9/30/09

KENANGAN ATUK

Sejak dari umur 1 tahun, hidup ini selalu ditemani oleh seorang atuk sebelah abah aku.. sepanjang aku membesar, atuk yang selalu ada dengan aku. lepas nenek tiri aku meninggal tahun 1997 sebab kencing manis, atuk kahwin lagi. lepas itu, dia tinggal dengan nenek baru. tahun 2002 nenek baru aku meninggal dunia. dia sakit tua. sebab itu, atuk kembali tinggal dengan pak su di rumah lamanya(depan rumah kami saja)

isteri pak su tak berapa suka dengan atuk. dia bukanlah jahat. cuma tak suka tegur2 atuk. dalam tahun 2004 rumah pak su terbakar. habis semuanya hilang. tapi yang anehnya duit atuk bawah lipatan bajunya tidak terbakar. syukur. disebabkan hal itu, pak su sekeluarga dan atuk tinggal bersama keluarga kami. kalau tak silap masa tu, aku baru form3.

menjelang raya, rumah baru pak su siap dibina separuh. di sebabkan semua family aku balik, pak su kena balik rumahnya. nasib baik semua peralatan rumahnya dah siap dibeli. tapi atuk masih lagi kat rumah kami.

boleh dikatakan tiap-tiap hari aku dan atuk bergaduh. bukan bergaduh betul2 pun cuma gurau saja. tapi atuk aku ni banyak songeh. kalau kami tengok tv, dia mesti duduk depan sekali. masa tu, dia yang paling banyak bercakap.

atuk memang kuat berkebun. walau tanah dah banyak dan duit dah bertimbun kat bank atuk masih lagi sibuk nak berkebun. memang rajin. aku memang tabik dengan dia. bila saja dia balik dari berkebun, pasti aku dapat tengok dia bersandar kat pintu dapur sambil mengetip kuku dengan pisau(orang tua memang macam tu). lepas tu dia akan minta "anis, buat air teh".
masa makan pun sama juga. "atuk lapar ni..buat air". aku memang buat. tapi dengan muka masham la. maklumlah masih budak2 lagi.

aku masuk UiTM tahun 2007. menjelang awal puasa aku balik kampung. nampak atuk sihat. aku memang bahagia. dalam 3 hari sebelum raya, aku balik kampung. dengar cerita, atuk jatuh kat bilik air masa nak bangun sahur. hati memang dah tak tenteram. ya ALLAH..selamatkanlah atuk.

esok nak raya,hari ini aku,alang,uteh, chik dan abah pergi hospital. aku dah janji nak jaga dia. sampai depan atuk, hati ni memang dah tak dapat tahan sedih. atuk seolah bukan diri atuk. dia terlantar atas katil. dengan dibantu alat pernafasan. atuk nampak lemah sangat..ALLAH..

air mata terus jatuh kat pipi. dada rasa perit sangat. macam berpasir. dan bila aku dekat dengan dia, aku nampak dia menangis juga walau matanya tertutup. aku nampak air matanya jatuh menuruni pipinya.
"hari ni tak payah jaga la..macam mana nak jaga kalau nangis sampai macam ni..". ayah dengan chik pegang aku. aku cuma boleh angguk je.dan hasilnya alang dengan uteh kena menjaga atuk. aku memang nak jaga atuk, tapi biarlah aku kuat dulu

raya ke 4, selepas perkahwinan abang ari. malam tu alang dan abang ngah balik KL. aku pergi jaga atuk yang dah dibawa pulang. kata atuk walau apa-apa berlaku dia nak mati di rumah anak-anaknya. malam tu aku pergi jaga dia. nampak macam tenat sangat. apa yang dia makan hanyalah air susu yang disalurkan melalui rongga pernafasan. dia nampak sakit sangat. bila nampak macam dia tak boleh bernafas aku cepat-cepat ajar dia mengucap. walau takut,aku kuatkan hati. demi ALLAH, aku tak nak menyesal di kemudian hari.

pakcik2 yang tinggal kat kampung aku datang. mereka yang suruh aku supaya banyak sebut nama ALLAH kat telinga atuk. masa tu,aku tak kisah langsung kalau mereka pelik tengok mata aku yang merah. apa yang penting hanya atuk.

menjelang pukul 1 pg,aku balik rumah. sebelum balik tadi,aku tengok lama muka atuk. "anis sayangkan atuk..sayang sangat-sangat..".

aku berjaya lelapkan mata dalam pukul 2.30 pg. dalam pukul 5 pagi,samar-samar aku dengar perbualan chik dan uteh. "atuk dah tak ada".

aku pekakkan telinga. "itu mimpi saja..". tak lama,uteh goncangkan badan aku. "dik.atuk dah tak ada..". tak ada respon.
"dik..atuk dah tak ada..". aku bangun. betul ke??cepat2 aku bangun berlari pergi rumah pak su. ya ALLAH..letakkan dia di kalangan orang yang beriman..

seharian kami berendam air mata. pandang ke pintu dapur, seolah-olah ternampak atuk. pandang ke bilik dia nampak dia juga. tengok kerusi dan depan TV, aku nangis lagi. aku cuma dapat tengok atuk.

abah menelefon alang. "alang..jangan terkejut ya. atuk dah meninggal..". begitu lah abah aku. dia nampak tenang sangat waktu dia ucapkan ayat tu. kami kat tepinya hanya dapat menangis. alang yang baru saja sampai KL awal pagi tadi,bergegas balik kampung kembali dengan along. ingatkan mereka sampai sebelum pengebumian,tetapi tidak rupanya.

aku sempat cium dahi atuk sebelum mereka menutupkan wajahnya. tetapi angah dan chik terpaksa pegang aku cepat-cepat. bimbang air mata ini menitis atas wajah atuk.

tapi yang paling sedih mestilah abang ari. hari ni hari persandingannya. atuk yang beria2 nak tengok abang ari bernikah, tapi atuk tak berkesempatan untuk melihat abang ari naik pelamin. dia juga tak sempat tengok abang ari masa akad nikah.

hari raya Aidilfitri tahun ni aku ke kubur. itu pun masuk hari raya kedua.tahun lepas abang ari dan abang ngah ada ajak tapi aku tak mandi lagi masa tu. kebetulan mereka tengok kelam kabut. seperti biasa setiap kubur saudara kami, aku akan singgah dan berdoa sejenak di pusara mereka. dan atuk..aku akan bacakan surah Yaasin kepadanya. mudah2 atuk sentiasa tenang di pembaringannya. amin..

0 manispahit:

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template