Selembut tanganmu membelai diriku
iniBersarang cintamu penuhi ruang
hatiWalaupun sengsara bertemankan air
mataSanggup berkorban demi anak
tercintaMendidik mengasuh walau hidup
sengsaraBuat anakmu menjadi insan
berguna
Kuingin membalas jasamu selama iniKetentuan ini kuserah pada
IlahiDoa buatmu ibunda semoga
bahagiaDi dunia juga di Akhirat
sana
Cintamu duhai
ibundaOh tiada
tandingannyaBak lilin membakar
diriMenyinar hidupku
iniDuhai ibunda
tercintaKau ratu kau
penyeriMenyuluh cahaya dikamar
jiwa
Kasihmu ibu pengubat
dirikuSepenuh hatiku hanyalah
untukmu
lagu duhai bonda nyanyian kumpulan favourite saya, FarEast ini ditujukan untuk semua yang bergelar seorang IBU dalam hidup ini.
saya akan senyap bila bahagian korus lagu ini kedengaran. rentak lagu ini memang membuat saya 'menghayati' nya dengan sepenuh hati. saya suka dengan lirik lagu ini. penuh dengan 'kata hati' yang sememangnya selalu bergema di dalam hati seorang anak yang kasih kepada ibu. pengorbanan seorang ibu sememangnya tidak dapat dikira dengan jari. terlalu banyak!.
Berjuta kalungan terima kasih kepada seorang ibu yang dapat melahirkan anugerah dari ILAHI. proses ini sememang teramat susah. melahir, menjaga dan mendidik anak-anak . ia satu tugas yang amat sukar. sebab itulah, syurga di bawah tapak kaki ibu.
"k.anis kata syurga bawah tapak kaki umi..along tengok tak ada pun..". along menyoal saya dengan mimik wajah serius.
sepupu saya ini memang seorang yang suka bertanya. umurnya baru 8 tahun. tapi banyak soalan yang dah disoalnya kepada saya. salah satunya, soalan di atas.
"bukan boleh nampak pun..maksudnya kalau kita nak masuk syurga, kita mesti taat pada ibu..". saya menjawab dengan yakin.
"derhaka kat abi tak apa ya?"
"eh eh..siapa kata macam tu.. sama la. takkan sayang kat umi je kut..abi nak buang kat mana. along ni..k.anis sekeh baru tau".
dalam erti kata lain, hidup ini akan ada ketenangan jika kita menghormati dan kasih terhadap mereka yang bergelar ibubapa kita. mereka telah melakukan banyak pengorbanan untuk membesarkan kita. apa salahnya jika kita berkorban untuk mereka pada hayat ini.
sempena hari raya Aidilfitri yang akan datang, bersamalah kita pulang ke kampung untuk bertemu mereka. dapatkan cuti raya awal-awal lagi. kalau lambat nanti menyesal. hari raya hanya lah 2 kali setahun..jom sesama kita pulang.
0 manispahit:
Post a Comment