
secara kebetulan, hari first time aku back see him, aku tengah sedih. ada masalah sikit. "ni la pompuan, sikit2 nangis..". kan..
dia memang baik sesangat. kat depan aku la. kat belakang, wallahu a'lam.tapi serius ramai yang suka dia. dah..encem + beriman = siapa tak nak. betul x?
tapi sem lepas,ada kes sikit masa nak habis sem. pernah tak korang tertidur depan orang yang korang suka??ei..aku memang serius malu kalau ingat pasal tu.

kes keempat. senior kos aku. aku bukan suka, cuma kita orang nak kata rapat tak lah sangat.
at first impression, aku tak suka dia. entah. mungkin perangai dia kut. dah senior bilik aku benci, aku pun tumpang sekali. moralnya, lain kali, selidik dulu cerita kalau kita tak tahu pasal orang lain.
kami kenal pun sebab terpaksa dan secara tiba-tiba. tapi dia macam menghulurkan salam persahabatan kat aku. lagi satu, banyak hal yang buat kami 'terjalin persahabatan'.
contohnya, dengan cara tak bermoral. kalau aku jalan,tiba-tiba akan dengan orang cakap
"buat-buat tak kenal ye..". sambil jalan menyerong ke arah aku.
aku angkat muka tengok. "oh..dia rupanya. bukan sengaja la". dah tabiat aku. bila jalan je,straigh pandang depan. masa sem 1 awal2 sem pun ada juga yang cakap ayat yang sama kat aku. siap label aku budak sombong lagi.
panas betul hati. aku bukan budak sombong. cuma kadang2 tak terpandang tepi saja.
tapi hari tu, aku punya kad matrik terjatuh kat longkang dekat library. aku nampak dia. so, panggil jela. tapi ada ke malam tu dia cakap
"nak suruh ambil kat merah lak ke?".
macam lah kad merah aku jatuh kat longkang..
yang tak best, dia cakap kat makwe dia "si anis ni.. tadi kad matrik jatuh, dia suruh saya ambilkan, mungkin sebab jaga standard kut. tak na masuk longkang".
wei..bangang betullah dia. ingat aku sengaja ke??
dia juga kadang2 luah problem kat aku. aku pun dengar saja la. mungkin sebab dalam family ada a.ngah dengan a.uda so,aku tak kisah dengar problem orang lelaki. diorang pun selalu luah problem kat aku. tapi tiba-tiba dia bagi pinjam buku2 nya. bunyi macam pelik. siap tanya aku lagi. dah orang bagi aku terima saja la. sebab kes itu, aku ubah perspeksi aku kat dia.
"dia ni baik kut..bagi pinjam buku ni..". aku senyum saja la.

kes ke 5 sebab friendster. budak ni budak kos akaun. gua komen jek. bukan ada niat apa-apa pun. aku komem page dia pun sebab tanya something. yelah.. dia kan budak PI. yelah..saya bukan sengaja lah awak. saya ada sebab. so, tak payah nak selidik pasal saya dari orang terdekat dengan awak..ok?? orang terdekat dengan dia pun ada masa je canang kan hal aku dengan dia. mau gaduh besar je rasa.
sekarang, memang masalah bertambah besar. . .entah bila nak berakhir..

lepas aku fikir, secara kebetulan kut. semua budak2 lelaki ni 1 mempunyai huruf yang sama. huruf yang jarang ada pada nama orang lain. secara kebetulan atau??

9/10/09

hikayat sang bising

hari ini hari khamis. hari yang paling memenatkan antara semua hari. pergilah tanya budak2 dqs part 5 sekelas dengan saya, jawapannya memang sama. letih. serius.
tapi hari juga hari yang best bagi saya. dapat berkumpul ramai-ramai untuk menjual barangan HPA milik seorang Ustaz. memang memenatkan tapi boleh membuat saya rasa puas hati.

pagi-pagi lagi saya berkejaran ke kelas. ada test. semalam nak kata tidur lewat, tidaklah juga. tapi saya sememangnya seorang yang amat mementingkan kualiti tidur. tak kira apa yang berlaku, hal tidur lah perkara yang penting bagi saya.

pukul 10, saya dan anin berkejaran ke admin untuk meneruskan tugas kawan-kawan insoft. mula-mula memang agak malu + segan + tak tahu nak cakap apa. yelas..this is first time for a someone yang baru join dengan kelab islamik ini.

dari rasa segan, ia bertukar menjadi perasaan happy. saya happy sebab dapat ramai kawan hari ini. dapat kenal budak tu, budak ni, budak sana,budak sini. ada juga yang nak bagi saya ketupat mainan yang digantung dengan tie nya. memang saya tertarik. tapi saya nak lemang. tapi kan.. ada ke lemang yang dianyam??

rasanya saya je orang yang paling hyper active waktu tadi. entah kenapa. saya rasa happy sangat-sangat. semua orang pun cakap macam tu. ye ke?? heheh. ye la kut.

walaupun saya bising, tapi ada saya juga tak tinggalkan kerja yang diamanahkan kepada sang budak bising ini. kerja tetap kerja. tapi saya memang tidak suka melakukan sesuatu perkara dengan rasa tension. saya suka jika semua orang enjoy dan tidak merasa tertekan melakukan kerja. bila rasa happy, hati pun jadi tenang dan kerja pun jadi mudah. dalam erti kata lain, "kerjasama akan memberi ketenangan kepada orang yang melakukan kerja". hehe.

dalam apa yang kita lakukan, do our best. no matter what is going to be, we're still can do our best.

see ya..






9/7/09

TENTANG HATI


Istilah teman baik memang tiada dalam hidup saya. Bagi saya setiap teman itu sama saja. Yang membezakannya hanyalah peranan dalam diri mereka. Saya tidak suka membezakan kawan-kawan. Bagi saya, saudara yang paling bererti dalam hidup ini hanyalah keluarga saya.


“kata nak bagi focus kat geng kita je sem ni. Tapi kau still buat benda yang lain dari apa yang kau cakap. Apa ni..”. dia merenung saya dengan pandangan yang agak sinis. Tapi saya hanya mempamerkan muka selamba.



Seandainya saya yang bersalah dalam hal ini dan saya yang hampir menyebabkan ikatan persahabatan ini putus maka dengan ini saya ingin memohon maaf. Tapi mereka tidak pernak cuba untuk menanyakan kepada saya apa sebab saya berkelakuan sebegini. Adakan bila seseorangan itu bersalah, maka dia tetap bersalah padahal dia melakukan sesuatu benda itu kerana ada sebab. Mereka tidak berusaha untuk bertanyakan saya mengapa saya berbuat demikian.
Saya bukan membenci sahabat2 saya. Malah, saya mudah menghulurkan bantuan jika ada yang memerlukan. Sahabat bukan bererti hanya duduk semeja dan selalu bersama. Bukan bererti yang duduk semeja itu kawan, dan bukan bererti yang duduk berasingan itu musuh.


“cubalah tanya aku kenapa aku buat macam tu..”. saya bersuara.


Perasaan bersalah memang menghantui diri kerana pernah menyuarakan rasa hati dengan cara terlampau. Saya akui itu salah saya. Memang waktu itu saya tak dapat berfikir dengan baik. Fikiran ini memang mudah terganggu dengan pelbagai masalah.


Tapi sebagai sahabat, tidakkah mereka sepatutnya cuba mendekati dan menyelami apa yang menyebabkan saya menjadi sebegitu. Rasa seolah-olah berjauhan padahal dekat.
Jika saya bersalah, maka saya memohon maaf. Jika saya yang menjadi mangsa, maka saya sentiasa memaafkan mereka.


Ada juga sahabat yang mudah melakukan sesuatu yang menyakitkan hati saya. Cara percakapannya kadang kala menjelekkan saya. Dia sudah mencapai usia 20-an tetap masih bersikap sedemikian. Entah apa yang dia tidak puas hati pun saya tidak tahu. Kadang-kadang hati ni mudah terasa dengan sikapnya. Tetapi bila saja saya berperasaan sebegit, cepat-cepat saya beristighfar memohon dari ALLAH agar dijauhkan dari berperasaan sebegitu. Tiada yang sempurna di atas bumi ini.


Ya ALLAH, kurniakanlah kesabaran kepadaku untuk menghadapi semua ini. Jauhkan diri aku dari merasa jelek dengan sikap buruknya itu. ya ALLAH..hanya padaMU tempat aku memohon kekuatan. Ya ALLAH, kurniakan taufiq dan hidayah kepada hambaMU ini. Seandainya cara terbaik untuk menghalang perasaan ini dari menjadi benci hanyalah dengan mendiamkan diri, maka kau berikanlah kepadaku kekuatan untuk tidak membalas kata-katanya.



memang hati seorang manusia mudah tersentuh dan mudah terluka. siramilah dengan kesabaran dan kekuatan jiwa. insya ALLAH akan mendapat kemenangan.


9/4/09

KASIH IBUBAPA


Selembut tanganmu membelai diriku
ini
Bersarang cintamu penuhi ruang
hati
Walaupun sengsara bertemankan air
mata
Sanggup berkorban demi anak
tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup
sengsara
Buat anakmu menjadi insan
berguna

Kuingin membalas jasamu selama ini
Ketentuan ini kuserah pada
Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga
bahagia
Di dunia juga di Akhirat
sana

Cintamu duhai
ibunda
Oh tiada
tandingannya
Bak lilin membakar
diri
Menyinar hidupku
ini
Duhai ibunda
tercinta
Kau ratu kau
penyeri
Menyuluh cahaya dikamar
jiwa

Kasihmu ibu pengubat
diriku
Sepenuh hatiku hanyalah
untukmu

lagu duhai bonda nyanyian kumpulan favourite saya, FarEast ini ditujukan untuk semua yang bergelar seorang IBU dalam hidup ini.

saya akan senyap bila bahagian korus lagu ini kedengaran. rentak lagu ini memang membuat saya 'menghayati' nya dengan sepenuh hati. saya suka dengan lirik lagu ini. penuh dengan 'kata hati' yang sememangnya selalu bergema di dalam hati seorang anak yang kasih kepada ibu. pengorbanan seorang ibu sememangnya tidak dapat dikira dengan jari. terlalu banyak!.
Berjuta kalungan terima kasih kepada seorang ibu yang dapat melahirkan anugerah dari ILAHI. proses ini sememang teramat susah. melahir, menjaga dan mendidik anak-anak . ia satu tugas yang amat sukar. sebab itulah, syurga di bawah tapak kaki ibu.
"k.anis kata syurga bawah tapak kaki umi..along tengok tak ada pun..". along menyoal saya dengan mimik wajah serius.
sepupu saya ini memang seorang yang suka bertanya. umurnya baru 8 tahun. tapi banyak soalan yang dah disoalnya kepada saya. salah satunya, soalan di atas.

"bukan boleh nampak pun..maksudnya kalau kita nak masuk syurga, kita mesti taat pada ibu..". saya menjawab dengan yakin.
"derhaka kat abi tak apa ya?"

"eh eh..siapa kata macam tu.. sama la. takkan sayang kat umi je kut..abi nak buang kat mana. along ni..k.anis sekeh baru tau".

dalam erti kata lain, hidup ini akan ada ketenangan jika kita menghormati dan kasih terhadap mereka yang bergelar ibubapa kita. mereka telah melakukan banyak pengorbanan untuk membesarkan kita. apa salahnya jika kita berkorban untuk mereka pada hayat ini.
sempena hari raya Aidilfitri yang akan datang, bersamalah kita pulang ke kampung untuk bertemu mereka. dapatkan cuti raya awal-awal lagi. kalau lambat nanti menyesal. hari raya hanya lah 2 kali setahun..jom sesama kita pulang.
 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template