8/24/10

.: Only One Day ~ SS5o1 :.

This is one of my favourite song by SS5o1. i love them and the way
they are.. actually, it's sad to hear about their seperate. i love to see them back again. i hope they will stand as SS5o1 again. new SS5o1~ !!

Only One Day ~ SS5o1

Nega tteo nadeon geu dwitmoseub eul
Ajik nan ijeul su eobseo
Geutoreok akkyeo watdeon neoyeotgie
Sigani haegyeolhae jul georadeon
Chingu deul eui wiro deul do
Neo eui gieok eul mut gien bujokhae
kkeut eobsi banbokdoe neun yeohaeng sok nal dasi chatneun geon
Barame sillin neo eui moksori ijeul su ini

[Chorus]
Haru Haru ga neo eob neun i haruga
Eoje cheoreom chueoki doe eo neomu himdeulge hajiman
Haru dan haruman nae soni neo eui nunmul eul dakkeul suman idamyeon
Geuttae neun malhalge My Everything

ijeul su eobneun jinan chueoki
Ginagin bameul sumgigo
Jan inhan siganmajeo meomjulttaemyeon
Jikiji mothaedeon yaksokwie
Subukhi ssahin meonjideul eul
Nammollae nunmulro jeoksyeo dakkgonhae
Suman eun inpa sok ilsangeseo neol dasi chat neun geon
Nal saranghae deon na eui moksori ijeul su ini

**repeat chorus** 

i unmyeong eui gallimgil soke
Jogaknan kkumilago haedo
I wish I can bring you back again
Harudan Haruman neol dasi bolsu idamyeon
I ginagin gidoga neo reul doe dollil su idamyeon
Jeonhal su eobseodeon gaseum sok gipeun got gadeuk haedeon
Malhaji mothan mal geutae neun malhalge
~*neol saranghae*

**repeat chorus**  

Majimak yonggi reul badajwo…

****Translation****

 

Your back figure as you left
I can´t forget it
Because I cherished you
“Time will fix it all”
Was the suppot from my friends
But it is to less to bury you
In between the continuos trips
The thing that finds me again
It is your voice carried by the winds
Can you forget?

[Chorus]

Day by Day
The day that you aren´t here
Becomes a memory like yesterday
It burdens me so much
One day just for only one day
If only my hand can wipe your tears
Then I will tell you
My everything

The past memories I can´t forget
It hides the past nights
When the heartless times stops
On top of the promise I couldn´t keep
Is the dust that settled on top
Secretly, I clean it off with my tears
Between the large population
I´m looking for you again
My voice saying that I loved You
Can you forget it???

[repeat chorus]

In the split road of my destiny
Even if they say it is a shattered dream
I wish I can bring you back again
One day just for only one day
If I can get to see you
If this aged prayer
Can bring you back
What I coulsn´t say?
The words I couldn´t say that was deep inside my heart
Then I will tell you
~*I Love You*~

[repeat chorus]

8/18/10

uh..gapo nyo???

takdop apa saya nak tulis kat sini. saya saja jah nak nyibuk.. 

nak cerita sikit. minggu ni saya bizi giler. test berturut-turut. kedua-duanya mate! amek ko.. baru sem 2 tu.. esok bermula pukul 8.30 pagi, ada presentation ctu553-pengurusan etnik. bukan etnik kreatif ya makcik-makcik. fuuhhh..kul 10.30 - 1 tghari ada eksperimen 3 kat lab fizik selama 3 jam dan pukul 2 pulok, ada kuiz java. amik la ko! biar pengsan esok..

uuuuuu,....penatnya. letih sangat-sangat. tak saba nak balik gombak jumaat ni!! uuuu...

beres la sume. saya letih dah ni.

keyboard off

8/10/10

bila kayap melanda..

kata ayah, penyakit kayap ini adalah untuk orang-orang yang baik. walla hua'lam. dan sakit ini kifarat dosa.

kerana penyakit kayap ular, saya disuruh berpantang..seperti orang yang baru lepas melahirkan anak.
syukur. masa balik ke gombak untuk berubat minggu lepas, kayap baru hendak tumbuh. sebelum ia melilit tubuh kita, insya Allah masih ada peluang untuk sembuh.

dan yang menjadi masalah sekarang, mana kah tempat untuk saya mencari makanan-makanan seperti bubur nasi?ayam, telur, makanan berminyak, berlemak, daging dilarang sama sekali. sekarang saya sangat lapar. last time saya makan nasi adalah semalam. pukul..4.30 petang. dan semalam sampai saat ini, saya tak makan apa-apa lagi..

dan semalam, saya mula tidak dapat tidur. gelembung-gelembung sekitar perut terasa sakit. untuk berbaring pun tidak boleh. apatah lagi untuk meniarap. kadangkala, air mata mengalir..

sakitnya hanyalah ALLAH yang tahu.. terasa diri amat lemah bila diuji sebegini. inilah ujian yang diberi oleh DIA pada saya..hanya air mata dan rintihan saja mampu saya luahkan.. untuk meluahkan pada keluarga, tidak sekali2 saya lakukan. saya juga tidak ingin menyusahkan kaum keluarga dan sahabat.


ya ALLAH.. berikan aku kekuatan. Engkau lah tempat aku mengadu...

8/2/10

ILUVCSC

siyes. pening. inilah subjek yang terpening... dalam hidup saya setakat ini.
minta dijauhkan dari tidak faham lagi...
CSC435

I LOVE YOU!!
I LOVE YOU!!
takkan mengalah walau susah...

makesure, insya Allah..
diizinkanNYA.. moga dipermudahkan segalanya...


 

7/31/10

PadaMU segalanya....

bila hati terasa sakit..
terasa tidak tenteram..
amat menyakitkan!!
terasa amat lemah...
bagai daun yang melayang-layang
ditiup angin dan hilang entah kemana..
namun..
yang pasti..
hanyalah pada DIA tempat memohon kekuatan..
hanyalah pada DIA tempat memohon keberanian..

"Aku tidak layak memasuki syurgaMU..
tidak jua aku berdaya menahan siksa api nerakaMU..
kau ampunilah aku wahai yang Maha Pengampun.."

                                                                                                   Sincerity,
                                                                                                     love of all
                                                                                                   -an-niq- 


7/28/10

Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim

Sahabat,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.


Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana


Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar
.

7/17/10

innalillahi wainna ilaihi ra'jiun

usai solat, saya mendapat berita..
dia sudah tiada.. kembali ke rahmaatullah..

innalillahi wainna ilaihi ra'jiun..

moga rohnya aman di sana.. 
bertemankan pelita amalannya 
sambil menanti doa-doa
dari sahabatnya, keluarga...

tenanglah dikau di sana..
moga rohmu dicucuri rahmat

p/s: menerima kematian dengan perasaan berbeza. yang membezakan kita dengan yang telah pergi hanyalah 2
garis - "kematian dan kehidupan"
andai dia menyusur pergi lagi awal dari kita, percayalah.. dia tetap ada. hidup di dalam hati dan cuma jasadnya saja dimamah tanah...

7/16/10

denggi dan koma

mendapat berita seorang saudara dimasukkan ke hospital
sebab denggi. peluang hidup hanya 50/50. 
dan sekarang, dia koma...

ya ALLAH..Engkau berikan dia kekuatan 
berikan dia semangat untuk menempuhi cabaran ini..

ameen ameen..ya Rabb..

 

7/14/10

TEJA AULIA, CAPPUCINO AND CONGRATS TO CIK DAYAH

okey.  mula2 nak cerita pasal.. hari ni. gara2 tidur lewat sebab menemani si adak mengisi biasiswa JPA semalam, aku sakit kepala. aduiiya.. maka, dengan itu pagi ni aku terpaksa skip 2 kelas. fening la lalat..

okey. aku skip 2 kelas. tapi yang pukul 12.30-4 ptg aku pergi tau.. no more skip. tabaik..okey. 

then, pukul 4, seperti dijanjikan aku menunggu si adak dekat dataran. untuk beli makanan. dalam 10 minit menunggu, akhirnya adak sampai. hehe.. okeh. aku nak cerita yang.. sebab pengorbanan ikhlas semalam, adak belanja aku cappucino blended. waaahhh.. actually aku suka sangat2 minum mocha. tapi, nak buat macam mana. dah takde rezeki.. walau frust, aku bersyukur. rezeki beb. 

okeh. lepas tu, kami jalan2. mata terpaku pada kedai2 novel. warrrghhhh.. aku jeling2 dulu. kalau lah alaf21, hmm..baik aku blah. tapi, ada JS.. suka suka suka!! (clap2 hands).

huh..then aku nampak satu novel baru ni.. siapa lagi kalo bukan my fev writer..syud!!.. apa lagi. mestilah latest novel dari syud. "Teja Aulia". and tanpa membuang masa, aku capai 1. "nah akak. duet ni". dengan riak muka yakin dan bahagia.


and, kat sini setiap novel yang dijual mendapat potongan 5%. not bad laa.. lagi pun ni novel baru. cheh! aniq, sempat promosi ye..

kepada yang nak beli novel Jemar Seni, boleh datang UiTM Shah Alam ye adik2, kakak2, makcik2.. dekat dataran kolej mawar. 5% discount ye. bukan 5% interest. hehe..(maklumlah. duk shah alam semua harga up je)

aku kata: tak sabar nak baca malam ni..huhaa...
and tak lupa kepada dayah CONGRATS sbb dapat join aku ni sini..hehe..!!!


 "WELCOMING SAUDARA DAYAH..HEHEHE..."
p/s: ku sambut mu ngan pulut kuning bserta kompang. hehe..

7/7/10

apa aku nak??

what i want now.....

# g giant batu caves
#drink teh ais 
#jerit-jerit (aaarrrggghhhh)
#beli slipar asadi !! biru tau..aww cute danngg!
#megi ruski..sini mahal laaa!! 

                                    sekian..
                                                                           yg terlebih benar,
                                                   Aniq
 

7/6/10

sesuatu yang hilang...


 jwa rasa berkecamuk sangat. 
seolah ada sesuatu yang besar telah hlang.. 
ya Ghaffar.. berkan aku ketenangan...
sungguh aku tada kekuatan
untuk membuat apa-apa kecual berfkr..

7/5/10

rindu ka?

dulu, sebut saja pasal rindu, pipi jadi merah jambu. sebut saja rindu merah muka. sebut saja rindu, muka jadi warna biru.

okey. itu lah yang sebenarnya. saya reeeennnddduuu sama UiTM Segamat!! SAYA RINNNNDDUUU....

yang pertama saya rindu ialah..
1) katil di bilik m149. rindu tu..tempat bergolek2, tempat layan movie, tempat layan ym, tempat makan..eh, bukanlah. yang makan tu rumete termuda kami.si Athirah. bukan saya. nehi-nehi.
2)rindu untuk lepak bilik m328. bilik sha-sha. kawan yang bersama gelak ketawa. kawan ketika rasa susah dan senang. shasha.............kenapa ko tercampak kat perlis syg..
3)rindu untuk berehat di anjung mawar(tempat sidai baju tu..), atas tangga depan wing kenanga(masa part1-3)
4) rindu untuk bukak loker baju. haha.. tabiat semulajadi. suka tengok2 apa dalam almari.
5) rindu untuk duduk di meja stady sy. di situ lah sy duduk sampai pukul 3 pg kdg2. tempat study, main game, tgk movie, dgr lagu, makan.. waduh2..
6)rindu untuk turun ke blok i, benteng Ina, benteng Mutiara..rindu untuk makan masakan pakcik2, makcik2, kakak2, abg2 di situ.
7)rindu untuk berkejaran bila pergi ke kelas. dulu lenggang kangkung je bila nak g kelas. yelah. kelas dekat sih. dah la bilik kat tingkat 1, kelas pulak kat blok i. apa lagi..memang lenggang kubis la saya.
8) tempat saya selalu ada ialah di Pusat Islam, bawah lobi Kolej, lib memang jarang6x, UNIMART lah pilihan terbaik..haa..
9) saya rindu kawan2 sy di UiTM Segamat. atirah, wani, hanin, kak hani, balqis, piqa, sha-sha, kak ekin, af, mirah..waduh2..byk kena tulis ni kalo nak sebut semua. 

apa pun, suratan takdir, menetapkan sudah kami sudah berada di sini sekarang..jauh dr segamat. walau macam mana pun, perasaan ni takkan lupus dan hilang..

walau apa pun yang berlaku, kita masih perlu berusaha kerana perjalanan hidup ni masih panjang.. CHAIYOOOKK!! GANBATTE KUDASAI NAA!!!

p/s: nati clearnce nak g U, mahu menuntut janji dr encik eskrim. sila tunggu sy.

salam kasih.
an-niq

7/4/10

aku suka..........dia

wah..entry yang luar biasa dr biasa. 
ni haa... aku punya masalah feeling..camane ni?

actually, aku suka dengan seseorang ni. dah lama dah..tahun lepas lagi. awal-awal memang tak nampak apa-apa pada dia. tapi, entah kenapa 1 hari, hati ni tiba-tiba terbuka luas..luas..luas
sekali. serta merta dia masuk dalam hati. 

                                     macam ni laa..kembang dipenuhi bunga2..

erk.. bila fikir pasal dia, dunia rasa eeennnnndah sekali. cik embon pun tak seromantik ini.
mata yang sepet, pipi yang tembam bila tersenyum. comei!. my prince..^_^

harap2 aku lebih bsemangat untuk belajar.. ada rezeki boleh pergi kr daerah my prince tu.
waiting 4 me..=)

fakta: aku suka org yg baik hati.. baik hati yg cmane tu? mcm dia laa..

oh aniq. please, stop ur kesengalan di pagi2 buta ni. sekarang, offline, tutup lappy and tido! apa? nak mimpikan dia?? heemm...boley2..jom tidoooo... 

nanayte sume..:)

6/27/10

HEPI GRADUATION...

"happy graduation
happy graduation
happy graduation"


  to UiTM students..Petronas students..UM, UKM, UNIMAS, and smua student yang grad xkira IPTA @ IPTS...
pada yg belum, chaiyoook!! yang pasti, perjuangan kita semua masih belum selesai.. ayooohh. semoga cita2 duniawi dan ukhrawi kita semua kan terlaksana.
ameen ya Rabb...
pd cik ini yg dah bjaya further dgree in Law, gud Luck ya dik..
pd kawan2 semua, mg kita sentiasa berjaya di dunia & akhirat!! 

then further stdy lak!! 
then further stdy lak!! 
 then further stdy lak!!  

6/24/10

perlu booking selama 12 hari untuk medical check up?

arini, sy pergi hospital besa.. utk medical check up. punyala ramai org kat sana. it's okey. daku faham..ramai orang sakit. student2 pulak.. memang ramai, skrang kan musim intake. so, derang rmai2 wat medical check up. sampaikan, hiruk piruk + bising + macam2 bau ada kat sana walau peluh belum menitik sebab kepanasan.
agak lama saya berdiri di depan kaunter. menunggu barisan di hadapan yg tengah menulis. it's okey. daku sabar..  sedang menunggu tu, saya kerling kiri kanan. tiba2..

'er..cam kenal ja.. kawan aku ke?'. hati daku berbisik. tak sempat saya nak pandang depan balik...
"eh..eh..". budak depan saya menyentuh lengan saya. erk..
 'pe ni..syentuh2..'. saya senyum kelat. 
"sekola...bla bla bla..?", dia menyoal.
"ha'a.. sepupu bla bla bla kan?". soal dia lagi.
saya angguk."medical check up?". dari gaya dia, saya agak-agak lah. 
dia senyum. sama macam dulu. kini saya confirm, dia memang kawan saya! heeeee...
(saya xmengaku kawan kalo dalam situasi ini seseorang tu wat muka masham..eee..mengalahkan asam jeruk!)
bual punya bual, akhirnya saya dapat tahu, dia dapat sambung degree kat sana jugak. haaiii..keciknya dunia. sama fakulti lagi. cuma kos je yang berbeza.

saya pandang depan. mak aii..mamak ni. lamanya menulis. tulis essay ke hape!
"derang ckp, kalo nak buat medical check up ni,kena booking dulu''
mata saya membesa comel dalam kepelikkan. "eh!! kenapa pula? tetiba je..ada law baru ka?"
"derang cakap la..". 
saya tak puas hati. apa punya undang2 ni..

sebab tak puas hati, kami terus tanya pada bahagian kaunter. "nak buat medical check up kena booking dulu ke?"
tanpa angkat muka, si kakak eksyen tu menjawab. "ha'a.. 4hb ni baru boleh buat. nak booking tak?". baru dia angkat muka.
muka kami berubah. "kena booking then..4hb baru boleh buat?????".
"nak tak?". dia menyoal kembali.
"huh...taknak la..". kami terus angkat kaki. alahai..register pun 3hb. tamau aku..

kenapa sampai seminggu kena booking? takkan lah tak cukup kakitangan? sampai 12 hari kena tunggu??? melampau lah tu. ini tidak adil!! (cam cerita 3 abdul)

oh uitm di hatiku, kenapa mesti kami budak intake from dips under Uitm perlu medical check up lagi..? wajibul ghunnah ke x-ray tu? kenapa? why? nande? doushitte?? yang dip hari tu pun pihak uitm tak ambil pun. kalau medical check up tanpa x-ray aku okey je. i hate 
x -ray! cam skeleton! cam org kebulur je!

oh Uitm..tolongi aku..

6/16/10

result result result..!!

1..2..3.. ting tong.
 
result suda keluar.. yehhhh. maka dengan itu, saya sudah grad...yehhhhhhhhhhhhhh... 



lega. puas hati. syukur.  yang diberikan olehNYA itulah yg terbaik.


waktu nak bukak student portal tu saya banyak kali main tiku cak ngan screen. asal nak loading sikit, mata dah tutup. risau. gubra. takut. kalo2 ada paper yang terlekat cam mate fin yang susah tahap cipan lipan. heeee....


tapi..
FUHHH... semua paper saya dah lepas dengan jayanya. syukur. sujud syukur pd NYA. thanks ya Rabb.  


semua keputusan saya diselidik oleh kawan saya merangkap budak kecik kami. hehe. 
semua kengkawan saya dapat dean list. yg 2 tu, tara hal lah.

(jeles, tp.. tiba2 saya teringat kata sempai merangkap penasihat saya..

      " Tahniah la pape pun.... insyaAllah itu la yg terbaik dariNYa...."

semua kurniaanNYA itu lah yg terbaik. astaghfirullah..)
 
memang everysem dorang dapat. tapi sem ni, keempat-empat dapat. saya tumpang gumbira untuk mereka. dan sorang dapat 4flet. dan kapelnya yang mula stat tahun ni juga dapat dean list. congrats ye aje.


nak tau apa saya dapat untuk mate fin?? 


asc260 ~ B
ATTENTION: BACA DENGAN SEPENUH PERHATIAN.  
B saja. neither plus or minus. okey la tuhh. dari dapat C kan2.  


to all candidates Sc Mate @ cuantitative mate July 07 - July 10, congrats for our results. hope dis friendship wud never end.. no matter, where we are, we're still friends after all. sayang semua kawan2 di UiTM Segamat!! lepas ni,degree. lepas tu tu, lepas tu three..
masih jauh lagi perjalanan ini. moga sentiasa diiringi yang terbaik dlm setiap langkah.











5/26/10

cinta @ suka

waaah...cuti. semua orang cuti. aku pun cuti jugak. apa yang kita semua buat time cuti2 ni?? aku....ingat nak gemukkan badan, dan paling penting 1 lagi harapan aku. apa dia?? biarlah hanya DIA yang tahu.

suka..apa sebenarnya ada pada perasaan ini. aku nak tahu sangat. are this feeling could boosting someone to be better than yesterday? hmm.. dan cinta. are this feels the same??
banyak yang aku nak tau. banyak sangat. tapi tak ada sesapa yang nak kasik tau.

tapi satu perkara yang aku tau. bila tak mampu lupakan seseorang, mesti air mata akan jatuh kat pipi. kat hati pun sama.  adehh~~. yakin dan pasti. manusia..mestilah macam tu. tapi hal ni berlaku pd golongan perempuan sahaja. sebab jiwa perempuan ni sensitif. xsalah. cuma haruslah berpada-pada. sesali kenapa melepaskan jiwa pergi jauh kepada insan yang disukai tanpa kembali. jangan begitu.

tapi berdoa lah. jika suka tidak salah. . kalau ada jodoh tak kemana. tapi didik lah hati sebelum lampu hijau diberi.didik supaya terjaga batas dalam pemikiran, pergaulan dan hati. emm..susah kan. tapi di sebaliknya pasti ada hikmah. kalau jodoh tidak kesampaian atau orang yang disukai menolak, hati tidaklah terluka sangat.

haish. .saya juga mengharapkan yang sama. mg kan termakbul doa tulus dr hati.

salam dr sy, aniq.








5/18/10

harapan

bismillah..

9/5 hari itu adalah hari terakhir saya di UiTM Segamat. dan ini merupakan sem terakhir saya di sana. doakan yang terbaik untuk saya. smoga DIA memberikan kejayaan kepada semua yang menghadapi exam. paling penting, tawakal dan berdoa. semoga kejayaan menjadi milik kita semua.

to hanin ngan wani..smoga kita semua mendapat kjayaan selalu dan mendapat kebahagiaan dalam hidup. syg kamu...

buat semua, semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya!.

salam..

5/7/10

Atuk

Sudirman

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

hari ni perasaan kembali tidak stabil.. secara tiba-tiba. 
kenapa?? 
hanya 1 sebab..saya teringatkan arwah atuk.. rindu sangat2. saya rindu untuk berbual..bergaduh..bercerita.. rindu untuk menatap wajah insan yang hadir sepanjang usia saya menjangkau 18 tahun. rindu..

atuk masih sihat saat saya melangkah ke uitm segamat. sihat walafiat. kali pertama pulang ke rumah pada sem pertama di sini ialah pada awal bulan puasa. atuk boleh bergurau senda dengan saya. dan saya sempat memberi saya duit sebanyak rm100. duit yang dijanjikannya jika saya mendapat peluang memasuki U. Sebelum pergi saya sempat menyalami dia..dan menatap wajah itu dengan satu perasaan. dapatkan saya terus memandang wajah ini lagi? secara automatik saya akan berperasaan begitu jika saya ingin pergi ke tempat yang jauh. 

saya mendapat berita atuk jatuh di bilik air masa ingin bersahur. luluh hati. risau..moga Tuhan memberi atuk peluang untuk berjalan seperti biasa. hari raya aidilfitri, saya pulang ke kampung. 

sebelum hari raya, saya dan 3 kakak pergi ke hospital. niat hati ingin menjaga atuk. saya ingin menjaga dia..tapi kekuatan hati luluh. saya xmampu memandang dia yang terbaring bagaikan mayat hidup di atas katil. menyakitkan. terasa seperti diri yang menanggung seksa itu. ya Allah..bagaikan anak kecil,saya menangis teresak-esak. dan dari juring matanya, saya perasan, dia juga menangis. dan pipi itu basah.

 beberapa hari selepas raya pertama,atuk dibawa pulang. tapi ke rumah pak usu.
malam terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, saya sempat menjaganya. saya puas hati. kiranya saya berbakti pada atuk. mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah. tapi..saya tak mampu melihat dia terus menahan sakit. biarlah dia pergi.. seandainya itu yang terbaik buat dia ya Allah..

saya rindukan atuk..saya nak berjumpa dengannya..ya ALLAH..temukan kami di syurgaMU..
al-fatihah...

5/3/10

Setulus Janji



"Sungguh walau ku kelu untuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan..."




"Kalau memang kau memilih aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi"


                                                                                           MR.@00!_6@#

"kata-kata dari MR.@00!_6@# tempoh hari"

 
M.I.N.O IS H.E.R.E Blogger Template by Ipietoon Blogger Template