hari ni rasa tak bermaya saja.. nak kata terfikir pasal rumah tidak lah jugak. nak kata fikir pasal test QMT337 juga tak. entah apa yang difikirkan oleh otak pemilik sebenar nya anis ini. hairan..
haila..kenapa lah aku jadi cenggini. puas ku fikir. tapi tak ada jawapan pun.
awal pagi bangun sahur. tapi mata ni terlampau mengantuk. rasa seolah-olah diikat dengan satu tali kat katil. tapi demi nak sahur nak dikuatkan juga semangat.
lepas saja basuh baju, lepak sekejap. tapi sebab tak tahan, aku tidur saja. hehe. ngantuk.
sedar-sedar si pika ku tengah main aci panggil nama aku. aku pun terus bangun. hei, bersedia nak pergi kelas la anis oit!!
selepas bersiap, aku turun tangga. sampai kat tangga blok i, tiba-tiba terlintas kat fikiran ni sesuatu. "aku nak sangat jumpa dia hari ni..". entah tetiba je rasa gatal.
terukkan manusia yang bernama anis ni.
so, sampai depan kelas aku lepak jap. nak tunggu si anin + wani bunny. aku pandang kanan dari tangga sebelah blok U, aku nampak sesuatu. satu figura yang aku agak kenal.
"biar betul..betul ke?". aku macam tak percaya. aku bukak mata luas-luas.
sah. memang betul.
aku nampak dia jalan arah sini. kat bibir memang dah ada bunga-bunga tawa. rasa macam nak jerit saja. "thanks God..". ucap aku dalam hati.
sesungguhnya DIA maha mendengar. sampai dekat aku, dia macam menyerong ke arah aku. alamak..
"dia..". aku ke depan sikit.
nasib baik. dia tak nampak. Alhamdulillah.
sepanjang masa test, fikiran duk melayang saja. apa aku jawab tak tahu la. ada rezeki adalah. yang tak boleh blah, asyik nak tersenyum saja. memang dah jadi tabiat saja.
lepas test, kami bertiga pergi bilik miss Ruslina. lepas salam untuk sempena raya ni, aku jalan menonong kat laluan ke kolej. tapi rasa macam nak lalu jalan jauh je. tiba-tiba.
"kalau jumpa lagi sekali..". otak aku berkata-kata lagi. hati ni macam menidakkan. tapi otak terlajak kata sebegitu.
aku pandang depan. "ALLAH...jumpa lagi".
tapi cepat-cepat aku jalan ke bangunan blok lec Mate sains.tak nak terserempak dengan dia lah. lagi pun dia jalan dengan seorang perempuan. sapa??entah. lantaklah. bukan problem aku pun.
"if i could open up my heart and let you out, i won't do that"hati secara tiba-tiba berfalsafah lagi tanpa aku sedar.
puk. aku ketuk kepala. kenapa lah otak jadi tak betul je. terhantuk pintu ke tadi.
aci tak betul saja otak aku sejak akhir-akhir ni.
haila..haila..anis dah pandai jadi salah seorang kroni cintun ke..
Allah tarik nikmat mata dan gantikan dengan nikmat iman
-
Waktu family day atau lepak-lepak day office aku kat Air Terjun Kemensah,
seorang part time office-mate aku ni bawa kawan dia yang buta join
lepak-lepak k...
8 years ago
0 manispahit:
Post a Comment