9/7/09

TENTANG HATI


Istilah teman baik memang tiada dalam hidup saya. Bagi saya setiap teman itu sama saja. Yang membezakannya hanyalah peranan dalam diri mereka. Saya tidak suka membezakan kawan-kawan. Bagi saya, saudara yang paling bererti dalam hidup ini hanyalah keluarga saya.


“kata nak bagi focus kat geng kita je sem ni. Tapi kau still buat benda yang lain dari apa yang kau cakap. Apa ni..”. dia merenung saya dengan pandangan yang agak sinis. Tapi saya hanya mempamerkan muka selamba.



Seandainya saya yang bersalah dalam hal ini dan saya yang hampir menyebabkan ikatan persahabatan ini putus maka dengan ini saya ingin memohon maaf. Tapi mereka tidak pernak cuba untuk menanyakan kepada saya apa sebab saya berkelakuan sebegini. Adakan bila seseorangan itu bersalah, maka dia tetap bersalah padahal dia melakukan sesuatu benda itu kerana ada sebab. Mereka tidak berusaha untuk bertanyakan saya mengapa saya berbuat demikian.
Saya bukan membenci sahabat2 saya. Malah, saya mudah menghulurkan bantuan jika ada yang memerlukan. Sahabat bukan bererti hanya duduk semeja dan selalu bersama. Bukan bererti yang duduk semeja itu kawan, dan bukan bererti yang duduk berasingan itu musuh.


“cubalah tanya aku kenapa aku buat macam tu..”. saya bersuara.


Perasaan bersalah memang menghantui diri kerana pernah menyuarakan rasa hati dengan cara terlampau. Saya akui itu salah saya. Memang waktu itu saya tak dapat berfikir dengan baik. Fikiran ini memang mudah terganggu dengan pelbagai masalah.


Tapi sebagai sahabat, tidakkah mereka sepatutnya cuba mendekati dan menyelami apa yang menyebabkan saya menjadi sebegitu. Rasa seolah-olah berjauhan padahal dekat.
Jika saya bersalah, maka saya memohon maaf. Jika saya yang menjadi mangsa, maka saya sentiasa memaafkan mereka.


Ada juga sahabat yang mudah melakukan sesuatu yang menyakitkan hati saya. Cara percakapannya kadang kala menjelekkan saya. Dia sudah mencapai usia 20-an tetap masih bersikap sedemikian. Entah apa yang dia tidak puas hati pun saya tidak tahu. Kadang-kadang hati ni mudah terasa dengan sikapnya. Tetapi bila saja saya berperasaan sebegit, cepat-cepat saya beristighfar memohon dari ALLAH agar dijauhkan dari berperasaan sebegitu. Tiada yang sempurna di atas bumi ini.


Ya ALLAH, kurniakanlah kesabaran kepadaku untuk menghadapi semua ini. Jauhkan diri aku dari merasa jelek dengan sikap buruknya itu. ya ALLAH..hanya padaMU tempat aku memohon kekuatan. Ya ALLAH, kurniakan taufiq dan hidayah kepada hambaMU ini. Seandainya cara terbaik untuk menghalang perasaan ini dari menjadi benci hanyalah dengan mendiamkan diri, maka kau berikanlah kepadaku kekuatan untuk tidak membalas kata-katanya.



memang hati seorang manusia mudah tersentuh dan mudah terluka. siramilah dengan kesabaran dan kekuatan jiwa. insya ALLAH akan mendapat kemenangan.


0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template